Khamis, Disember 31, 2009

PAS sibuk berpolitik,muda mudi sibuk berkhalwat...

Hebat Kelantan sekarang ini. Bukan sahaja soal politik PAS yang tiada surut-surutnya, soal sosial remaja dan muda mudi di negeri yang diperintah parti yang kononnya berlandaskan Islam itu sama rancaknya juga.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin PAS lain selama ini bangga dengan Kelantan kerana jolokan negeri Serambi Mekah.

Mursyidul Am PAS itu juga selama ini semakin hebat kerana dapat menentukan siapa masuk syurga dan neraka.

Barangkali kerana sudah jadi Serambi Mekah dan boleh jamin siapa masuk syurga, soal sosial keterlaluan, haram dan dosa tidak perlulah Nik Aziz sebagai pemimpin negeri fikirkan lagi.

Maka tidak hairanlah, bila 30 pasangan, termasuk 15 pasangan muda di tangkap kerana berkahwat malah ada antara mereka sedang berbogel ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sepanjang bulan ini.

Seperti biasa kalau tanya soalan ini pada Tok Guru, beliau kata di negeri lainpun ramai kena tangkap khalwat, kenapa nak sibuk-sibuk pasal Kelantan?

Betul tu Tok Guru tetapi bukankah Kelantan negeri parti Islam PAS dan negeri Serambi Mekah?

Inilah kesannya kalau sepanjang masa beliau dan pemimpin lain sibuk berpolitik menyalahkan orang lain terutama kerajaan khususnya UMNO hingga tidak pedulikan soal-soal lain.

Ada ramai yang bertanya, sejauh mana PAS sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam membimbing remaja-remaja mahupun beliau soal agama, memantap solat dan sebagainya.

Apakah kursus-kursus bercorak keagamaan yang kerajaan Nik Aziz sudah sediakan kepada belia-belia sejak sekian lama mentadbir Kelantan?

Sebagai ulama besar, harap beliau jujur menjawab perkara ini.

Kes tangkap khalwat ini pastinya memalukan Tok Guru dan pemimpin PAS Kelantan lain.

Barangkali kalau dicari angka jenayah lain membabitkan rakyat Kelantan, pasti angkanya juga tinggi tetapi kes-kes yang berkaitan perlakuan sumbang ini cukup menconteng arang ke muka Menteri Besar Kelantan itu.

Kesemua mereka yang berusia antara 15 hingga 44 tahun itu mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie, Nik Najib Che Hasan, manakala pendakwaan oleh Pendakwa Syarie, Farazeila Mat Soud,Isnin.

Mereka termasuk pelajar, buruh, penuntut kolej, kakitangan kerajaan dan swasta, peniaga serta duda dan ibu tunggal di pelbagai lokasi mulai tengah malam hingga awal pagi.

Khamis, Disember 03, 2009

majlis dialog YB DATO NOH OMAR


ronnie liu kena buuuu........

kaum cina berterima kasih kpd YB NOH krana brjaya mnyelesaikn masalah mereka


pakatan rakyat hanya jaguh di pentas saja... tetapi tidak pandai mentadbir.

TAHNIAH YB DATO NOH OMAR

Jumaat, November 06, 2009

Dun Selangor Usul Pecat Hasan Ali.

Minggu depan sidang dun selangor akan bermula, menurut sumber, sebaik sahaja selesai ucapan pembukaan oleh Duli Tuanku Sultan Selangor, DAP di kepalai oleh Adun Sekinchan akan mengusulkan satu usul undi tidak percaya kepada Hasan Ali, maknanya Hasan Ali akan dinyahkan dari kerajaan pakatan dan jawatan exconya akan di lucutkan dan kemungkinan besar berberapa orang adun PAS yang lain turut di berikan amaran oleh speaker dun supaya mereka lebih memberi kerja sama kepada kerajaan pakatan, kalau tidak mereka ini akan menerima nasib yang sama seperti Hasan Ali.

Dalam sidang dun itu juga nanti, satu usul akan di bawa oleh berberapa adun dap untuk menjadikan speaker seorang yang berkuasa dan kuasanya boleh melebihi kuasa menteri besar, menurut sumber juga antara usul yang ingin dibawa oleh adun dap ialah meminta persetujuan dewan untuk supaya Dewan Undangan Negeri Selangor di Perbadankan, maknanya speaker dun akan menjadi ceo di perbadanan dewan undangan negeri, sekiranya ini berlaku maka kuasa speaker melebihi kuasa menteri besar malah boleh menggugat kuasa DYMM Sultan Selangor.

AYUH PAS MARI KITA BERSATU!!
KITA BANGGUN DARI LENA MIMPI NGERI DAN
KEMBALI KITA BERSATU PERJUANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Selasa, November 03, 2009

ceramah tanpa tauliah


ceramah ni ada tauliah ke tidak???

melacurkan masjid demi politik ! KENAPA JAIS TAK SERBU ?


DR ASRI BEKAS MUFTI TAK LAYAK BERCERAMAH, TETAPI DR XAVIER SEORANG KAPIR BOLEH BAGI TAKZIRAH DALAM MASJID !

NI FAHAMAN MANA PULAK NI???

KENAPA JAIS TAK MENYERBU DR XAVIER ???? ADAKAH DIA BERTAULIAH??

dr asri seorang islam. dr xavier seorang kapir
dr asri kalimahnya iman. dr xavier kalimahnya sesat.
dr asri bersunat. dr xavier tidak bersunat
dr asri mandi wajib.dr xavier tak pernah mandi wajib.

Rabu, Julai 15, 2009

MAJORITI 65? PAS SEMAKIN HILANG KEPERCAYAAN

Terima kasih kepada jentera umno dan barisan nasional kerana berkerja keras ingin merampas manik urai.. Walaupun kalah tapi kita berjaya megurangkan undi pas. Rakyat sudah jemu dengan PAS yang sanggup mempolitikan islam demi kuasa.. berzikir, selawat kononye islam lepas tu maki org mcm2, baling objek kpd org. ADAKAH ITU PERKARA YANG DI TUNTUT DALAM ISLAM?? sebagai parti yg mencerminkan islam patut bersikap lembut, bukanya maki hamun org sesuka hati. SEDARLAH WAHAI ORG MELAYU PAS!!! perbuatan kamu tidak akn diterima ALLAH S.W.T

Ni jelas kepercayaan rakyat kepada pakatan rakyat semakin merosot dan menyampah dgn sikap pakatan yg selalu menyalahkan UMNO dn BN.. perkara menguntungkan pakatan tkpe, rugi pada pakatan mereka akan mengata UMNO mcm2.

AYUH KUATKAN USAHA PENERANGAN. UMNO JANGAN TIDO, TERUTAMANYA UMNO DI NEGERI-NEGERI YANG KALAH. PENANG,KEDAH DAN SELANGOR !

Ahad, Julai 12, 2009

11 'Hadiah rakyat'

BUKTI RAKYAT DIDAHULUKAN

1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar touch 'n Go dan smart tag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 september 2009

2. Penyewa program perumahan rakyat di wilayah persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa

3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di wilayah persekutuan memohon dan membaharui lesen peniagaan

4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembanggunan usahawan muda kaum india

5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa 3 bulan akan datang

6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan

7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera

8. Menyegarakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat

9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di sabah dan sarawak

10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 september depan

11. Menubuhkan amanah saham 1 MALAYSIA dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat malaysia berumur 18 tahun ke atas

TERIMA KASIH PERDANA MENTERI

1 SUARA, 1 IMPIAN, 1 HARAPAN,
1 MALAYSIA (RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN)

Jumaat, Jun 12, 2009

PBT Selangor Belanja RM 8 Juta Untuk PKR, DAP dan Pas

Majlis Bandaraya Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Ampang Jaya dan Selayang terpaksa menampung kos hampir RM 1juta ringgit setahun sejak tahun lalu berikutan keputusan Kerajaan Negeri memberi elaun pejabat, gaji kakitangan dan kos utiliti untuk setiap Ahli majlis MBSA selain elaun bulanan sedia ada.

Menurut kiraan kasar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sahaja terpaksa memperuntukan sebanyak RM 82, 884.50 sebulan untuk menampung kos overhead dan Elaun untuk 25 ahli Majlisnya.

Sebelum ini PBT hanya membayar elaun bulanan sebanyak RM 500 sebulan kepada ahli majlisnya.

MBSA memperuntukkan 2, 415.38 untuk pejabat setiap ahli majlis dan RM 500 elaun mereka serta minimum RM 150 sebulan (elaun setiap kali mesyuarat). Manakala MBPJ, MP Klang, MPAJ dan MP Selayang memperuntukkan RM 2, 500.00 untuk pejabat setiap ahli majlisnya sebulan.

Hampir 95% ahli Majlis merupakan orang kuat DAP, PKR dan Pas di kawasan tersebut. Lebih mengejutkan sebahagian besar turut menjadikan pejabat Ahli Majlis sebagai pejabat politik mereka.

Ini bermakna Majlis-Majlis Perbandaran ini membayar kos sewa pejabat untuk kegiatan politik mereka.

Kos pengurusan ahli Majlis meningkat namun pengurusan masalah rakyat tidak banyak berubah.

Orang ramai tertanya-tanya apa perlunya ahli Majlis mempunyai pejabat sendiri sedangkan mereka ini bukanlah pekerja sepenuh masa Majlis. Ahli Majlis sepatutnya dilantik di kalangan mereka yang telah memberi sumbangan besar kepada komuniti dan yang mempunyai pencapaian tertentu dalam kerjaya.

Tujuan ahli Majlis ialah untuk membantu Majlis Perbandaran bukannya bekerja untuk majlis perbandaran.

Ditambah lagi sekarang ini, banyak aduan dan pandangan dikemukakan terus secara dalam talian (online), kita tertanya-tanya apa relevannya pemberian peruntukan sewa pejabat ini?

Ini tidak lain bertujuan untuk menampung kos-kos pejabat urusan kerja parti PKR, Pas dan DAP di Selangor.

Dianggarkan PBT di seluruh Selangor membelanjakan hampir RM 8 juta setahun untuk pengurusan Ahli Majlis. Semua ini digunakan untuk melancarakan jentera parti mereka.

Ahli majlis sepatutnya menyumbang kepada kemajuan PBT, malangnya mereka hari ini menyedut lagi kewangan PBT.

Rabu, Jun 10, 2009

AnWAR BELUM PUTUS ASA DENGAN PAS

1. Husam masih tak puashati dengan kekalahan beliau tempohari. Kata-kata bahawa beliau menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka hanya manis mulut sahaja. W/pun kalah dengan majoriti yang besar, payah untuk Husam menerima kekalahan, tambahan pula dinyanyikan oleh AnWAR bahawa Husam memang boleh menang!

2. 7hb malam, di salah sebuah hotel 'berbintang banyak', Husam mengadakan pertemuan dengan penyokongnya dari lewat malam hingga awal pagi. Perbincangan berkisar cadangan Presiden PAS tentang "kerajaan perpaduan". Husam secara terbuka dan terang mengatakan bahawa cadangan itu mesti dihalang!

3. Dengan bangga Husam menyatakan bahawa YB Ustaz Nasharudin tidak menang kerana mereka masih ada Datuk Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS serta AnWAR yang akan menggerakkan pakatan pembangkang ke arah kemenangan. Husam juga menzahirkan perasaan amarahnya kepada Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din yang disifatkannya sebagai 'lupa diri' setelah diberi tempat dalam PAS.

4. Husam juga melepaskan kemarahannya terhadap Datuk Mustapa Ali, yang disifatkan beliau sebagai 'dalang' di sebalik kemenangan Ustaz Nasha dan golongan ulama'. yang menarik dalam perbincangan tersebut, Husam membawa salam AnWAR dan mengatakan AnWAR tidak merestui kemenangan Ustaz Nasha serta memaklumkan AnWAR berjanji membantu kelompok mereka (Husam) bangkit semula dalam kepimpinan PAS nanti.

5. Entah apa yang di'nyanyi'kan AnWAR kepada Husam sehingga Husam tidak menghormati pimpinan atasan PAS. Jika dahulu, PAS mengatakan UMNO tidak menghormati, malahan mencaci ulama', kini keadaan sebaliknya! Pemimpin PAS sendiri yang menghasut ahlinya agar membenci dan melawan ulama' dalam parti mereka, tentunya dengan hasutan dan percaturan AnWAR yang sentiasa mahu PAS menuruti arahannya.

6. Setelah PAS enggan patuh kepada arahan AnWAR, maka AnWAR tidak punya jalan lain selain menghuru-hara dan melemahkan PAS. Panglimanya dalam PAS, w/pun tumbang, misainya belum mencecah tanah! Kuasa sebagai Exco Kelantan masih berbisa menarik sokongan. Anwar juga akan memainkan isu 'tiada orang Kelantan' dalam AJK PAS Pusat sedangkan PAS telah memerintah Kelantan hampir 20 tahun......

Ini strategi AnWAR. Beliau pasti akan 'all out' di Manek Urai nanti bagi mengambil hati orang PAS di Kelantan. Apabila AnWAR kembali diterima oleh penyokong PAS, maka beliau akan berusaha kembali 'menguasai' PAS biarpun terpaksa berhadapan dengan golongan ulama' yang lebih mantap di masa hadapan.......

Jumaat, Jun 05, 2009

PAS Akui UMNO Banyak Kelebihan


Terbukti bahawa apa yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai tunjang kerajaan diakui sendiri oleh PAS yang selama ini banyak menimbulkan fitnah, provokasi dan manipulasi terhadap UMNO/BN.
Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa semalam dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50 melihat bahawa ada kebaikan dalam kerajaan sekarang ini sesungguhnya mengakui realiti sebenar apa yang berlaku dalam negara.
Lantaran itu, tidak hairanlah sekiranya para pemimpin tertinggi dalam parti pembangkang tersebut meminta pemimpin dan ahli PAS melihat kekuatan serta kejayaan UMNO/BN.
Difahamkan Nasharudin menyatakan bahawa PAS perlu meminggirkan kekurangan dan kelemahan pimpinan UMNO dan BN yang baru sebaliknya perlu melihat kekuatan kerajaan sekarang menguruskan ekonomi dan polisi
Malah dilaporkan juga dalam sidang media selepas perasmian itu, Nasharudin sekali lagi menjelaskan bahawa UMNO memang lemah tetapi ada kekuatan lain yang perlu ditandingi oleh PAS.
Apa yang pasti, PAS dikatakan melihat perkara itu dari dua aspek yang berbeza iaitu UMNO lemah tetapi ada kelebihan.
Justeru, mengambil daripada apa yang telah diucapkan jelas membuktikan bahawa PAS sendiri sebenarnya mengakui apa yang dilakaukan oleh UMNO/BN dan Kerajaan khususnya dalam menangani isu-isu global termasuklah ekonomi dan polisi antarabangsa adalah sesuatu yang betul.
Namun demikian, lantaran kedudukan mereka sebagai pembangkang, PAS enggan mengakuinya secara terbuka sebaliknya hanya berani menyuaran di dalam persidangan mereka sendiri dengan khalayak yang juga hanya di kalangan mereka.
Mungkin juga PAS malu untuk menerima hakikat atas apa yang berlaku dalam negara apatah lagi mereka adalah antara parti pembangkang utama yang banyak menyelar langkah kerajaan selain memanipulasikan setiap apa yang diwujudkan oleh UMNO/BN sendiri.
Apa yang pasti, pengakuan Nasharudin itu sendiri telah menggambarkan bahawa PAS sendiri sebenarnya tahu dan pasti bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan adalah perkara yang benar dan bukanlah untuk kepentingan mana-mana pihak.
Apatah lagi apabila Nasharudin dan para pemimpin PAS bersama ahli-ahlinya juga turut menerima limpahan nikmat dan kesejahteraan dengan keselesaan sama rata tanpa melihat kepada warna kulit atau perbezaan etnik.
Dengan pengakuan ini juga, terbukti bahawa PAS juga sebenarnya gagal untuk menyangi UMNO/BN biarpun bersekongkol dengan parti-parti lain yang berlainan idealogi dan matlamat perjuangan.
Malahan, dengan kata-kata ini juga menjadi satu bukti bahawa UMNO tetap kukuh dan teguh, tidak lemah bersandarkan kepada pelbagai perubahan yang dapat memberi suntikan kepada ahli-ahli dan rakyat keseluruhan.

Jumaat, Mei 22, 2009

Zambry MB sah Perak

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

TAHNIAH kepada ZAMBRY jalankan tugas dengan amanah

Jumaat, Mei 15, 2009

RINGKASAN TEMUBUAL EKSKLUSIF MAJALAH MILENIA MUSLIM MEI INI.

Mereka tidak merampas kuasa, cuma mereka (UMNO) bagi tahu kepada Tuanku Sultan sekarang BN telah mendapat majoriti ahli dewan kerana 3 adun dari PKR dan DAP telah keluar parti dan menjadi adun bebas dan seorang adun kembali keapda UMNO!

Terimalah hakikat itu, tetapi PAS dan DAP tidak boleh terima hakikat, sekarang BN ada 31 ahli dewan. Kalau kita mengasihi orang kafir itu adalah itu haram, kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir!


Kenapa PAS lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang islam sendiri? Orang islam PAS sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk-peluk pula, macam kes Elizabeth Wong memang jelas dia buat maksiat, kenapa ada muslimat PAS dan PKR peluk sampai menangis dan macamana NIk Aziz boleh sokong Elizabeth dalam isu ini sedangkan kita dan Nik Aziz tahu yang DAP tidak akan sokong ISLAM! Tengok Karpal Singh kata apa, langkah mayat saya dulu kalau PAS nak tubuh negara ISLAM!

Petikan dari salah satu wawancara Dato Seri Harussani Zakaria, Mufti Besar negeri Perak dalam majalah Milenia Muslim keluaran bulan Mei!

Khamis, Mei 14, 2009

'TANGAN GHAIB' AnWAR

Sudah terang lagi bersuluh! Benar seperti yang telah diulas sebelum ini.

1.Pembangkang mengumumkan akan bertemu bagi membincangkan kemelut politik Perak hari ini. Mereka merancang mengeluarkan kenyataan bersama agar nampak mereka bersepakat dalam hal ini.

2. Muka hadapan HARAKAH hari ini terpampang kenyataan YB Mahfuz Omar menyifatkan ada ‘tangan ghaib’ di sebalik keputusan Mahkamah Rayuan menangguhkan pengesahan DS Nizar sebagai MB Perak.

3. 2 manusia erdogan Selangor yang telah disebutkan memang ‘panjang akal’. Seorang professional, seorang lagi punya kelulusan tinggi. Maka mereka gunakan rakan ‘pak turut’ yang gila glamour nak jadi ‘hero’ tanpa fikirkan implikasi undang-undang untuk keluarkan kenyataan.

4. tangan ghaib’ yang cuba mencampuri urusan mahkamah sebenarnya ialah AnWAR! Ramai yang tidak menyedari hal ini. Bagi pembangkang, majoriti hanya ghairah mengikut AnWAR tanpa mencari fakta yang sebenar! Sokong boleh, tapi harus terbuka minda mencari kebenaran hakiki! Jangan ikut membuta tuli sahaja.

5. Hakim Mahkamah Rayuan yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi dua hari lepas adalah kenalan rapat AnWAR. Datuk Ramly Ali pernah menjadi Pendaftar Syarikat di Pejabat Pendaftar Syarikat. Datuk Ramly dan seorang lagi bekas hakim, Datuk Zainon Ali cukup rapat dengan AnWAR.

6. Hubungan akrab mereka seperti keluarga. Selepas AnWAR ditangkap 1998, nama mereka berdua pernah dikait kerana punya hubungan akrab dengan AnWAR. Berlatar belakangkan pendidikan perundangan, mereka faham tugas pihak berkuasa dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Datuk Ramly dan Datuk Zainon amat professional sekali.

7. AnWAR menjangka Datuk Ramly akan menyebelahi beliau dalam penghakiman Mahkamah Rayuan tapi jangkaannya meleset. Bertindak atas prinsip keadilan yang telus, Datuk Ramly Ali membuat keputusan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Keputusan yang beliau buat berpandukan prinsip ketelusan keadilan yang beliau praktikkan selama ini.

8. Seperti biasa, bila sesuatu tidak berpihak kepadanya, AnWAR mula menyerang. Kini dengan menggunakan pecacai pembangkang, AnWAR cuba ‘membunuh’ karektor Datuk Ramly dengan menyatakan itu dan ini tentang Datuk Ramly.

9. Pihak kerajaan harus membela Datuk Ramly. Bela lah beliau bukan kerana keputusannya berpihak kepada kerajaan, tetapi kerana beliau seorang yang berprinsip dan sentiasa menjunjung tinggi ketelusan keadilan di Malaysia. Jangan biar AnWAR membunuh jiwa rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dengan tipu muslihatnya!

10. Tahun 1997, AnWAR pernah mengutus pegawainya menemui Hakim Mahkamah Tinggi di Wisma Denmark KL ketika itu, Datuk Mohd. Nor Ahmad bagi membantu kes beliau berkaitan buku 50 dalil. Bila hakim tersebut enggan berkompromi, beliau sempat ‘ditendang’ keluar oleh AnWAR ke Shah Alam.

11. AnwaR juga pernah memanggil bekas Ketua Hakim Negara, Tun Yusof Chin ke rumahnya beberap kali ketika kes buku 50 dalil masih belum selesai. Tiba-tiba hakim perbicaraan pula ditukarkan serta-merta. Prinsipnya, pada bila-bila masa atau apa keadaan sekalipun, cabang eksekutif tidak boleh memanggil cabang kehakiman di mana jua sekalipun!

12. Apakah ini bukan campurtangan namanya? Apakah bila AnWAR yang buat, maka ianya tidak, bila orang lain, ianya benar? AnWAR boleh saja terus berpura-pura menutup kejahatannya, namun penyokong harus berusaha mencari kebenaran! Bukan untuk mengaibkan tapi harus punya fakta tentang siapa yang kita sokong, kerana kita akan disoal kemudian hari nanti…….

Rabu, Mei 13, 2009

AnWAR TELAN LUDAH SENDIRI

“Keputusan hari ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Makanya adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam perlembagaan. Ini termasuklah sistem pengasingan kuasa yang secara jelas menggariskan pengasingan di antara kuasa eksekutif, kehakiman dan juga perundangan.”

Petikan di atas adalah kenyataan AnWAR berkaitan keputusan mahkamah Tinggi 11 Mei 2009 tentang pengesahan DS Nizar masih MB Perak. Bunyinya amat cantik sekali seolah-olah AnWAR adalah warganegara Malaysia yang paling menjunjung tinggi perlembagaan negara serta prinsip demokrasi berparlimen.

Namun pada hari ini Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan yang telah dibuat Mahkamah Tinggi semalam, sekaligus mengekalkan DS Dr. Zambry sebagai MB sekurang-kurangnya hingga proses rayuan selesai.

Semuanya dibuat mengikut perlembagaan dan proses undang-undang yang sah. Saluran mahkamah telah diguna secara telus dan adil! Sebelum ini AnWAR banyak menangguhkan kes beliau di mahkamah dengan mengemukakan rayuan, kini dengan proses rayuan juga AnWAR terkena!

Jangan hairan jika selepas ini AnWAR akan menghentam mahkamah tidak adil, ada campurtangan politik dalam membuat keputusan dan macam-macam lagi. Semuanya bakal dikarang bagi menghalalkan tindakannya.

Jika mengambil langkah berhati-hati, AnWAR tidak akan mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan mahkamah Rayuan hari ini. Sebaliknya beliau akan memilih pentas ceramah dan persidangan di luar negara untuk mempertikai dan menghentam keputusan mahkamah rayuan.

AnWAR kini semakin tersepit! Jika semalam beliau meludah ke langit, hari ini ludahnya jatuh tertepek di mukanya sendiri. Bagi menutup segala kelemahannya yang makin terserlah, dia terpaksa menjilat segala ludahnya serta menelan kembali bagi membersihkan mukanya agar sentiasa kelihatan berseri…..

Rabu, April 08, 2009

MAKA IBLIS PUN MENANGIS KEGEMBIRAAN DI BUKIT GANTANG.

kalah secara fizikal tidak memberi kesan kepada aku dan mungkin kamu. kalah hanya kepada bilangan nombor. perjuangan yang kita bina selama ini membabitkan secara mutlaknya berpaksi kepada isu akidah. hari ini seperti ulangan sejarah yang lalu, kita tewas.

namun harus aku tegaskan disini, dan bakal termaktub dalam perlembagaan perjuangan aku, ROH PERJUANGAN MENENTANG YANG BATHIL AKU DAN ENGKAU SEBENARNYA TIDAK PERNAH KALAH.

memang benar anwar sang celaka dan pas bin bani israel telah menang. melompatlah seluruh barua-barua islam persis sang munafikun zaman jahiliah kegembiraan.

uhud pernah memperlihatkan ketewasan islam, namun adakah kerana 'kekalahan uhud' bermakna nabi saw dan para sahabat r.a bersalah ? tidak sama sekali.

regim zionis pernah menang dalam pertarungan 1967 di bukit golan menewaskan seluruh pakatan arab, namun adakah kerana mereka 'menang' bermakna perjuangan mereka benar ?

gaza telah dibedil selama 3 minggu oleh zionis, ramai anak palestin terkorban namun sekali lagi adakah kerana 'menangnya' mereka bermakna jihad palestin itu salah ? maka tidak perlulah aku menyebut akan konsep cerita yang sama pernah berlaku terhadap penduduk kashmir,chechen,afghan,iraq dll.

hari ini anwar dan pas menang bukan kerana perjuangan mereka benar. mereka diangkat dan dijulang kerana perjuangan mereka merpersenda/menghina agama telah menarik minat bukan islam untuk menyokong mereka.

menjual ALLAH, merogol agama,persenda hudud,menghina bangsa merupakan 'menu' yang paling sedap dihidang dan dimakan. menu hina ini dijual kepada seluruh rakyat. menangnya sang penderhaka sebenarnya telah melonjakkan semangat juang aku. memang ini yang aku mahukan, yang berjuang akan tahu setakat mana kekentalannya.

FOKUS KEPADA PERJUANGAN ASAL, PETAHANKAN ISLAM DAN BANGSA HINGGA KE AKHIR HAYAT. INILAH KEMENANGAN MUTLAK !

Selasa, April 07, 2009

Undi PAS Tak Boleh Masuk Syurga


PAS BUKAN AGAMA
PAS ADALAH PARTI
DILULUSKAN OLEH PENJAJAH PADA TAHUN 1951
SELEPAS AHMAD FUAD KALAH LAWAN TUNKU ABDUL RAHMAN
SEBAGAI PRESIDEN PAS
PAS DITUBUHKAN KERANA KECEWA DAN PEREBUTAN KUASA


PAS TIADA DALAM RUKUN ISLAM
PAS TIADA DALAM RUKUN IMAN
PAS HANYALAH PARTI YANG DIBUAT OLEH PENJAJAH
UNTUK PECAHKAN ORANG MELAYU DARIPADA BERSATU DALAM UMNO

PENJAJAH TAHU KALAU ADA DUA PARTI
SATU BERASASKAN BANGSA
SATU BERASASKAN AGAMA
ORANG MELAYU AKAN BERPECAH KEPADA DUA
SENANGLAH PENJAJAH MASUK JARUM


PAS ADALAH PARTI BUKAN AGAMA
PANGKAH PAS TIDAK BOLEH MASUK SYURGA
PANGKAH PAS TIDAK DAPAT PAHALA
TIDAK PANGKAH PAS PUN TIDAK MASUK NERAKA
TIDAK PANGKAH PAS PUN TIDAK DAPAT DOSA

KERANA PAS HANYALAH PARTI CIPTAAN MANUSIA BUKAN RABBI

PAS HANYA SEMENTARA..LIHATLAH PADA SLOGANNYA..
PAS ADALAH PARTI BUKAN AKIDAH
PAS BUKAN PRINSIP AGAMA
PAS HANYA GUNAKAN NAMA ISLAM SAHAJA


TIADA TERSEBUT DALAM 6666 AYAT AL QURAN
PANGKAH PAS MASUK SYURGA
TIADA HADIS NABI YANG SEBUT PANGKAH PAS
ADALAH WAJIB...

TIADA SEBARANG AYAT AL QURAN DAN HADIS YANG KATA
WAJIB UNDI PAS BUAT ORANG ISLAM

KALAU ADA YANG KATA BEGITU
TERNYATALAH PAS ADALAH PARTI AJARAN SESAT (PAS)

Isnin, April 06, 2009

Terbukti Anwar Cuba Berbohong....

Sah! 6 kotak dokumen rahsia kerajaan memang ada dalam simpanan Anwar Ibrahim.

Sewaktu Ezam Mohd Nor berceramah di Flat Paya Nahu Bukit Selambau malam tadi, beliau membuktikan bahawa 6 kotak dokumen rahsia berada didalam simpanan Anwar. Pada dua pilihanraya kecil sebelum ini di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Ezam telah berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyimpan 6 kotak sepertimana yang didakwa oleh beberapa pendekar tempang budak budak bahlol suruhan Anwar yang mencabar Ezam terus membuat pendedahan….

Malam tadi dalam kempen pilihanraya kecil Bukit Selambau, Ezam menunjukkan bukti apabila mempamerkan sebuah buku yang ditulis oleh Abdul Aziz Bari, Profesor Kuliah Undang Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa bertajuk “POLITIK PERLEMBAGAAN”. Buku yang diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar [IKD],turut tertera dibuku tersebut salah seorang penyuntingnya adalah Amir Shari wakil rakyat PKR, ADUN Batu Caves.
Pada mukasurat 224 jelas dinyatakan disitu bahawa 6 kotak dokumen rasmi kerajaan yang mengandungi kesalahan rasuah pemimpin negara berada didalam simpanan Anwar Ibrahim.
Semoga selepas ini, tidak ada lagi budak budak suruhan Anwar mahu menjilat boss mereka dan menyalak-nyalak mencabar Ezam membuat pendedahan dokumen rasuah……

PM Buktikan Berubah Sebelum Diubah

Kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak membuat perubahan drastik membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang yang hanya pandai berkata-kata sebaliknya melaksanakan dengan tindakan segera untuk kepentingan bersama.

Langkah yang dibuat iaitu membebaskan 13 tahanan ISA, termasuk dua pemimpin Hindraf dan lapan anggota Darul Islamiyah di samping menarik semula larangan penerbitan sementara dua akhbar rasmi pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan di samping mengkaji semula ISA secara seriuas dan segera.

Dengan ini jelas bahawa Datuk Sri Najib membuktikan bahawa perubahan yang diucapkan sebelum ini bukanlah sekadar janji kosong semata-mata malahan ia dibuat dengan langkah segera kerana ia memberi kesan kepada masyarakat khususnya.

Langkah ini juga dilihat tepat pada masanya sebagai langkah mengukuhkan keyakinan rakyat berkaitan soal keselamatan dan mengembalikan keutamaan untuk menangani ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah.

Dalam aspek yang lain pula, langkah tersebut juga akan menjadi panduan dan tauladan kepada rakyat khususnya tahanan ISA yang dibebaskan agar perkara sama tidak berulang.

Secara tidak langsung, Perdana Menteri turut mengajak seluruh warga untuk bersama-sama melaksanakan satu trasformasi besar untuk Negara atas semangat ‘satu Malaysia’ iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Satu Impian, Satu Malaysia, Pilihlah BN!!!

Selasa, Mac 24, 2009

20 Sebab Kenapa PR (Pakatan Rakyat) Tidak Perlu Diberi Mandat!!!

Sebenarnya PR ( Penghancur Rakyat) adalah sebuah parti yang rapuh dan tidak membawa kepada kekucaran rakyat selama hari ini. apa yang dilihat PR ( Perobek Rakyat) hanya untuk mengugatkan keadaan keamanan di negara ini.

1. Sistem gabungan Pakatan tidak stabil, Parti baru (PKR) Parti Kinzir Rakyat menguasai parti lama (PAS & DAP), mana adil?

2. Presiden PAS, Haji Hadi kata Pakatan tiada ketua. Anwar bukan ketua Pakatan tapi Anwar bertindak lebih dari itu.

3. Karpal Singh pengerusi DAP desak Ketua Pakatan letak jawatan, apa lebih rapuh dari itu?

4. Ketua Pakatan diragui moral. Dibicarakan di mahkamah atas sebab kes liwat & pendedahan amalan free sex Elizabeth Wong.

5. Pakatan longgar dan saling merebut kuasa sesama sendiri

6. Jika Pakatan berjaya, semakin bertambahlah pengaruh asing menguasai negara kite pada hal pihak asing hanya nak gunakan kita demi matlamatnya sendiri.

7. Sistem Pakatan akan meningkatkan jurang kemiskinan. Yang kay bertambah kaya. yang miskin akan bertambah miskin kerana Pakatan percaya sistem pasaran 100% bebas.

8. Hak Keistemewaan orang Melayu akan dihapuskan kerana DEB dihapuskan & diganti dengan Agenda Ekonomi Nasional (AEN)

9. Kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu akan terancam kerana Pakatan Memperjuangkan sistem republik

10. Kedudukan agama Islam akan terancam kerana 2 parti terbesar Pakatan (PKR & DAP) memperjuangkan pluralisme agama ( persamaan Agama)

11. Jawatan menteri kabinet kerajaan persekutuan dan exco-exco kerajaan negeri untuk Melayu akan dikurangkan, tahukah kita implikasinya? Bayangkan apa akibatnya jika Pengarah Urusan Petronas diberikan kepada bukan ISLAM!!! Jawatan-jawatan lain seperti NC-NC universiti juga akan diberikan kepada kaum lain.

12. Jawatan Perdana Menteri mungkin diambil alih oleh bukan Melayu. Kalaupun Melayu naik, dia akan jadi boneka sahaja.

13. Kuasa Mahkamah Syariah akan dikurang atau dihapuskan sebab majoriti peguam tak sukakan sistem Syariah dan akan mempergunakan Majlis Peguam untuk itu.

14. Kedudukan agama Islan akan semakin terancam kerana peruntukan untuk semua agama disamaratakan

15. Akan semakin bertambah Melayu yang murtad kerana dasar IFC yang menyamakan agama2 lain dengan Islam akan diperkenalkan seperti yang sudahpun dimulakan di Pulau Pinang.

16. Tak mustahil akan bertambahnya gejala sosial seperti kegiatan gay, lesbian dan seks bebas kerana perjuangan Pakatan berasaskan Hak Asasi Manusia rekaan Yahudi pd 1948 sedangkan Allah lebih tahu apa yang sesuai untuk kita manusia.

17. Sejak pakatan mendapat mandat dibeberapa tempat, keadaan politik negara tidak stabil & sering berlaku demonstrasi yang amat menyusahkan.

18. Tidak mustahil bila Pakatan berjaya, mereka akan ejek Melayu & Target 13 Mei akan berulang sekali lagi.

19. Rezab tanah-tanah Melayu akan digadai kepada kaum lain seperti di Perak pd hal peribumi adalah majoriti yang tak bertanah atau mempunyai rumah.

20. Perpaduan kaum akan terjejas kerana majoriti kaum Melayu tidak akan berpuas hati bila hak disamaratakan dengan kaum-kaum lain pada hal majoriti Peribumi masih miskin.

Itulah antaranya pekara yang menyebabkan PR ( Penghapus Raja) ini tidak bole mentadbir negara ini dan dianggap tidak releven!!

Rabu, Mac 11, 2009

PPSMI : Kenapa tak bela Ketuanan Melayu?

PAS dan PKR dalang kepada insiden rusuhan dan demonstrasi tunjuk perasaan mengenai bantahan PPSMI di ibu negara. Kelibat pemimpin pembangkang tidak dinafikan memainkan peranan dalam menyemarakkan kebencian kepada kerajaan.

Kita lupa atau sengaja buat-buat nyanyuk, di dalam sistem pendidikan kebangsaan beberapa subjek seperti sejarah, Geografi, Pendidikan Moral, Islam, Ekonomi, Perdagangan, Sastera, Kemahiran Hidup dan sebagainya masih menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Adakah ini belum CUKUP memadai untuk menjadikan 'warganegara' Malaysia tahu dan fasih berbahasa Melayu/Malaysia? Hanya subjek sains dan matematik sahaja hanya menggunakan BI, itupun masih dalam dwi-bahasa.

1. Tidak kira dasar apa-baik untuk negara dan rakyatnya, pembangkang hanya tahu 'anti' dengan dasar kerajaan. Pembangkang hanya bawa CELAKA sahaja.

Misalnya;

(A) PAS pernah membangkang dan menentang penggunaan internet dan komputer diperkenalkan secara meluas di Malaysia. Alasan, internet banyak memberi keburukan seperti penularan unsur seks tidak terkawal dan komputer akan mewujudkan jurang komunikasi antara desa dengan bandar.

Tetapi PAS tidak ada cara yang lebih baik mengemukakan usul- kalau tidak ada internet dan komputer, kita perlu guna apa?

Realitinya kini, PAS menjadikan internet sebagai dakyah untuk menyebarkan fitnah dan fahaman politik mereka kepada golongan muda bukannya menjadikan sebagai medan dakwah.

(B)Tahun 1980-an, PAS dan DAP (masa itu tidak ada PKR lagi) menentang dan menyindir kerajaan kerana memperkenalkan kereta Malaysia-proton Saga.

Kemudian, PAS menyifatkan kerajaan sebagai tidak tahu membina industri berat yang kini dikenali sebagai PROTON dan menganggapnya sebagai projek pembaziran.

Kemudian, kerajaan menyokong industri PRODUA iaitu melahirkan kereta kancil- yang dianggapnya tidak ada kualiti dan kereta tin biskut. Usaha kerajaan ini ditertawakan oleh pembangkang.

Namun kerajaan cekal -supaya semua orang dapat membeli kereta.

Patutlah pemimpin PAS tidak mahu menaiki kereta nasional, tetapi kena ingat, berlambak pengikut PAS yang semua tidak mampu membeli CAMRY atau BMW macam Tok Guru naik ulang alik dari Kota Darulnaim ke Kedai Lalat (rumahnya).

2. Kalau PPSMI telah menyebabkan bahasa Melayu terabai, kenapa PAS, DAP dan PKR menentang 'KETUANAN MELAYU'?

Apa guna Bahasa Melayu menjadi bahasa teragung Malaysia kalau penuturnya atau bangsa asalnya setaraf bangsa dari Bangla(desh) atau Nepal!!!

Pakatan anti Ketuanan Melayu sedangkan mereka sokong dasar bahasa Melayu. Hairan.

Ibarat basuh kencing, tapi berak tak basuh. Boleh bersih ke?

Biarlah ketuanan Melayu dan Ketuanan Bahasa Melayu (Malaysia) dijulang, bukannya menjulang Bahasa sedangkan bangsanya dicampak dan dihina.

3. Perarakan haram membantah PPSMI sebenarnya mencemarkan sambutan Maulidur Rasul yang disambut pada keesokan hari. PAS pentingkan Islam atau bahasa?

Kalau pentingkan bahasa, kenapa PAS mengeluarkan kenyataan 'bahasa jawi bukan bahasa Islam (seolah-olah Jawi tidak penting)' dan tidak menentang sebarang usaha dilakukan oleh DAP memartabatkan bahasa Mandarin danTamil dalam papan tanda.

Tanya Ibrahim Ali, PAS-bebas mengenai perjuangan PAS kini. Katanya, PAS sekarang hanya mengikut telunjuk DAP.

PAS lagi takut kepada keluarga Singh 'Kings' dan LIM daripada mewujudkan hukum hudud yang menjadi perjuangan selama ini.

Kalau Zaid Ibrahim membawa hudud ke mahkamah, PAS kata UMNO kafir sebab tolak hudud dan perlu diperangi habis-habisan, tetapi bila Zaid keluar UMNO, PAS ajaknya jadi ahli.

Perjuangan apa nie?

Kalau air kencing, tetap jadi najis, jadi kenapa air kencing boleh diminum kalau dalam 'cawan' berlogokan PAS pula!!!

4. Tanya dan buat kajian- adakah pelajar perubatan atau kejuruteraan (medical study or enggineer) menghadapi masalah untuk belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris!!!

Jangan tanya pelajar sastera atau jurusan agama. Mereka sudah tidak berminat dengan sains dan matematik

Sama juga jangan tanya Samad Said atau tokoh bahasa. Tanyalah dekan perubatan di semua universiti di Malaysia atau seluruh dunia, adakah mereka susah belajar sains dan matematik dalam BI!!!

Apakah bahasa mereka gunapakai sehingga berjaya menyambung pengajian dalam bidang pakar atau PhD?

5. Mengapa perusuh jalanan perlu berarak ke bandar KL sedangkan mereka boleh terus berjumpa dan berarak ke jalan istana, melalui Kg. Attap untuk menyerahkan memo kepada Yang diPertua Agung.

Niat mereka hendak merusuh atau hendak membela bahasa Malaysia?

Adakah bahasa Melayu atau Malaysia-memberikan ciri-ciri- BIADAP DAN KURANG SOPAN kepada penuturnya sebagaimana dilakukan oleh HINDRAF yang menuntut hak sejuta poundsterling dari Britain?

Apa guna bahasa jiwa bangsa jika perjuangan perusuh jalanan ini dijadikan jiwa bangsa.

6. Tidak ada pakar bahasa atau tokoh sasterawan yang mengemukakan idea yang bernas, jitu dan 'berakal' bagaimana caranya hendak membela dan memelihara BM, kemudian dijulangnya di Malaysia.

Semua pakar asyik mengkritik bukannya memberi buah idea.

Jangan samakan pakar bahasa Malaysia dengan pakar Bahasa dari Jepun atau Jepun. Inovasi dari negara mereka, dan pakar kita hanya tahu mengulas inovasi berkenaan seolah-olah pakar kita yang ciptanya.

7. Kenapa mengaitkan pengajian sains dan matematik sebagai satu 'penjajahan'? Bahkan Bahasa Melayu sudah berkembang kerana mengambil nilai-nilai dan tatabahasa dari pelbagai bahasa seperti Inggeris, Arab, Yunani, Belanda, Cina, Perancis dan sebaganya untuk berkembang pesat!!!

Kita tidak memanggil komputer (pada asalnya dipanggil computer) sebagai 'kotak elektrik yang ada bayangan' atau 'kotak menulis macam televisyen'. Adakah dengan menyebut komputer;bahasa Melayu atau Malaysia sudah hapus, pupus, tercemar dan dimalukan?

8. Kini, PPSMI ditentang dikala masalah ekonomi melanda dunia. Sepatutnya kita menjadikan PPSMI sebagai cara memajukan sistem pendidikan negara walaupun kini menempa krisis kewangan global.

PPSMI sebenarnya platform untuk mengkayakan populariti pemimpin tertentu sahaja sedangkan mereka yang mahukan bangsa Melayu menjadi pengemis di negara sendiri.

9. Kita tidak akan terhakis Bangsa kalau berbahasa Inggeris atau Mandarin. Melayu tetap Melayu. Cina tetap Cina dan India tetap India walaupun mereka boleh berkomunikasi dalam bahasa Perancis atau Jepun.

Yang berbeza, kalau tidak mahir berbahasa Inggeris, orang Melayu akan jadi penyelia, India menjadi pegawai atau eksekutif dan Cina akan menjadi Pengurus walaupun ketiga-tiga bangsa itu kelulusan dari universiti atau kolej yang sama dan 'professornya' juga orang yang sama.

10. PPSMI sebenarnya Puak Pakatan Suka Merusuh Ini, bukannya untuk membela bahasa sedangkan dalam masa yang sama Islam pun diterkam dengan penggunaan Allah oleh semua agama dan disokong pembangkang, bangsa Melayu kini berpecah dan sanggup menjadi penderhaka serta tidak menunaikan janji pilihanraya....bukan berniat untuk membela anak bangsa.

KALAU PPSMI DIKUBURKAN, KERAJAAN AKAN HADAPI SATU GELOMBANG KETIDAKADILAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN ANTARA GOLONGAN KAYA DENGAN MISKIN DAN MASYARAKAT DESA DENGAN BANDAR.

Satu boleh cakap Bahasa Melayu sahaja, dan satu kaum lagi (bandar) mahir berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Jepun.

FIKIRLAH SEBAB ANAK-ANAK PAKAR BAHASA MELAYU PUN TAK PERNAH CAKAP MELAYU WALAUPUN DI RUMAH, TETAPI KENAPA PAKAR TIDAK MAHU ANAK NELAYAN MISALNYA BOLEH BERBAHASA INGGERIS DENGAN BAIK!!

Isnin, Februari 09, 2009

PANTUN MELAYU LAMA UNTUK NIZAR

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh saya jadi Menteri Besar Lagi.

Dua tiga kuching berlari,
Mana sama sikuching belang;
Dua tiga Menteri Besar Boleh dicari,
Mana sama dengan jawatan MB yang hilang.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan didalam hati;
Dalam pilihanraya BN kalah,
Tapi masih tetap perintah negeri.

Kusangka nanas ditengah padang,
Rupanya pandan yang berduri;
Kusangka panas hingga ke petang,
Rupanya hilang jawatan di tengah hari.

Anak punai anak merbah,
Terbang mari buat sarang;
Anak sungai lagikan berubah,
Inikan pula hati 3 ADUN PR..mengapa dikenang

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh Nizar bayar,
Hutang derhaka mike bawa ke mati

Ahad, Februari 08, 2009

Penghinaan dan cabar maruah Sultan Perak



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin atau siapa sahaja daripada pakatan pembangkang hendak menyaman Sultan Perak sebagai satu penghinaan kepada Sultan Azlan Shah.

Malah katanya, ia tidak wajar dilakukan sama sekali oleh sesiapa yang menyanjung tinggi sistem Raja Berpelembagaan di negara ini.

''Keputusan yang dibuat oleh Tuanku berdasarkan pengamatan Tuanku bahawa ia menepati Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Jika sekiranya Mohammad Nizar dan pakatan pembangkang nak saman Tuanku, ia mempersoalkan maruah dan imej Tuanku sebagai raja pemerintah," katanya hari Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nizar dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak kerana melantik ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Peak yang ke-11 ekoran berlakunya pergolakan politik di negeri Perak.

Sultan Azlan membuat keputusan tersebut kerana tiga ADUN kerajaan campuran sebelum ini iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Osman Jailu dari Parti Keadilan Rfakyat (PKR) dan ADUN Jelapang dari DAP, Hee Yit Fong mengisytihar keluar parti amsing-masing dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Malah ketiga-tiga mereka telah memberikan pengakuan menyokong kerajaan BN dan calon Menteri Besar yang dikemukakan oleh BN pada satu majlis mengadap Sultan Perak diadakan, Khamis lalu.

Menurut Najib, tindakan pembangkang tersebut jelas mempersoalkan maruah dan imej Sultan Azlan Shah sebagai raja pemerintah yang mempunyai hak membuat tafsiran dari segi perlembagaan berhubung kedudukan seseorang Menteri Besar.

Ditanya perasaannya selepas kejayaan BN menguasai kerajaan negeri, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional Perak menjelaskan, ia bukan merupakan satu kemenangan peribadi sebaliknya memberi peluang kepada BN untuk berkhidmat kepada rakyat negeri itu.

''Saya anggap ini bukan kemenangan peribadi tapi sebagai satu kemenangan kepada rakyat Perak untuk memulakan satu era baru demi masa depan mereka," katanya di Ipoh sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis angkat sumpah Dr. Zambry di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Majlis angkat sumpah tersebut memperlihatkan sikap sebenar pembangkang apabila bukan sahaja mempertikaikan keputusan Sultan Perak, malah mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Masjid Ubudiah menyatakan protes mereka dengan membaling batu ke arah kenderaan yang lalu untuk ke Istana.

Banyak kenderaan orang-orang kenamaan termasuk kereta Raja DiHilir Perak mengalami kerosakan ekoran perbuatan melampau para penyokong pembangkang yang jelas mencabar keputusan Sultan Perak melantik Dr. Zambry menggantikan Nizar yang dititahkan meletakkan jawatan sesuai dengan Fasal XVI (6) kerana Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli dalam Dewan Undangan Negeri Perak

Jumaat, Februari 06, 2009

Nizar 'ceroboh' pejabat



Tepat jam 9.50, Datuk Seri Nizar Jamaluddin memasuki perkarangan bangunan Darul Ridzuan yang menempatkan pejabat Menteri Besar Perak. Beliau yang diiringi oleh semua 'barisan exconya' mendapati pejabatnya telah pun dikosongkan.
Nizar kemudian mengadakan sidang media dengan menegaskan "saya masih Menteri Besar". Beliau juga menjelaskan, tindakannya enggan meletakkan jawatan bukanlah perbuatan derhaka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang menitahkan beliau dan barisan exconya meletakkan jawatan.
Sebaliknya sembah derhaka yang beliau ungkapkan hanyalah ungkapan sesuai dengan 'bahasa Istana'. Sedang sidang media berlangsung, Setiausaha Kerajaan Negeri memasuki ruangan pejabat Menteri Besar meminta semua wartawan beredar dan sidang media dihentikan.
Setelah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, kira-kira jam 10.40, Nizar kelihatan keluar meninggalkan bangunan Darul Ridzuan menaiki kenderaan rasmi Menteri Besar.

16 September DI CANANG-CANANG!
5 Februari SENYAP-SENYAP AJE...

16 September NAK SEMUA SEKALIGUS!
5 Februari SIKIT-SIKIT LAMA2 JADI BUKIT...

16 September NAK JADI PERDANA MENTERI!
5 Februari JADI MENTERI BESAR PUN CUKUP LA...

16 September NAK PEGI PUTRAJAYA!
5 Februari KITA KE IPOH CUKUP LA...

16 September PERMATANG PAUH MEMANG MILIK KAMI!
5 Februari BOTA PATAH BALIK, BEHRANG NAK IKUT, LAA..CHANGKAT JERING PUN NAK, BAWAK MAI JELAPANG SEKALI TAU...

16 September KITA AKAN GULINGKAN KERAJAAN SEDIA ADA!
5 Februari KITA GULINGKAN KERAJAAN BARU SETAHUN JAGUNG...

16 September KITA AKAN HANTAR SURAT KE YANG DIPERTUAN AGONG!
5 Februari SURAT-SURAT TAK MAIN LA....KITA MENGHADAP TERUS LA...

16 September LEBIH DARI 30 MP AKAN LOMPAT!
5 Februari SORANG LOMPAT, 3 MELANGKAH CUKUP LA...

16 September KAMI KEJAR DAN IKUT POTENTIAL MP KATAK
5 Februari KAMI TAK MINTAK PUN....

16 September KAMI IKUT SAMPAI TAIWAN!
5 Februari KAMI DATANG DARI PANGKOR AJE....

TAHNIAH KEPADA BARISAN NASIONAL

Nizar ingkar titah Sultan...Zamry MB baru Perak

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu sidang media selepas mengadap Sultan Azlan, setelah beliau menyembah perkara berkenaan, Sultan Perak telah menitahkan supaya semua ADUN BN dan tiga ADUN Bebas mengadap Baginda di Istana Kinta.

“Pada pertemuan itu tiga ADUN Bebas telah memaklumkan kepada Paduka Seri Sultan bahawa mereka telah meninggalkan parti masing-masing dan memberi pengakuan bahawa mereka menyokong kerajaan Barisan Nasional khususnya calon Menteri Besar yang akan dikemukakan ke bawah Duli Tuanku,”

kini terserah kepada Sultan Perak untuk membuat keputusan yang sewajarnya sama ada menerima cadangan BN untuk menubuhkan kerajaan baru atau membubarkan Dewan Undangan Negeri.

calon Menteri Besar juga telah dikemukakan kepada Sultan Perak, Najib berkata, ia belum dibuat lagi kerana perlu mengikut proses sesuai dengan undang-undang tubuh negeri Perak.

Ada proses yang kita patut dan perlu ikuti berdasarkan undang-undang tubuh negeri Perak. Jadi sebelum Menteri Besar Perak yang baru boleh ditentukan dan mengangkat sumpah, Tuanku kena buat keputusan sama ada membubarkan Dewan Undangan Negeri atau meminta Menteri Besar sekarang meletakkan jawatan,”

Najib turut menjelaskan, BN akan mengikuti proses yang disepatutnya di mana proses utamanya ialah Sultan Perak mesti menentukan keputusannya.

“Kita akan hormati apa-apa keputusan yang Tuanku buat kerana itu adalah hak mutlak Tuanku,” tambahnya.

Khamis, Februari 05, 2009

BN bentuk kerajaan baru di Perak


PUTRAJAYA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.
Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang
kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.
Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.
Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.
Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.
Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu
Sila turunkan kembali gambor En. Nizar di premis-premis dan di pejabat anda...

Selasa, Januari 27, 2009

Selamat Tahun Baru Cina - Tahun Lembu, Isu Lembu

1. Selamat tahun baru kepada rakan-rakan dari kaum Tionghua. Saya berharap saudara/i dapat menyambut kedatangan tahun Lembu ini dengan suasana yang menggembirakan biarpun prospek ekonomi dunia tidaklah begitu baik. Sifat positif dan berkeyakinan amat diperlukan dalam menghadapi kelembapan ekonomi dunia hari ini.

2. Nampaknya kita menyambut tahun Lembu tahun ini dengan isu lembu. Saya tahu ada pihak yang tidak gembira apabila saya mendedahkan isu lembu korban anak-anak syarikat kerajaan negeri kepada surau dan Masjid dalam Parlimen Tun Razak.

3. Keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor seharusnya disalurkan semula ke dalam negeri Selangor. Tindakan Tan Sri Khalid meminta PKNS membiayai program sedekah lembu korbannya untuk surau dan masjid Parlimen Bandar Tun Razak bukan sahaja tidak wajar, malah mencetuskan tanda tanya mengenai isu salah guna kuasa seperti yang didakwa oleh GERAK dalam laporannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

4. Sebenarnya saya tidak perlu mendedahkan surat tersebut jika Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menafikannya pada peringkat awal. Tan Sri Khalid dalam beberapa kenyataan sebelumnya menafikan pengetahuan beliau mahu pun pembabitan beliau dalam isu tersebut. Namun jelas dalam surat daripada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor kepada Pengurus Besar PKNS bahawa terdapat "arahan" Tan Sri Khalid agar PKNS membiayai lembu korban tersebut. (sila lihat laman web PembangkangSelangor.com)

5. Sekiranya Tan Sri Khalid berpendapat Ketua Setiausaha Sulitnya mengeluarkan surat tersebut tanpa pengetahuan dan kebenarannya, maka tindakan tatatertib harus diambil ke atas pegawai terbabit. Namun melihat salinan surat yang dihantar kepada saya termasuk cop Tan Sri Khalid di muka surat senarai surau dan masjid yang akan mendapat sumbangannya, saya fikir jelas Tan Sri Khalid mengetahuinya.

6. Saya mendengar Tan Sri Khalid "mengugut" untuk mendedahkan perbelanjaan dan setiap tindakan saya ketika menjadi Menteri Besar dahulu. Tan Sri Khalid boleh melakukan apa sahaja yang beliau fikirkan baik kepada rakyat dan negeri Selangor. Namun jika beliau fikir dengan "ugutan" sedemikian akan menyebabkan saya tidak akan mendedahkan lagi kepincangan pentadbiran beliau, ia adalah satu kesilapan besar.

Dr Mohamad Khir Toyo

Selasa, Januari 20, 2009

Melakukan Pembaharuan Untuk Harapan Baru

1. Sehari selepas kalah di Kuala Terengganu saya di wawancara oleh TV3. Apabila ditanya apakah yang BN perlu lakukan bagi menghadapi fenomena ini saya menyarankan agar diadakan pembaharuan (reform) dalam parti dan kerajaan.

2. Pembaharuan yang saya utarakan ialah antara lain menukar imej dan kaedah kempen Barisan Nasional. Imej sedia ada BN sama ada dari segi pendekatan kempen, slogan mahu pun imej-imej poster dan baju harus diberi nafas baru. Setelah hampir 30 tahun menggunakan imej dan poendekatan yang sama, nyata ia telah agak ketinggalan zaman. Imej BN hari agak kurang "menangkap" jiwa anak-anak muda. Kempen BN juga harus menunjukkan ia sebuah perikatan yang berbilang kaum. Kempen berasingan UMNO untuk orang Melayu, MCA dan Gerakan untuk masyarakat tionghua dan MIC untuk kaum India sudah ketinggalan zaman. Ketika kita tidak dapat menafikan kepentingan setiap parti ini memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing, namun kempen pilihan raya harus menampakkan keakraban antara kaum ini.

3. Tapi pembaharuan terhadap BN merupakan perkara titik bengit yang mungkin tidak penting jika pembaharuan lebih besar dapat dilakukan oleh BN. Pembaharuan yang saya maksudkan ialah pembaharuan dalam kerajaan yang dikuasai oleh BN.

4. Saya menyarankan agar Dasar Ekonomi Baru harus dikaji semula dan diberi nafas baru atau diwujudkan formula pentadbiran baru negara yang merangkumi ekonomi, hubungan antara kaum dan agama yang boleh memuaskan hati orang Melayu dan bukan Melayu. Ini penting kerana saya melihat DEB telah diberi label dan tanggapan yang salah oleh pemimpin politik parti tertentu yang mempunyai agenda peribadi berbanding menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara.

5. Pentadbiran kerajaan juga harus berubah. Lebih banyak kakitangan kerajaan diberi kerja lapangan berbanding sekadar memenuhi ruang pejabat di Putarajaya sehingga penuh sesak sekarang ini.

6. Jika kita lihat apabila Perikatan terlepas banyak kerusi pada 1969, Tun Abdul Razak ketika itu melontarkan perubahan yang ketara sama ada di dalam parti mahu pun kerajaan. Di dalam parti, allahyarham Tun Razak telah memberi nafas baru kepada Perikatan diberi nafas baru dengan melakukan pembaharuan imej, nama dan slogan. Perikatan bertukar kepada Barisan Nasional, lambang kapal layar bertukar kepada dacing

7. Lebih penting Tun Razak yang melihat masalah ketika itu mengemukakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan menstruktur semula ekonomi dan sosial masyarakat majmuk Malaysia. Ini semua memberi harapan baru dan juga hala tuju baru kepada rakyat ketika itu. Rakyat dan negara melihat BN mempunyai arah dan matlamat yang nyata dan ini memberi mereka keyakinan kepada BN selama lebih 30 tahun.

8. Namun keyakinan itu telah hilang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. DEB sudah dilihat oleh sebahagian rakyat sebagai mantera lama yang tidak lagi meyakinkan mereka. Polisi-polisi pembangunan baru juga tidak menambat hati nurani rakyat biasa. Sebahagian rakyat melihat BN sudah menjadi satu imej yang streotype dan tidak mengujaka.

9. Mungkin secara kebetulan atau ketentuan Allah, sejarah berulang lagi. Kali ini giliran anak allahyarham Tun Razak, Datuk Seri Najib memikul tanggungjawab yang hampir sama seperti bebanan allahyarham ayahndanya. Tanggungjawab memulihkan BN ini merupakan satu tanggungjawab yang menuntut keberanian dan kekuatan politik.

10. Saya melihat Datuk Seri Najib ada keberanian dan kekuatan tersebut. Cuma adakah beliau akan menggunakan kekuatan dan keberanian ini untuk melakukan pembaharuan dan memberi harapan yang segar kepada generasi muda?

Dr Mohamad Khir Toyo

Jumaat, Januari 16, 2009

PANAS...PANAS...Husam Musa sendiri dedahkan PAS tahu 'perangai' sebenar Anwar


Orang ramai terutama pengundi sekitar Kampung Kubang Parit dalam kawasan Wakaf Mempelam Kuala Terengganu bukan sahaja dikejutkan kandungan surat ‘damai’ Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Dr Mahathir Muhamad tetapi pendedahan bagaimana nawaitu PAS mahu memperkudakan Ketua Pembangkang itu.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Nor dengan lafaz ‘ Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ pada ceramahnya di situ Rabu malam, bersumpah pernah memberitahu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa beliau keluar parti Keadilan kerana Anwar lakukan perkara yang tidak boleh diterima Islam.
Ezam yang mengakui berkawan baik dengan Husam berkata, beliau bertemu pemimpin PAS itu selepas buat keputusan keluar dari PKR tidak lama dulu malah orang pertama yang dimaklumkan secara peribadi mengenai perkara itu.“ Pada malam ini, saya nak bagi tahu, dengan lafaz ‘ Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ saya beritahu Husam bahawa saya nak tinggalkan Anwar kerana ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Anwar secara peribadi dan politik yang saya tak boleh terima sebagai orang Islam.“Saya bagi tahu kalau saya terus membantu beliau (Anwar) jadi pemimpin, saya berdosa besar. Saya tak nak bagitahu yang lain kerana tak mahu aibkan orang,” ujar Ezam dalam ceramahnya sebelum mendedahkan kandungan surat ‘damai’ Anwar kepada bekas Perdana Menteri itu.
Menurut Ezam, sebagai kawan dan pemimpin PAS yang dihormati, beliau bertemu Husam untuk memberitahu keputusannya keluar Keadilan.“Nak tahu apa jawapannya?, Saya cabar dia nafikan. Anwar saya tak mahu cabar dia, kerana saya tahu, mana dia mahu. Tapi saya cabar Husam nafikan...nak tahu apa jawapannya, Husam kata “ kita pun tahu ( perangai Anwar) tapi sebab politik, kita nak pakai dia, kita nak tunggang dia,” katanya.Ezam berkata, beliau terkejut kenyataan itu yang keluar daripada Naib Presiden PAS. Dalam ceramahnya itu beliau kemudiannya mencabar Husam menafikan kata-katanya pasal PAS nak tungang Anwar itu sebelum habis tempoh berkempen pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.Cabaran itu ekoran kenyataan terbaru pemimpin kanan PAS itu semasa kempen pilihanraya kecil ini mendakwa Ezam masuk UMNO kerana hendak cari makan.“Saya cabar Husam datang Kuala Terengganu jawab tuduhan kata saya masuk UMNO kerana nak cari makan. Di ada dua malam atau dua hari ( dari Rabu malam) jawab cabaran saya,” tegasnya.Menurut Ezam, sebelum ini beliau tidak mahu sentuh perkara itu tetapi beliau cukup terguris dengan tuduhan dibuat oleh Husam yang menjejaskan kredibilitinya.“ Dia tahu sebab saya keluar Keadilan tetapi mungkin kerana terpengaruh janji Anwar nak bagi jawatan menteri atau apa, dia sanggup buat kenyataan saya masuk UMNO kerana nak cari makan.
“Kerana Husam sudah mencabar maruah saya, dengan lafaz sumpah saya tadi, saya cabar beliau, dua malam lagi supaya turun Kuala Terengganu dan buat sumpah nafikan kenyataan saya ini,” ujarnya.Katanya, kalau perkara itu tidak selesai selepas 17 Januari, beliau akan ‘ pusing keliling’ seluruh Kelantan selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu untuk berdepan dengan Husam.“Kalau nak perang, kita perang. Kerana apa, kerana Anwar juga kata saya jadi alat pada UMNO. Saya bukan diperalatkan tetapi dulu Anwar peralat saya untuk bebaskannya,”.“Tetapi untuk agama dan bangsa saya, saya rela diperalatkan malah seluruh nadi, denyut jantung dan darah saya rela,” tegasnya.Cabaran Ezam itu sekaligus membuka episod baru perang Ezam dengan pemimpin PAS itu selepas perangnya dengan Anwar sejak beliau keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sertai UMNO. Menurut Ezam lagi, selepas membaca kandungan surat Anwar kepada Dr Mahathir, beliau mencabar PAS menyatakan prinsip dengan membuat keputusan segera meninggalkan Anwar kerana daripada surat itu, jelas Anwar pemimpin paling hipokrit pernah dilahirkan dalam negara.“Dan kalau PAS tak berani buat keputusan prinsip itu, rakyat dan pengundi Kuala Terengganu harus buat keputusan pada Sabtu ini buat keputusan tolak pemimpin hipokrit itu serta parti yang bersekongkol dengannya termasuk PAS,” katanya. Mengenai surat Anwar yang diserah padanya pada 8 September,1998 itu untuk disampaikan kepada Dr Mahathir sebenar adalah untuk mendedahkan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu bersikap hipokrit dan munafik yang berbahaya kepada negara.Menurut Ezam, surat berkenaan adalah untuk menunjukkan betapa hipokritnya sikap Anwar yang pada ketika yang sama mengutuk Dr Mahathir kerana dipecat tetapi tanpa pengetahuan para penyokongnya menulis surat nak berdamai dengan Dr Mahathir.“Ini surat dibuat selepas dia dipecat dan kritik hebat Dr Mahathir. Daripada surat ini, seluruh rakyat boleh menilai jenis pemimpin apa Anwar Ibrahim ini,” katanya.
Menurut Ezam bekas bosnya itu adalah jenis yang boleh bercakap dengan Lim Kit Siang lain dan kemudiannya cakap lain dengan Datuk Seri Haji Hadi Awang.Katanya, surat itu sudah dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri selepas terlewat sampai untuk menyerahkan surat berkenaan.Ezam menegaskan, selepas 17 Januari ini beliau akan ke seluruh negara melakukan perhitungan dengan Anwar bersama kawan-kawannya dengan surat ini dan beberapa kotak-kotak tersebut yang belum selesai. Menjawab soalan wartawan selepas ceramah itu, Ezam berkata, beliau menyimpan salinan surat berkenaan setelah mula timbul rasa curiga dengan tindak tanduk Anwar.Beliau turut menjawab kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar kononnya Anwar akan membongkar surat Ezam kepada Perdana Menteri yang meminta jawatan politik sebelum masuk UMNO.Ezam menafikan ada membuat surat memohon jawatan atau secara lisan berbuat demikian.Ezam turut mencabar Anwar meletakkan jawatan daripada politik jika selepas tujuh hari beliau gagal meunjukkan surat berkenaan.“Saya juga cabar dalam tempoh kempen pilihan raya Kuala Terengganu, Anwar tunjukkan surat itu. Kalau ada, saya akan berhenti politik. Tetapi selepas 7 hari jika dia tak buat juga, saya cabar dia lepaskan jawatan daripada politik,” katanya.“Kalau dia ada maruah , dia mesti letak jawatan. Kalau dia tak buat, jatuhlah maruah dia kerana berbohong,” tegas Ezam yang percaya Anwar tidak pernah menjawab isu yang dibangkitkan termasuk ketika berkempen di Permatang Pauh.

Ahad, Januari 04, 2009

Anwar dan Hudud

Pas kata nak laksanakan hudud. DAP menentang hasrat Pas. Karpal Singh pun menuntut Anwar bersuara tentang hal hudud. Setakat ini, Anwar kelihatan membisu terhadap kes hudud ni.

Retorik Pas untuk melaksanakan hudud bukan baru. Malah Anwar pun sekali dahulu pernah memberi komen tentang hasrat Pas melaksanakan hudud. Jom kita baca, apa Anwar kata tentang perlaksanaan hudud oleh Pas dahulu:

Kerajan Kelantan tidak ikhlas KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata hukum hudud yang dikemukakan oleh Pas tidak menampakkan keikhlasan kerajaan negeri pimpinan Pas itu dalam melaksanakan dasar Islam. Sebaliknya, kata beliau, rang undang-undang jenayah syariah itu hanya lebih satu taktik pendekatan Pas untuk menarik rakyat supaya menyokong perjuangan mereka. (Berita Mingguan, 27/03/1994)

Jadi macam mana penyokong Pas? Setuju dengan Anwar?

Rasa-rasanya penyokong Pas percaya kata Anwar, bukan begitu? Sebab tiap-tiap kali Anwar mengeluarkan kenyataan, penyokong Pas terima bulat-bulat. 16 September lah, ada orang nak bunuh lah, liwat itu konspirasi lah. Sekarang ni macam mana? Kamu nak kata Pas tak ikhlas, atau kamu nak kata Anwar penipu?

Kepada ahli-ahli dan penyokong Pas, saya berharap kamu mengambil kenyataan Anwar ini dalam pertimbangan untuk menentukan betapa ikhlasnya Pas melaksanakan hudud, dan betapa ikhlasnya Anwar berpakat dengan Pas untuk menegakkan keadilan.

Ingat, Anwar kata:
-"hukum hudud yang dikemukakan oleh Pas tidak menampakkan keikhlasan kerajaan negeri pimpinan Pas itu dalam melaksanakan dasar Islam."

-"... hanya lebih satu taktik pendekatan Pas untuk menarik rakyat supaya menyokong perjuangan mereka."