Rabu, Julai 30, 2008

PAS menjadi anak tiri di dalam Pakatan Rakyat!

Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek rosak.


Begitulah ibaratnya PAS di dalam Pakatan Rakyat sekarang, diperkudakan sesuka hati oleh DAP dan PKR. Lebih-lebih lagi bila kedengaran berita PAS ada menerima bantuan kewangan daripada Anwar Ibrahim.


Itukah sebabnya PAS sekarang hanya berdiam diri dan menyokong Anwar Ibrahim? Serta tidak mendesak Anwar Ibrahim membuat mubahalah (bersumpah) untuk membersihkan namanya daripada tuduhan liwat.


Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku Pesuruhjaya PAS Kedah dan juga Menteri Besar Kedah memberi amaran kepada DAP agar tidak mencampuri urusan parti itu.


Jika dilihatkan kepada pecahan kerusi DUN, PAS memenangi 16 kerusi DUN di Kedah, PKR memenangi 4 kerusi , DAP dan Bebas masing-masing 1 kerusi dan 14 kerusi oleh Barisan Nasional.


Jadi Pas tidak perlu mengikut telunjuk sesiapa pun di dalam perjuangan mereka dan DAP sebagai sekutu dalam Pakatan Rakyat tidak ada hak untuk menghalang atau menentukan tindak-tanduk PAS.


Malahan PAS, DAP dan PKR bukan gabungan macam di dalam Barisan Nasional, mereka hanya bekerjasama dalam menghadapi Barisan Nasional dalam pilihanraya yang lepas.


Karpal semalam menganggap PAS sebagai tidak ikhlas dan meminta keanggotaan PAS dikaji semula. Sungguh kurang ajar kenyataan tersebut. Tidakkah PAS berkecil hati dengan ayat Karpal itu?


Baguslah kalau macam tu kalau benar Karpal tidak suka kepada Pas lagi. Buanglah PAS dari Pakatan Rakyat secepat mungkin agar PAS dapat lebih cepat bergabung dengan UMNO dan mengukuhkan kesatuan orang Melayu dan umat Islam.