Rabu, September 10, 2008

Kemusnahan Islam jika 16 September menjadi realiti!

Datuk Ibrahim Ali selaku Ahli Parlimen Pasir Mas mengeluarkan kenyataan bahawa penubuhan kerajaan pada 16 September ini oleh pembangkang adalah gimik politik dan perang saraf semata-mata.

Beliau bagaimanapun menambah bahawa jika ianya benar-benar berlaku maka ianya satu detik kemusnahan Islam dan Melayu di negara ini.

BN sekarang mempunyai 140 kerusi di Parlimen; 89 orang Ahli Parlimen beragama Islam dan 51 orang bukan Islam.

Pakatan Rakyat pula mempunyai 82 kerusi di Parlimen; Ahli Parlimen Islam ialah 43 orang dan bukan Islam 39 orang.

Ketidakstabilan jumlah Ahli Parlimen beragama Islam dalam kerajaan akan menyebabkan hak keistimewaan yang tertakluk dalam Perlembagaan akan terhakis jika 30 Ahli Parlimen BN melompat dan semuanya bukan Islam, maka jumlah baru bagi ahli Parlimen Bukan Islam akan berjumlah 69 orang manakala jumlah Ahli Parlimen Islam dalam Pakatan Rakyat hanyalah 43 orang.

Malahan kini pun dapat dilihat PAS tidak mampu bersuara memandangkan jumlah kerusi dimenangi DAP melebihi jumlah kerusi PAS.

PAS kini hanya menjadi lembu tunggangan DAP sehinggakan bila keputusan untuk melaksanakan kandang babi mega di Sepang di perkampungan Melayu pun tak dapat dibantah PAS.