Rabu, Julai 09, 2008

Anwar Memang Cukup Hebat

Siapakah Anwar Ibrahim? Bagi sesetengah pandangan khususnya penyokong tegarnya, Anwar bukan sahaja pemimpin hebat tetapi cukup alim dan setanding dengan mufti-mufti yang ada di Negara ini malah lebih kurang sedikit dari Nik Aziz.

Hakikatnya Anwar Ibrahim ialah pelakon filem yang mengesahkan perjuangan politik di Malaysia selepas disingkirkan dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri 1998.

Anwar memang cukup hebat orangnya, mengambarkan kepada rakyat negara ini bahawa dialah orang yang paling hebat dalam politik, paling hebat dalam pentadbiran, paling hebat dari segi kepimpinan sehingga kepada perkara yang dikutuk oleh Allah SWT pun beliau sanggup melakukannya berulang kali dalam tahun 1998 dan melakukannya sekali lagi perkara yang sama dalam tahun 2008. Itu yang kita tahu.

Dalam tahun 1998, beliau melakukan perkara yang terkutuk itu ke atas Sukma Dermawan, Dr Anis Munawar dan lain-lain. Sepatutnya beliau dah insaf, bertaubat nasuha bagi membersihkan dirinya dengan tuhan, keluarga dan rakyat negara ini.

Siapakah mangsa beliau kali ini? Jika dulu adik angkatnya Sukma, kini pembantu khas beliau Saiful Bukhari Azlan yang baru tiga bulan sahaja menabur khidmat kepadanya.

Jika dibandingkan dengan Sukma, Saiful tidak kurang kacaknya malah jika gambar kedua-dua mereka digandingkan tidak mustahil ramai akan percaya kalau dikatakan mereka adalah adik beradik.

Hakikatnya setelah Anwar mendapat tahu Saiful membuat laporan polis, Anwar terus ke kedutaan Turki dan di sana beliau menyatakan telah menerima ugutan bunuh ke atas diri dan keluarga.

Jika benar beliau menerima ugutan itu mengapa dia seorang ke kedutaan Turki itu? Kenapa Anwar tidak membawa anak isteri?

Anwar memang hebat. Kehebatannya boleh dilihat menerusi lakonan khususnya ketika membuat kenyataan untuk menangkis apa yang berlaku ke atas dirinya dan seterusnya melencong isu kepada orang lain.

Selepas keluar daripada persembunyian di kedutaan Turki, Anwar buat kenyataan minta kawalan keselamatan ke atas diri dan keluarga pula. Tetapi beliau berani berada di Stadium Melawati di tengah ribuan manusia untuk berceramah. Tidakkah ini bukti Anwar hebat. Memang Anwar hebat…hebat dalam lakonannya.

Anwar juga hebat di mata Amerika Syarikat (AS) dan sebab kehebatannya itulah AS akan bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar dalam apa jua keadaan.

Anwar boleh diibarat anak emas AS kerana segala apa yang berlaku padanya akan beliau adukan kepada AS. Kalau beginilah gayanya, apabila menjadi Perdana Menteri nanti, sudah tentu negara ini dijual atau digadai kepada kuasa besar Amerika Syarikat. Kita berdoa agar Allah SWT melindungi kita bersama tidak kira agama dan bangsa.

Lihatlah apa yang berlaku ke atas Afghanistan, Iraq dan banyak lagi Negara Islam lain bagaimana AS meratah satu persatu. Anwar memang hebat. Malangnya kehebatannya hanya dari sudut lakonan, retorik dan muslihat.