Jumaat, Julai 16, 2010

ISU AIR DI SELANGOR: APA YANG RAKYAT PERLU KETAHUI

ØProses penstrukturan semula industri air di Selangor sudah berlarutan selama setahun lebih dan sehingga sekarang rakyat Selangor belum melihat apa-apa perkembangan positif proses penstrukturan industri air Selangor.

ØKerajaan negeri Selangor menawarkan sebanyak RM 5.7 bilion untuk membeli kesemua syer-syer bukan milik kerajaan negeri dalam SYABAS, Puncak Niaga, SPLASH dan ABBAS dan berjanji untuk menurunkan tarif air sebanyak 24%. Rakyat perlu melihat isu air di Selangor dengan fikiran terbuka kerana secara logiknya bagaimana kerajaan negeri mahu menurunkan tarif sebanyak 24% sedangkan untuk membeli keseluruhan aset ini sahaja kerajaan negeri perlu membuat pinjaman sebanyak RM 5.7 bilion.

ØKerajaan negeri Selangor juga telah mengadakan perbincangan dengan sebuah syarikat dari Singapura dan Timur Tengah sebagai pilihan untuk menguruskan air Selangor sekiranya kerajaan persekutuan enggan menerima jumlah penjualan dan syarat-syarat penjualan yang mereka ditetapkan. Syarikat-syarikat tersebut bersedia menawarkan sehingga RM 20 bilion bagi mengambil alih pengurusan air di lembah Klang. Jika ini berlaku apakah tiada tarif air akan dinaikkan?
ØKerajaan Pusat menyedari bahawa urusan air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi tetap mengambil perhatian mengenainya kerana memikirkan keselamatan dan keselesaan rakyat secara keseluruhannya tanpa memikirkan ideologi politik.
ØKerajaan Persekutuan telah membayar pampasan bagi pengambilan tanah untuk menampung penyaluran air mentah dari Pahang dan semua syarat permohonan telah dipenuhi. Untuk itu, kerajaan Persekutuan memerlukan kebenaran kerajaan Selangor untuk memulakan kerja-kerja pembinaan melalui empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Ampang, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang.
ØKerajaan Pusat juga telah beberapa kali membuat rundingan dengan kerajaan Selangor mengenai isu berkenaan termasuk mengenai pelan pengambilan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor yang masih tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri Selangor. Pihak kerajaan negeri juga telah mengarahkan semua Majlis Perbandaran dan Pejabat Tanah supaya menghalang sebarang kerja-kerja pembinaan laluan paip penyaluran air dari negeri Pahang dilakukan.
ØPengurusan air sebenarnya memerlukan belanja yang tinggi dan kerajaan Selangor perlu memikirkan mekanisme yang terbaik dalam menguruskan sumber tersebut. Telah sampai masanya kerajaan Selangor melihat semula konsep pemberian air secara percuma sebanyak 20 liter padu kerana banyak pembaziran dilakukan. Pengguna akan lebih menghargai sumber alam tersebut sekiranya dikenakan bayaran yang setimpal dengan kadar penggunaan.
KESAN SEKIRANYA ISU INI TIDAK DAPAT DISELESAIKAN
ØKajian mendapati permintaan air yang telah dirawat di Lembah Klang akan meningkat dan projek pemindahan air dari Pahang ke Selangor dapat membantu memenuhi permintaan tersebut.
ØKrisis air dalam jangka masa kurang 2 tahun dari sekarang akan berlaku sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak bersetuju untuk bekerjasama berhubung projek pembinaan paip air dari negeri Pahang.
ØPenduduk di sekitar W.P Kuala Lumpur dan Selangor akan berhadapan dengan krisis air yang paling teruk sekiranya kerajaan negeri Selangor enggan memberikan kerjasama dalam projek penyaluran air dari Pahang kerana empangan yang sedia ada tidak lagi mampu untuk menampung jumlah penggunaan air yang semakin meningkat.
ØKerajaan Persekutuan tidak boleh berlengah lagi kerana bekalan air akan susut sehingga 13.4% jika projek ini tidak dimulakan mengikut jadual pada bulan depan dan disiapkan sebelum Jun 2014.