Sabtu, September 27, 2008

Najib Tentang Penangguhan Mesyuarat Agung UMNO

24 Sept -- Cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO ke tahun hadapan telah mendapat bangkangan dan tentangan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut sumber Seri Perdana, Pak Lah telah memanggil Najib pagi tadi untuk membincangkan isu-isu parti. Dalam pertemuan tersebut, Pak Lah telah mengutarakan cadangan agar Mesyuarat Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan ke bulan April dan Jun 2009. Namun cadangan tersebut telah ditolak oleh Najib.

Bagaimanapun Pak Lah berkeras mahukan Majlis Tertinggi meluluskan usul ini esok.

Datuk Seri Najib antara lain menyatakan adalah tidak wajar menangguhkan lagi mesyuarat kali ini kerana semua persediaan telah dibuat. Penangguhan ini hanya akan menyusahkan ahli dan para pemimpin di peringkat bahagian.

Selain soal persediaan, Pak Lah juga diingatkan bahawa banyak isu-isu teknikal dan hati serta perasaan ahli UMNO perlu diambil kira.

Antara lain ialah soal umur mereka yang layak bertanding untuk jawatan dalam Pemuda dan Puteri. Sebahagian calon tidak akan dapat bertanding kerana mereka lebih had umur pada tahun hadapan. Ini akan menimbulkan pelbagai isu teknikal termasuk sama ada sah atau tidak mesyuarat cawangan yang baru lalu.

Najib juga membangkitkan isu kempen pemilihan yang sedeang berlangsung di bahagian-bahagian ketika ini. jika ditangguhkan calon-calon yang bertanding akan menghadapi masalah untuk mengekalkan momentum.

Tempoh kempen yang terlalu panjang akibat penangguhan ini juga akan menyebabkan suasana politik dalaman UMNO akan terus bergolak untuk masa yang lebih panjang berbanding jika persidangan agung berlangsung dihabiskan tahun ini. Ini akan menambahkan politiking dalaman parti dan menyebabkan kepimpinan dan parti hilang fokus untuk menghadapi cabaran ekonomi negara pada tahun hadapan.

Malangnya, Pak Lah seperti biasa lebih mementingkan nasihat anak menantu dan para pegawainya tetap dengan pendirian tersebut.

Untuk mesyuarat esok beberapa ahli Majlis Tertinggi telah diberi tanggungjawab oleh Pak Lah dan Setiausaha Politiknya, Datuk Alwi, untuk berkeras menyokong cadangan Pak Lah ini.

Jika Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin tidak bersetuju, kumpulan ini akan meninggikan suara dan memainkan isu seperti Najib tidak tahu berterima kasih dan tidak sabar-sabar hendak menjadi Perdana Menteri.

Isnin, September 22, 2008

ISA patut diteruskan!

ISA adalah satu undang-undang pencegahan agar negara tidak diancam bahaya dan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan selamat.

Malaysia adalah satu negara berbilang kaum dan berbilang agama, jadi kita tidak mahu sebarang isu perkauman dan agama ditimbulkan untuk mengelakkan kejadian seumpama 13 Mei 1969 berulang kembali.

ISA bukan kejam malah pembebasan Teresa Kok oleh pihak polis pada hari ini telah membuktikan lagi kebenaran hakikat itu.

Teresa telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam perkara-perkara yang memudaratkan keselamatan negara pada 12 September dan ditahan mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960.

Dalam pada itu pula, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar Ibrahim mengancam keselamatan negara dan kestabilan ekonomi negara.

Oleh itu, diharapkan agar Anwar Ibrahim ditahan dibawah ISA secepat mungkin bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kerana orang yang sedang gila hendak jadi Perdana Menteri boneka negara asing sudah tentu akan melakukan apa sahaja untuk merealisasikan impian Mat Jeninnya itu.

Anwar Ibrahim adalah seperti pucuk eru, ke mana angin yang keras ke sana condongnya.

Sementara itu, di masa kini pun ada pihak-pihak tertentu yang bermesyuarat untuk menghapus ISA tetapi diharapkan agar kerajaan tidak tunduk malah menangkap mereka di bawah Akta Hasutan jika mereka bertindak ganas di luar batasan undang-undang kerana ISA diwujudkan untuk memastikan anasir-anasir yang mengancam keselamatan negara dibanteras sebelum memusnahkan negara.

Jumaat, September 19, 2008

Mimpi Yang Tidak Menjadi Kenyataan

1. Jika beberapa minggu lalu saya dihentam kerana merendah-rendahkan cita-cita dan hasrat Datuk Seri Anwar membentuk kerajaan pada 16 september, dua hari lalu nyata bahawa kata-kata Anwar tidak lebih dari impian dan ilusi ciptaannya sendiri.

2. Jika sebelum ini Anwar sering dianggap sebagai pemimpin yang serba betul, 16 September menjadi titik sejarah bahawa segala retorik politik beliau tersingkap.

3. Saya merasa kasihan kerana Datuk Seri Anwar menambahkan bilangan ahli politik yang menjadi bahan lawak jenaka orang ramai. Saya berasa kasihan kepada beliau kerana sejak 16 September pelbagai jenaka seperti "Datuk Seri Anwar mengangkat sumpah dihadapan potret Yang Di Pertuan Agong," " Anwar telah mendapat 30 kerusi daripada Courts Mammoth dan ikea" dan pelbagai lagi jenaka sms yang termasuk jenaka lucah yang tidak sesuai disiarkan di sini.

4. Saya tidaklah menyalahkan mereka yang membuat lawak ke atas Datuk Seri Anwar sepenuhnya. Ini adalah respon balas kepada riuh rendah pertukaran kerajaan 16 September yang diuar-uarkan Anwar sejak sebulan lalu. Anwar melontarkan pelbagai janji termasuk pengambil alihan kepimpinan negara sehingga riuh rendah politik negara.

5. Politik negara kita sejak pasca pilihan raya umum lalu sudah menjadi semacam boria Pulau Pinang. Riuh rendah dengan madah, janji, sindiran dan harapan palsu. Satu tirai persembahan boria ini telah ditutup sebaik tenggelamnya matahari 16 September lalu.

6. Inilah peringatan kepada diri saya sendiri dan pemimpin politik lain agar tidak mudah berjanji jika sukar atau mustahil dilaksanakan.

7. Saya berharap selepas ini Datuk Seri Anwar berhenti menyanyikan lagu-lagu boria seperti ini kerana ia hanya menyukarkan lagi keadaan ekonomi negara dan mewujudkan ketidakstabilan politik dalam negara. Ekonomi negara sukar dimajukan jika keadaan politik negara tidak stabil akibat dari nyanyian-nyanyian boria menukar kerajaan yang sedia ada.

8. Sungguhpun sebagai pemimpin politik beliau boleh menaruh harapan menjadi Perdana Menteri, Namun janganlah terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri sehingga merosakkan negara dan rakyat.

9. Cukuplah sekali memberi harapan palsu kepada penyokong sendiri.

Dr. Mohamad Khir Toyo

Khamis, September 11, 2008

Anwar Ibrahim sudah sah penipu besar!

Lawak benar Anwar Ibrahim. Memang betul-betul macam badut yang sedang meroyan.

Dulu begitu teruja menwar-warkan akan memerintah dan menjadi P.M. pada 16 September ini.

Sekarang habuk pun tarak malahan PAS pun sudah mengeluarkan kenyataan apabila Datuk Mustafa Ali selaku Pesuruhjaya Pas Terengganu mengatakan penubuhan kerajaaan baru yang digembar-gemburkan oleh Anwar Ibrahim tidak mungkin berlaku atas faktor teknikal dan politik.

Faktor teknikal dan politik apa sebenarnya yang dimaksudkan itu? Mengaku sajalah yang Anwar Ibrahim tu hanya bercakap kosong dan menipu rakyat.

Tindakan nak 'membeli' dan membayar ahli Parlimen Barisan Nasional agar menyertai Pakatan Rakyat juga adalah tidak bermoral dan alasan bahawa lawatan anjuran Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) ke Taiwan selama 10 hari mulai 9 September sehingga 18 September 2008 juga adalah satu alasan tak masuk akal dan melucukan.

Anwar ni ibarat keldai hendak dijadikan kuda.

Bila bercakap di khalayak ramai begitu berapi-api tapi sebenarnya hanya pandai bercakap semata dan tang melaksanakan tu habuk pun tak ada.

Kalau 16 September ini pun dia tipu, entah apa lagi yang dia tipu.

Dasar penipu memang suka kelentong rakyat asalkan cakapnya sedap didengar, cakap apa pun bolehlah.

Rabu, September 10, 2008

Kemusnahan Islam jika 16 September menjadi realiti!

Datuk Ibrahim Ali selaku Ahli Parlimen Pasir Mas mengeluarkan kenyataan bahawa penubuhan kerajaan pada 16 September ini oleh pembangkang adalah gimik politik dan perang saraf semata-mata.

Beliau bagaimanapun menambah bahawa jika ianya benar-benar berlaku maka ianya satu detik kemusnahan Islam dan Melayu di negara ini.

BN sekarang mempunyai 140 kerusi di Parlimen; 89 orang Ahli Parlimen beragama Islam dan 51 orang bukan Islam.

Pakatan Rakyat pula mempunyai 82 kerusi di Parlimen; Ahli Parlimen Islam ialah 43 orang dan bukan Islam 39 orang.

Ketidakstabilan jumlah Ahli Parlimen beragama Islam dalam kerajaan akan menyebabkan hak keistimewaan yang tertakluk dalam Perlembagaan akan terhakis jika 30 Ahli Parlimen BN melompat dan semuanya bukan Islam, maka jumlah baru bagi ahli Parlimen Bukan Islam akan berjumlah 69 orang manakala jumlah Ahli Parlimen Islam dalam Pakatan Rakyat hanyalah 43 orang.

Malahan kini pun dapat dilihat PAS tidak mampu bersuara memandangkan jumlah kerusi dimenangi DAP melebihi jumlah kerusi PAS.

PAS kini hanya menjadi lembu tunggangan DAP sehinggakan bila keputusan untuk melaksanakan kandang babi mega di Sepang di perkampungan Melayu pun tak dapat dibantah PAS.

Selasa, September 09, 2008

KENAPA SAYA TAK BUAT APA-APA

1. Kesemua empat komputer di rumah saya tiba-tiba terputus hubungan internet. Saya terfikir adakah semua orang mengalami masalah yang sama?

2. Saya tak boleh akses blog walaupun sebelah pagi boleh. Saya sempat baca sesetengah komen oleh pembaca.

3. Saya nak menjawab, tapi hanya sekadar apa yang saya boleh ingat.

4. Satu komen bertanyakan kepada saya apakah yang saya lakukan berkenaan keadaan semasa dan kritikan-kritikan saya terhadapnya? Komen tersebut juga ada mencadangkan apa yang patut saya lakukan.

5. Saya selalu disuruh "buat sesuatu". Saya dah lakukan yang termampu:

i) Saya telah secara terbuka salahkan Dato Seri Abdullah dan meminta dia meletak jawatan

ii) Saya kritik keputusannya berkenaan dengan jambatan (bengkok ke Singapura)

iii) Saya secara terbuka menuduh beliau terlibat dengan rasuah

iv) Saya telah tegur pemimpin dan ahli UMNO bahawa mereka akan menghancurkan UMNO dan sekutunyav) Saya keluar dari UMNO

vi) Saya telah bercakap berkenaan rasuah dan kesannya terhadap nasib yang menanti orang Melayu

vii) Saya telah mulakan blog saya dan pembaca pun tahu apa yang saya telah katakan dalam blog

6. Untuk semua ini, apa yang saya dapat daripada pemimpin UMNO adalah saya telah dimaki dan dicerca. Semua orang tahu apa yang Nazri Aziz kata kepada saya.

7. Tidak ada satu pun pemimpin UMNO yang tunjuk apa-apa kesungguhan untuk bertindak terhadap Dato Seri Abdullah. Hinggakan apabila dia melakukan rasuah secara terbuka pun, kecuali seorang ketua bahagian, yang lain tidakpun berkata apa-apa. Pemilihan semula Nazri Aiziz di dalam pilihanraya umum yang lepas menunjuk yang majoriti ahli UMNO dan pengundi di kawasannya menyokong tindakan beliau menghina saya.

8. Apabila saya dijemput berucap, tidak ada pemimpin atau ahli UMNO yang hadir. Kecuali seorang pemimpin di Perak, tidak ada satupun yang menyokong saya.

9. Anak saya Mukhriz tidak keluar UMNO. Ini kerana tiada pemimpin mahupun Ahli Parlimen lain yang tinggalkan UMNO. Tidak berada di dalam UMNO bermakna beliau tidak boleh bertindak untuk menyelamatkan UMNO. Dia secara terbuka meminta Dato Seri Abdullah meletak jawatan selepas Pilihanraya Umum 2008 dan selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh.

10. Anak saya Mokhzani keluar parti. Tetapi siapa lagi? Sebaliknya mereka-mereka yang kononnya menentang Dato Seri Abdullah, seperti Ketua Bahagian Cheras, sekarang ini menyatakan sokongan mereka terhadapnya.

11. Secara peribadi ramai yang nyatakan sokongan kepada saya dan mereka mahu Dato Seri Abdullah meletak jawatan. Tetapi mereka tidak sanggup berkata secara terbuka.

12. Itulah sebabnya saya mulakan blog saya ini. Lebih kurang enam juta pelawat telah melayari blog saya dan berpuluh ribu lagi yang meninggalkan komen dan menyokong saya.

13. Tetapi kebanyakannya nampak risau dan tidak mahu tinggalkan nama mereka. Biasanya mereka guna nama samaran. Jadi sokongan tidak begitu berkesan.

14. Saya tak boleh lakukan semuanya seorang diri. Saya perlukan sokongan. Saya tak boleh pergi kepada Dato Seri Abdullah, tangkap dia dan buang dia.

15. Apa yang mungkin saya buat akan perlukan sokongan terutamanya daripada UMNO. Tetapi UMNO dan pimpinannya tidak boleh diharap. Mereka hanya berminat mengaut sesuatu untuk diri sendiri tetapi tak kira jika UMNO dan negara ini hancur.

16. Apa yang ahli UMNO dan penyokong Barisan Nasional lain yang tidak puas hati dapat lakukan, dan yang telahpun mereka buat, ialah undi pembangkang untuk tunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap parti dan Kerajaan.

17. Tetapi pembangkang juga akan menghancurkan negara ini jika mereka menang dan tubuhkan Kerajaan.

18. Rakyat sebenarnya mendapat Kerajaan yang padan bagi mereka, baik atau buruk. Jila mereka dapat Kerajaan yang buruk, ini adalah oleh kerana mereka tidak sanggup bertindak untuk perbetulkan keadaan, tidak sanggup ambil risiko untuk mengalih kepimpinan Kerajaan kepada yang baik.

19. Dato' Seri Abdullah sudah hancurkan UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan BN. Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN. MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin.

20. Ahli kanan MCA, Gerakan dan MIC telah sertai pembangkang.

21. Di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, ahli UMNO dan BN tidak berani pakai baju dengan logo UMNO atau BN. Mereka tidak berani letak pelekat atau bendera parti di kereta mereka. Rapat umum mereka diceroboh ahli PKR yang memakai logo parti dan ahli BN dan UMNO duduk senyap seperti tikus bila belia PKR menjerit "bohong" semasa Dato Seri Najib berucap.

22. BN berada dalam keadaan yang amat sedih. Tidak ada satu pun pemimpin yang berani. Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN.

23. Inilah yang dilakukan Abdullah Ahmad Badawi.

24. Sejarah akan rekodkan kegagalan Abdullah Ahmad Badawi dan konco-konconya dan pemimpin-pemimpin terdahulu parti-parti ini dan juga ahli-ahli politik yang akan datang akan mengutuk kepimpinan BN ini selama-lamanya.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Jumaat, September 05, 2008

"Pohon Maaf"

1. Baru-baru ini Kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-Menteri sibuk memohon maaf kepada orang Cina dan India kerana apa yang dikatakan kata-kata yang dianggap sebagai terlalu perkauman (racist) yang telah disebut oleh beberapa pemimpin Melayu.

2. Sebenarnya orang Melayu sekarang amat takut jika mereka diberi label "racist". Mereka menulis dalam akhbar yang orang Melayu bukan racist. Demikianlah ketakutan mereka sehingga apabila hak mereka di buruk-burukan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri mereka.

3. Malang bagi TPM dan Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah memohon maaf secara terbuka permohonan maaf daripada pemimpin tertinggi Umno ditolak oleh pemimpin-pemimpin kaum berkenaan. Mereka menuntut supaya orang yang perkatakan perkataan yang dilabel "racist" sendiri memohon maaf.


4. Satu lagi peristiwa yang memalukan ialah apabila Kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video.

5. Kemudian didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.

6. Sebaliknya, apabila orang yang bukan Melayu mengeluar perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai racist, orang Melayu tidak pernah tuntut supaya pihak berkuasa memohon maaf.

7. Dalam Memo Hindraf ke Perdana Menteri UK banyak perkataan yang terlampau dan racist terdapat didalamnya.

Contoh:a) Kerajaan dikatakan dibantu oleh "Islamic Extremist violent armed terrorists" (orang Melayu)

b) Mereka berkata Kerajaan Malaysia melakukan "Ethnic Cleansing" iaitu Kerajaan sedang membunuh dan menghapuskan orang Tamil.

c) 100 orang keturunan India "ditetak dan dibunuh oleh Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO." Perbuatan ini kononnya adalah "mini genocide" (pembunuhan beramai-ramai mini)

d) Tiap tiga minggu kuil Hindu diroboh.

e) Kerajaan yang kononnya dikuasai oleh UMNO telah lancar serangan bersenjata dengan 600 anggota polis, polis simpanan, pelampau Islam dan pengganas (terrorist) bersenjata (orang Melayu).

f) Pegawai Bandaraya dan Polis dikatakan membaling batu dan menyerang orang Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi. Kononya 20 orang Hindu mengalami cedera parah.

8. Tulisan dalam memo Hindraf ini bukan sahaja racist tetapi juga "seditious"(hasutan).

9. Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

10. Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali. Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihanraya dan menang menjadi wakil rakyat.

11. Mereka menuntut supaya tidak ada diskriminasi oleh Kerajaan. Tetapi nampaknya mereka bukan sahaja bebas malah mendapat kehormatan dengan dipanggil "Yang Berhormat" setelah berkata perkataan yang amat keterlaluan bahkan merupa hasutan.

12. Soalnya kenapakah Kerajaan berat sebelah, menyembunyi kata-kata racist Hindraf tetapi melapur dengan meluas apa yang dikatakan oleh pemimpin Melayu. Kenapakah Menteri keturunan India atau ketua-ketua kaum India tidak dikehendaki memohon maaf?

13. Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil PRU 2008, tetapi ia menjadi amat buruk. Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya. Tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Pakatan Rakyat tidak ada kredibiliti!

Pas ni tak habis-habis membuat cerita dongengan bahawa jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, harga minyak akan diturunkan sehingga RM0.70 seliter.

Malahan itulah yang dihebohkan di dalam laman web Harakahdaily di bawah tajuk "Tukar kepada Pakatan Rakyat untuk pulih ekonomi negara" bertarikh 4 September 2008.

Bercakap memanglah senang, maklumlah lidah tidak bertulang. Nak melaksanakannya tak semudah yang diucapkan tadi.

Sila lihat artikel di bawa.

BREAKING NEWS

Dutch intelligence: US getting set to strike Iran Last mad act of a lame-duck president?

Dutch intel: US to strike Iran in coming weeks The Jerusalem Post Monday, 1 September 2008

THE HAGUE — The Dutch intelligence service, the AIVD, has called

off an operation aimed at infiltrating and sabotaging Iran's weapons industry due to an assessment that a US attack on the Islamic Republic's nuclear program is imminent, according to a report in the

country's De Telegraaf newspaper on Friday

The report claimed that the Dutch operation had been "extremely successful," and had been stopped because the US military was planning to hit targets that were "connected with the Dutch espionage action."

The impending air-strike on Iran was to be carried out by unmanned aircraft "within weeks," the report claimed, quoting "well placed" sources.

The Jerusalem Post could not confirm the De Telegraaf report.

According to the report, information gleaned from the AIVD's operation in Iran has provided several of the targets that are to be attacked in the strike, including "parts for missiles and launching equipment."

Israel has made 'strategic decision'

"Information from the AIVD operation has been shared in recent years with the CIA," the report said.

On Saturday, Iran's Deputy Chief of Staff General Masoud Jazayeri

warned that should the United States or Israel attack Iran, it would be the start of another World War.

On Friday, Ma'ariv reported that Israel had made a strategic decision to deny Iran military nuclear capability and would not hesitate "to

take whatever means necessary" to prevent Teheran from achieving its nuclear goals.

According to the report, whether the United States and Western countries succeed in thwarting the Islamic Republic's nuclear ambitions diplomatically, through sanctions, or whether a US strike on Iran is eventually decided upon, Jerusalem has begun preparing for a separate, independent military strike.

Jika senario di atas memang terjadi, maka sudah tentu harga minyak akan melambung tinggi lagi... Malahan terdapat banyak kapal-kapal perang USA sudahpun berkumpul di Teluk Parsi sekarang.

Jadi kita tak tahu apa yang akan berlaku dalam beberapa minggu akan datang ini. Kalau memang USA menyerang Iran, sudah tentu harga minyak akan melambung tinggi dan adakah Pakatan Rakyat akan dapat memulihkan ekonomi negara pada ketika itu?

Sedangkan apa yang hendak dilakukan dengan ekonomi di Pulau Pinang pun sampai ke hari ini DAP tak dapat mengemukakan dengan terperinci apa yang akan dilakukan.

Itu baru satu negeri, kalau satu negara mungkin Malaysia hancur nanti.