Jumaat, Ogos 26, 2011

Tolak ketaksuban jatuhkan bangsa

Bangsa di negara ini perlu mengutamakan perpaduan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan ketaksuban hingga menjatuhkan hak-hak bangsa sewajarnya ditolak.

:Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, masyarakat Melayu Islam yang majoriti terlebih dahulu perlu bersatu atas dasar Islam dengan berpegang teguh kepada akidah yang benar.

Menurutnya, kumpulan ulama Umno kini, sedang memberi fokus terhadap penerapan dakwah ilmu yang mana dilihat adalah sebagai tarbiah yang perlu diberi keutamaan.

Mengulas pertanyaan salah seorang peserta mengenai tempoh masa diperlukan untuk mentarbiahkan ahli Umno, katanya, bagi melaksanakan perkara itu, beberapa perkara penting perlu diperhalusi.

“Dalam dakwah ada keutamaan perlu kita berikan. Pada hari ini kita ambil remeh dan memandang enteng terhadap isu syahadah, pengesaan kepada ALLAH dan persaksian bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh ALLAH.

“Hasil remeh isu itu, beri kesan kepada praktik amalan itu sendiri. Bila mereka bercakap soal politik, mereka bercakap dengan penuh kepentingan. Bertakwalah,” katanya sambil memberitahu soal masa dan tempoh Umno berubah, semua pihak harus bersabar.

“Saya rasa kita hari ini asyik memikir kan soal sampai bila tetapi apa sumbangan kita? Kita asyik nak doakan keburukan, sepatutnya mendoakan kebaikan pemerintah untuk dirasai oleh semua rakyat,

Fathul Bari berkata, menerusi kumpulan ulama Umno kini, beberapa perancangan telah dibuat dan ada di antaranya sudah diluluskan.

Menyentuh peranan ulama dalam Umno, katanya, diketahui sekian lama Umno tidak pernah ada satu badan tertentu yang khusus untuk bawa ulama atau ketengahkan kumpulan ini dalam parti. Yang ada cuma biro agama yang bertugas untuk menggerakkan program keagamaan.

“Pada hari ini, manusia berubah gopoh untuk mencari populariti, glamor dan kerusi politik. Kita lihat satu generasi keadaan yang berbeza kini, maka untuk itu perlukan kesabaran,

Menurutnya, fenomena politik kini dilihat bergelut dengan kepentingan masing-masing sehingga ada beberapa fakta yang sepatutnya disampaikan tetapi berlaku sebaliknya.

“Oleh itu, adalah tanggungjawab penyiaran media untuk menyebarkan tanpa dipetik sebahagian dan sebahagiannya tidak,

Fathul Bari, ditemui selepas wacana, menjelaskan semula yang dimaksudkan beliau dengan dakwah ilmu tersebut meliputi program cintai ilmu, program ulama dan kelas ilmu yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

kehadiran kumpulan ulama itu adalah untuk membantu Umno.

“Kita (ulama) berada di sini untuk membantu Umno bagi selesaikan permasalahan dan hendak saya jelaskan, bahawa kita dahulukan Islam dalam apa jua perkara untuk bantu Islam. Kita kembali ke dasar ilmu dan mulakan dakwah melaluinya,” katanya sambil memberitahu orang beriman itu bersaudara.

“Pemerintah, ulama dan rakyat berperanan untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk menyatukan umat Islam atas akidah yang benar dan jangan berpecah belah,

Isnin, Julai 04, 2011

Titah khas Yang di-Pertuan Agong

Teks Titah Khas

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin

Jumaat, Julai 01, 2011

Perhimpunan Haram Bukan Cara Betul Tegur Pemerintah

Umat Islam di negara ini diingatkan supaya menggunakan cara yang disyorkan oleh Islam ketika hendak menegur pemerintah dan bukan dengan mengadakan perhimpunan haram yang boleh menimbulkan perpecahan sesama sendiri.

Berkata seelok-eloknya umat Islam yang ingin menegur pemerintah haruslah berdasarkan saranan Rasulullah SAW iaitu melakukannya mengikut saluran yang betul.

“Lakukanlah secara peribadi dan individu, dan ia (nasihat) harus diberi secara rahsia, kerana apabila mana sesuatu nasihat diberi secara terbuka, itu bukan lagi nasihat, sebaliknya ia akan membuka keaiban pemerintah, dan itu amat ditegah dalam Islam.

Merujuk kepada sejarah Islam, beliau menceritakan bagaimana seorang Yahudi bernama Abdullah Saba menganjurkan perhimpunan pada zaman Khalifah Uthman Affan sehingga menimbulkan perpecahan dan akhirnya mengorbankan nyawa khalifah itu sendiri.

“Kalau kita perhatikan, tidak wujud demonstrasi yang diredai Rasulullah, tapi demonstrasi yang tak diredai ada…iaitu demonstrasi yang mengakibatkan kematian Uthman Affan oleh seorang Yahudi bernama Abdullah Saba,”

Fadlan turut menempelak sikap ulama yang menyalahgunakan dalil untuk membenarkan perhimpunan haram yang dijadual 9 Julai ini.

Beliau berkata kenyataan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang memetik sebuah hadis Rasulullah mengenai seorang sahabat mengadakan demonstrasi jalanan kerana disakiti jiran sebagai dalil membenarkan demonstrasi jalanan adalah tidak tetap.

“Cara guna dalil itu tidak tepat, tajuk dalil itu tak sama, dalil kejiranan tak boleh disamakan dengan dalil kepimpinan. Hadis itu memang sahih, tetapi situasinya tidak sama kerana jiran tidak boleh disamakan dengan pemerintah.

Seorang lagi ahli, Idris Sulaiman, yang merupakan penyelidik di Kedutaan Arab Saudi, juga meminta umat Islam supaya mengikut lunas yang ditetapkan Islam dalam menyuarakan sesuatu terhadap pemerintah dan bukannya dengan menyertai perhimpunan haram.

Beliau berkata, garis panduan yang ditetapkan Islam termasuklah saranan Rasulullah SAW agar umat Islam menegur pemerintah menggunakan nasihat yang disulami niat ikhlas dan iktibar.

“Kalau tepati syarat-syarat tersebut, baru perbuatan tadi akan dikatakan sebagai nasihat kerana kalau tak tepati dua syarat ini, silap haribulan nasihat diberikan akan berubah jadi satu celaan dan membuka aib orang yang kononnya kita nak nasihat.

“Jika terdapat pertelingkahan atau perselihan faham, maka kita harus selesaikan pemasalahan kita dengan merujuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, bukan melalui perhimpunan haram.

Idris berkata perhimpunan itu bukanlah sesuatu yang disarankan dalam agama, malahan tidak terdapat dalil-dalil yang sahih yang membenarkan perhimpunan sebegitu dijalankan.

Dr Fadlan Mohd Othman

Rabu, Jun 29, 2011

Demonstrasi BERSIH...


Demonstrasi BERSIH yang turut sama mengangkat gambar tokoh-tokoh Syi'ah Rafidhah

Sejarah Demonstrasi

Dalam sejarah Islam, awal tercetusnya demonstrasi adalah dari golongan pemberontak ketika pemerintahan ‘Utsman B. Affan radhiyallahu ‘anhu. Mazhab demonstrasi dan pemberontakan ketika itu antaranya dipengaruhi oleh seorang tokoh Yahudi bernama ‘Abdullah B. Saba’ yang berpura-pura masuk Islam. ‘Abdullah B. Saba’ ini menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam bertujuan menyebarkan pelbagai fitnah dan syubhat menghasut rakyat membenci Khalifah ‘Utsman.

Tindakan ‘Abdullah B. Saba’ ini bertepatan dengan sikap permusuhan Yahudi terhadap umat Islam sebagaimana termaktub dalam al-Qur’an sendiri. Tidak akan senang mereka selagi mana Islam tidak dihancurkan.

Di antara tuduhan yang beliau lemparkan ke atas ‘Utsman antaranya ‘Utsman ini bersifat kronisme, nepotisme, dan mendahului ‘Ali dalam hak kekhalifahan. Syubhat-syubhat dan fitnah yang beliau sebarkan tampak berjaya dan membuahkan hasil lantaran ketika itu terdapat ramai orang awam dan muallaf yang baru memeluk Islam yang masih belum mendalam keimanannya.

Maka, rakyat pun akhirnya termakan syubhat lalu bangkit mengkritik ‘Utsman secara terbuka di sana sini yang kemudiannya muncullah revolusi rakyat sehingga mengakibatkan pemberontakan. Setelah beberapa hari rumah ‘Utsman mereka kepung, akhirnya ‘Utsman pun mereka bunuh dalam peristiwa yang penuh tragis. Golongan pemberontak dan aktivis demonstrasi ketika itu menamakan tindakan mereka sebagai amar makruf nahi mungkar! Walhal ia adalah kebathilan berkedok agama.

Setelah peristiwa terbunuhnya ‘Utsman, fitnah tidak kunjung reda. Sebaliknya terus berkobar ketika zaman pemerintahan ‘Ali radhiyallahu ‘anhu dan seterusnya. Pemikiran ‘Abdullah B. Saba’ terus meracuni masyarakat sehingga muncul pula golongan Syi’ah dan Khawarij sekaligus. Awal kemunculan Syi’ah ketika itu berperanan mengajak masyarakat mendewakan ‘Ali, manakala golongan khawarij menjadi faktor melaga-lagakan para sahabat terutamanya di antara ‘Ali dengan Mu’awiyah. Dua faktor inilah antara yang bertanggungjawab mencetuskan peperangan Jamal dan Siffin mengakibatkan para sahabat bertembung sesama sendiri. Pertembungan tersebut adalah antara kejayaan besar faktor Syi’ah dan Khawarij dalam menimbulkan salah faham dan fitnah sesama para sahabat ketika itu. Dan kesannya terus dirasai sehingga hari ini.

Demonstrasi Pasca Revolusi Iran

Pada era 1970an di Iran, gelombang demonstrasi dan revolusi bergema. Dicetuskan oleh kelompok Syi’ah Rafidhah hasil tinggalan ideologi ‘Abdullah B. Saba’. Dipandu dan disemarakkan oleh Khomeini laknatullah ‘alaih. Melalui karya dan pemikirannya, masyarakat Iran bangkit menghidupkan semula doktrin aqidah penuh kontroversi Wilayatul Faqih. Mereka berdemonstrasi dan memberontak dalam rangka menjatuhkan Shah Iran pada tahun 1978 atas alasan penindasan dan kezaliman. Demonstrasi ketika itu mengakibatkan pelbagai kerosakan dan ratusan nyawa terkorban. Shah Mohamad bersama-sama permaisurinya pula melarikan diri.

Aksi-aksi demonstrasi yang mereka lancarkan ini saling tak tumpah dengan aksi demonstrasi yang dicetuskan oleh ‘Abdullah B. Saba’ di zaman ‘Utsman. Bahkan demonstrasi mereka inilah sekarang menjadi inspirasi sekian banyak demonstrasi-demonstrasi lainnya di Timur Tengah pada hari ini. Dalang di sebalik setiap demonstrasi mereka ini memang tidak lepas dari keterlibatan agen-agen yahudi.

Di Malaysia tidak kurang ramai yang turut terkesan dengan kejayaan revolusi Iran ala ‘Abdullah B. Saba’ ini terutamanya para aktivis Parti Islam Se-Malaysia. Malah Mat Sabu yang kini menjawat jawatan Naib Presiden PAS sendiri secara terbuka mengakui mendukung idea-idea revolusi Khomeini di Iran. Bukan setakat itu, beliau dalam banyak siri ucapan, ceramah, dan karya tulisnya turut mengajak masyarakat supaya mencontohi Iran dengan mengambil pedoman ideologi Khomeini termasuk fahaman sesat kesyi’ahannya.

Jika kita teliti dengan saksama, di antara tujuan sebenar di sebalik aksi demonstrasi Iran tadi adalah bertujuan menghidupkan semula aqidah Wilayatul Faqih yang telah lama disenyapkan. Dalam kepercayaan Wilayatul Faqih ini, golongan Syi’ah Rafidhah yang pada ketika itu dipandu oleh Khomeini mengajak rakyat membangunkan kepimpinan ulama sebagai galang ganti kehilangan Imam 12 mereka.

Dalam doktrin aqidah Syi’ah Rafidhah, masyarakat sepatutnya dipimpin oleh para imam yang maksum, iaitu Imam yang 12. Dalam kepercayaan mereka, imam yang terakhir iaitu imam ke-12 telah hilang (ghaib) sejak tahun 329H. Namun mereka mendakwa nanti sang imam akan kembali sebagai al-Mahdi.

Sementara menunggu kepulangan imam yang ghaib tersebut, kumpulan ulama dan fuqaha mereka perlu tampil mengambil-alih kekhalifahan sebagai wakil atau pengganti imam mereka yang ghaib.

Sebab itulah jika kita lihat apa yang diamalkan Iran hari ini setelah kejayaan revolusi 1979 dan penguasaan Khomeini, sistem pemerintahan Iran didirikan berasaskan kepimpinan ulama di bawah fahaman Wilayatul Faqih sebagai dewan tertinggi pemerintahan.

Termasuk dalam kedudukan Wilayatul Faqih adalah dewan elit para ulama selaku penjawat kedudukan tertinggi, penasihat spiritual, dan penentu dasar di Iran, lebih tinggi daripada Presiden dan Parlimen. Ketika ini, pucuk pimpinan tertinggi dewan Wilayatul Faqih dipegang oleh Ali Khameini. Manakala sistem demokrasi yang wujud di Iran hari ini sedikit pun tidak memberi kesan pengaruh dalam pembentukan kerajaan.

Menurut mereka, sesiapa yang menolak konsep Wilayatul Faqih ini, maka dia murtad, kafir, dan kekal di neraka. Para ulama dan imam Syi’ah di sisi mereka adalah maksum termasuk Khomeini. Malah konsep Wilayatul Faqih di sisi mereka adalah satu konsep yang menyama-tarafkan imam-imam Syi'ah dengan para nabi, bahkan sehingga lebih hebat dari para nabi, serta memiliki kuasa ketuhanan seperti boleh mengetahui yang ghaib dan apa yang bakal berlaku! Ini jelas satu konsep yang kufur akbar! Konsep ini bertepatan dengan doktrin ‘Abdullah B. Saba’ yang mengajar masyarakat di zaman ‘Utsman supaya mendewa dan mempertuhankan Saidina ‘Ali.

Era Selepas Revolusi Iran

Kebangkitan Syi’ah rafidhah berfahaman Imam 12 ini adalah khabar yang bakal menyemarakkan semula malapetaka permusuhan di antara Ahlus Sunnah dengan golongan sesat Syi’ah sejak zaman-berzaman. Perkara ini telah pun dan sedang berlaku sekarang.

Antara buktinya, ketika perang dan penguasaan Amerika ke atas Afghanistan, Syi’ah Iran inilah yang menyalurkan bantuan sekaligus menjadi faktor utama kemenangan Amerika di sana. Ini diakui sendiri oleh tokoh Syi’ah muhamed 'ali abtahi.

Kemudian ketika serangan Amerika ke atas Iraq menentang Saddam Hussein, Syi’ah Iran jugalah yang membuka laluan dan bantuan kepada Amerika. Hasilnya, tanah jajahan Iraq kini dikuasai oleh Syi’ah Iran manakala hasil buminya seperti minyak dibolot Amerika. Umat Islam di Iraq dan Afghanistan pula hadis di bunuh dengan kejam hampir setiap hari. Ada yang disembelih, ada yang dipanaskan dalam ketuhar, ada yang dicampakkan ke dalam api, ada yang disiksa, ada yang dipenjara, ada yang dirogol, dan seumpamanya. Al-Qur’an dan agama Islam pula dihina. Demikianlah dahsyatnya fitnah kaum Syi’ah Rafidhah!

Hari ini kita mungkin melihat umat Islam (Ahlus Sunnah) bebas beribadah di negara-negara lain termasuk negara kafir Amerika, tetapi sama sekali tidak dan bukan di Iran, terutamanya Tehran! Bahkan masjid-masjid ahlus sunnah habis dihancurkan.

Ini bukan suatu yang menghairankan sebenarnya, kerana di sisi aqidah Syi’ah darah dan harta umat Islam (ahlus sunnah wal-jama’ah) adalah halal. Bagi mereka, para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah kafir dan sesat secara umum. Oleh kerana itu, dalam karya-karya dan ucapan-ucapan mereka, para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’in adalah orang yang sering mereka laknat dan caci. Perkara ini turut didedahkan dalam satu seminar berkaitan Syi’ah di al-Madinah International University (MEDIU) Shah Alam bertarikh 15 Mei 2011 baru-baru ini.

Demonstrasi BERSIH Di Malaysia

Di Malaysia hari ini, demontrasi jalanan yang hampir sama di semarakkan untuk memaki hamun, mencela, dan mencerca pemerintah atas konon namanya amar ma’ruf nahi mungkar dan jihad. Ia disuburkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Slogan-slogan yang sering dimainkan oleh mereka adalah hak kebebasan bersuara, demokrasi, menetang kezaliman, dan membasmi penindasan. Ini diakui sendiri oleh tokoh-tokoh utama mereka seperti Nik ‘Abdul Aziz Nik Mat dan ‘Abdul Ghani Samsuddin. Dikuti pula oleh pelopor dan pencetus utama demonstrasi BERSIH Mat Sabu sebagaimana terpampang dalam laman sesawang beliau.

Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS turut mengakui mendokong idea-idea demontrasi pasca revolosi iran khomeini. Bahkan bukan sekadar idea demonstrasi, tetapi Mat Sabu juga turut mengajak masyarakat Malaysia untuk berpedoman kepada khomeini dalam banyak hal termasuk persoalan ushul aqidah. Ini boleh dilihat dalam banyak rakaman ucapan, ceramah, dan tulisan-tulisan beliau di akhbar atau media-media pembangkang. Begitu juga dengan 'abdul ghani samsuddin yang membela aqidah syia'h dalam konsep Wilayatul Faqih untuk diterapkan dalam sistem pemerintahan. Sedangkan aqidah Wilayatul Faqih ini begitu jelas kekufurannya sebagaimana yang telah penulis jelaskan

Mat Sabu selain antara tokoh PAS yang begitu jelas cenderung kepada pemikiran sesat Syi’ah, beliau juga mengakui boleh memberontak kepada pemerintah melalui tiket kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan penindasan. Prinsip Mat Sabu ini sebenarnya saling tak tumpah dengan pemikiran revolusi Khomeini menumbangkan Shah Iran di era 1970an. Juga sebagaimana gerakan 'Abdullah B. Saba' di zaman 'Utsman.

Sedangkan perkara ini begitu jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip ahlus sunnah wal-jama'ah dalam bermu'amalah terhadap pemerintah yang tidak akan keluar dari ketaatan terhadap pemerintah selagi mana mereka (pemerintah) masih tetap Muslim dan menegakkan syi’ar-syi’ar solat. Bertentangan juga dengan akhlak dan adab ahlus sunnah wal-jama'ah dalam menasihati pemerintah sekiranya pemerintah melakukan kesalahan.

Manakala slogan-slogan kebebasan bersuara yang sering mereka laung-laungkan itu tidak lain antaranya adalah bertujuan supaya media-media yang mereka aturkan berupaya bergerak bebas menyebarkan pemikiran bathil lagi sesat. Selain supaya masyarakat bangkit membenci para pemerintah negara hari ini. Mereka gembira sekiranya negara menjadi hura-hara dan kelam-kabut. Kerana sekiranya negara huru-hara, maka pelbagai agenda jahat dan buruk yang mereka rancangkan menjadi lebih mudah direncanakan. Ini sebagaimana kesan dan hasil demontrasi di timur tengah seperti di Mesir dan Libya baru-baru ini, pengaruh Yahudi bersama-sama Syi'ah dan Amerika telah mula masuk campur dalam urusan negara mereka. Juga sebagaimana yang telah berlaku di Iran semenjak 1979. Syi'ah di Iran sekarang tampak semakin kukuh hasil kerjasama dengan Yahudi dan Amerika. Bahkan sekarang mereka sedang berusaha gigih untuk menguasai negara-negara Timur Tengah lainnya dalam misi membina semula Daulah Majusi Parsi-Raya yang telah dimusnahkan ketika zaman kekhalifahan ‘Umar al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu.

Bukanlah suatu yang aneh di sisi Syi’ah untuk memberontak kepada pemerintah mana sahaja, kerana bagi mereka Abu Bakar, ‘Umar, dan ‘Utsman sendiri selaku Khalifah al-Rasyidin pun adalah kafir, sesat, dan munafiq. Jika hak kekhalifahan ketiga-tiga mereka ini pun mereka nafikan, apatah lagi kepada para pemimpin umat Islam selain Abu Bakar, ‘Umar, dan ‘Utsman?

Demikianlah juga dakwah PAS dalam arena Malaysia hari ini. Jika Syi'ah dikenali dengan dakwah caci-maki dan melaknat para sahabat serta bersatu-padu dengan Amerika dan Yahudi, maka dakwah PAS adalah dakwah yang dikenali dengan maki-hamun memusuhi pemerintah. Dakwah yang mengajak bersatu dan bersekongkol dengan apa jua bentuk firqah sesat anti Islam termasuk Syi'ah, kuffar, DAP, PKR, al-Arqam, liberal, dan seumpamanya asalkan bukan sahaja bersatu dengan pemerintah.

Tidak dikenali dari dakwah PAS di Malaysia sebagai dakwah yang mengajak kepada tauhid dan ilmu-ilmu agama. Melainkan mereka cukup dikenali sebagai dakwah yang mengajak bersatu atas nama menentang, membenci, dan memusuhi pemerintah atas alasan demokrasi, jihad, amar makruf nahi mungkar, dan kuasa.

Lebih mendedahkan wajah sebenar mereka, hari ini tersebar dengan meluas gambar-gambar perhimpunan anjuran PAS dan BERSIH ini sambil menjulang potret-potret imam Syi’ah ketika demonstrasi berlangsung. Selain itu, gambar-gambar tokoh-tokoh utama PAS menghadiri sidang penyatuan dan kerjasama dengan tokoh-tokoh Syia'h Iran juga mula tersebar di internet. Kewujudan penyebaran aliran Syi’ah di dalam PAS juga sebenarnya turut diakui oleh TUN DR.MAHATHIR sejak beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.

Ahad, Mei 01, 2011

Mufti dan bekas mufti gesa Anwar sumpah balas


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.

"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhn kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri,"

Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera.

Dr Mohd Azri Zainul Abidin juga mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah menafikan beliau bukanlah pelaku dalam video seks seperti didakwa.

"Saya tidak bersetuju Dato T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mndedahkan keaiban orang lain.

"Tetapi oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja,"

Jika beliau tidak salah, apa yang hendak dirisaukan? Ya, bukan satu paksaan, atau kewajiban, tetapi dapat menghilangkan sangkaan.

Sumpah bukan semestinya di mahkamah. Sumpah di mahkamah ada babnya. Sumpah luar mahkamah ada babnya. Jika isteri suruh suami sumpah bahawa dia tidak curang, adakah berdosa atau Allah mengghukum jika suami bersumpah dia tidak buat, dan memang dia tidak buat.
Sumpah macam itu dapat menghilangkan perbalahan.



Jumaat, April 22, 2011

DAP parti perkauman

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mempertahankan bidasannya bahawa DAP adalah 'parti politik perkauman'.

Sambil memperakui bahawa BN adalah penyelesaian masalah pelbagai kaum di negara ini, hujahnya meskipun Umno, MCA dan MIC adalah parti-parti berasaskan kaum, namun mereka bertanding bukan atas nama masing-masing tetapi atas tiket Perikatan ataupun BN.

“Sebagai anggota gabungan pelbagai bangsa mereka tidak boleh memperjuangkan hanya kepentingan Melayu, Cina dan India sahaja. Mereka telah bergabung menjadi satu entiti politik dan perjuangan mereka adalah bagi semua kaum entiti itu.

“Parti-parti berasaskan kaum itu bekerjasama demi kepentingan ahli-ahli semua bangsa dan hilang ciri-ciri perkauman mereka,”

Mahathir bertegas meskipun DAP mendakwa mereka adalah parti pelbagai etnik, tetapi “semua orang tahu siapa mereka sebenarnya”.

“Setiap kali saya sebut DAP adalah parti perkauman, hujah basi mereka Umno juga parti perkauman, malah lebih teruk dari DAP...

“DAP, seperti (parti pemerintah Singapura) Parti Tindakan Rakyat mendakwa sebagai mewakili pelbagai bangsa tetapi semua orang tahu sebahagian besar ahli, penyokong dan pemimpin mereka adalah orang Cina.

“Dan perjuangan mereka secara prinsipnya menentang Melayu dan apa yang mereka dakwa sebagai hak Cina,”

-Tun Dr Mahathir Mohamad-

Selasa, April 19, 2011

Politik rasis DAP kini menular di Sarawak

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak membuktikan bahawa DAP berjaya membawa 'jenama politik perkauman' ke negeri terbesar di Malaysia itu.

Dr Mahathir mendakwa sebelum ini, semua kaum berkerjasama dengan satu sama lain demi pembangunan Sarawak. Saya ucapkan tahniah kepada DAP kerana membawapolitik perkauman ke Sarawak. Sekarang kita dengan jelas melihat masyarakat Cina menolak hubungan pelbagai kaum. Mereka kini dijangkiti virus perkauman yang menjadi asas perjuangan DAP.

“Malaysia menghadapi bahaya terbahagi kepada dua parti - satuMelayu yan didominasi daripada 'default' dan satu lagi Cina melalui pilihan.Sistem dua parti yang berasaskan perkauman tidak akan menyumbang kepada kestabilan, apa lagi perpaduan negara.”

“Biar kita berfikir secara berhati-hati sama ada kita mahu memecahkan negara ini atau bersedia berkorban sesuatu bagi mengekalkan kestabilan dan pembangunan menerusi gabungan BN,”