Khamis, Julai 31, 2008

Tawaran rasuah politik, gabungan dengan DAP apa pula?

Bangkai gajah takkan boleh ditudung dengan nyiru.

Itulah tindakan PAS apabila bergabung dengan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat selepas PRU ke 12 baru-baru ini. Pada awalnya begitu heboh diwar-warkan bahawa tidak ada kerjasama antara PAS dan DAP.

Jadi apa pula alasannya bila dua cawangan Pemuda Pas iaitu Kubang Kerian, Mohamd Nuri Mat Yaacob dan Kota Bharu, Mohd. Baharuddin Mohd. Noor membuat laporan polis agar menyiasat tawaran bekas Menteri Besar Perak dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang mengajak Pas bergabung dengan UMNO dengan alasan berunsur rasuah politik.

Kalaulah itu rasuah politik, apa pula dengan kerjasama PAS dengan DAP dan PKR? Bukankah itu juga rasuah politik kerana sebenarnya kalau PAS atau DAP atau PKR bersendirian, sudah tentu mereka tidak akan dapat membentuk kerajaan negeri?

PAS ni seperti lempar batu sembunyi tangan, dia buat tak apa, orang lain buat tak boleh, haram dan berdosa. Mempergunakan agama semata-mata untuk tujuan politik.

Sesama Islam pula liat untuk bersatu, dengan kafir harbi yang terang-terangan menentang Islam boleh berpeluk mesra pula.

Rabu, Julai 30, 2008

PAS menjadi anak tiri di dalam Pakatan Rakyat!

Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek rosak.


Begitulah ibaratnya PAS di dalam Pakatan Rakyat sekarang, diperkudakan sesuka hati oleh DAP dan PKR. Lebih-lebih lagi bila kedengaran berita PAS ada menerima bantuan kewangan daripada Anwar Ibrahim.


Itukah sebabnya PAS sekarang hanya berdiam diri dan menyokong Anwar Ibrahim? Serta tidak mendesak Anwar Ibrahim membuat mubahalah (bersumpah) untuk membersihkan namanya daripada tuduhan liwat.


Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku Pesuruhjaya PAS Kedah dan juga Menteri Besar Kedah memberi amaran kepada DAP agar tidak mencampuri urusan parti itu.


Jika dilihatkan kepada pecahan kerusi DUN, PAS memenangi 16 kerusi DUN di Kedah, PKR memenangi 4 kerusi , DAP dan Bebas masing-masing 1 kerusi dan 14 kerusi oleh Barisan Nasional.


Jadi Pas tidak perlu mengikut telunjuk sesiapa pun di dalam perjuangan mereka dan DAP sebagai sekutu dalam Pakatan Rakyat tidak ada hak untuk menghalang atau menentukan tindak-tanduk PAS.


Malahan PAS, DAP dan PKR bukan gabungan macam di dalam Barisan Nasional, mereka hanya bekerjasama dalam menghadapi Barisan Nasional dalam pilihanraya yang lepas.


Karpal semalam menganggap PAS sebagai tidak ikhlas dan meminta keanggotaan PAS dikaji semula. Sungguh kurang ajar kenyataan tersebut. Tidakkah PAS berkecil hati dengan ayat Karpal itu?


Baguslah kalau macam tu kalau benar Karpal tidak suka kepada Pas lagi. Buanglah PAS dari Pakatan Rakyat secepat mungkin agar PAS dapat lebih cepat bergabung dengan UMNO dan mengukuhkan kesatuan orang Melayu dan umat Islam.

Isnin, Julai 28, 2008

Kenapa DAP kecut perut dengan pertemuan Pas - Umno?

DAP nampaknya tak senang duduk dengan berita PAS mengadakan pertemuan dengan UMNO untuk membincangkan kesatuan orang Melayu dan agama Islam.

Ekor anjing berapa pun dilurut tiada juga betul,

itulah ibarat DAP terhadap PAS secara khususnya dan Pakatan Rakyat secara umumnya.

Karpal Singh juga telah membuat kesalahan bila dia menyebut Nasharudin Mat Isa sebagai Setiausaha Agung PAS walhal dia adalah Timbalan Presiden Pas.

Nampak sangat pemimpin DAP tak tahu apa-apa tentang siapa pemimpin di dalam PAS dan apa jawatan mereka.

Karpal juga mempersoalkan tindakan Nasharudin Mat Isa yang memberi kenyataan orang Melayu sudah mula mempercayai tuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim.

Bagi Karpal Singh yang bukan beragama Islam, mungkin tindakan seorang lelaki meliwat lelaki lain adalah dibenarkan sebagaimana pihak Barat memperjuangkan hak asasi kaum homoseksual dan lesbian.

Tapi Malaysia adalah sebuah negara Islam dan majoriti rakyat Malaysia ialah orang Melayu beragama Islam jadi adakah orang Islam boleh menerima pemimpin yang mempunyai kecondongan seksual terhadap kaum sejenis?

Malahan Islam mengutuk keras tindakan homoseksual sepertimana yang diberitakan di dalam ayat Quran yang menceritakan tentang kaum Nabi Luth.

Sebenarnya jika dikaji betul-betul, adakah agama apa pun di dunia ini yang membenarkan hubungan seksual sesama jenis?

Jika ada, sila tunjukkan kepada penulis agama apa dan ayat apa di dalam kitab suci mereka yang menyatakan sedemikian?

DAP tidak hormati tulisan Jawi

(Gambar 3: Teresa Kok bersama dengan tiga orang lagi ahli parlimen DAP menunjukkan cadangan nama jalan dalam Bahasa Malaysia, Cina dan India dan diserahkan kepada En Shaari (PA kepada Datuk Bandar KL). Tiada lagi tulisan jawi). Mengapa mereka tidak suka sangat pada tulisan jawi?


(Gambar 1: Teresa Kok menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh). Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis jalan jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan Bahasa Malaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008. Teresa complaint tentang tulisan jawi ini.
Pada 24 Julai, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berkata kerajaan negeri PKR dan DAP di Pulau Pinang bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan di Pulau Pinang. Nama jalan akan dibuat sebagaimana cadangan Teresa Kok pada 14 Februari 2008. Mengapa benci benar DAP pada tulisan jawi? Soal bahasa ini sudah termaktub dalam perlembagaan, jadi mengapa DAP cuba laksanakan perkara ini di Pulau Pinang?. Sedikit demi sedikit, mereka menghimpit dan cuba menenggelamkan identiti orang Melayu. Mungkin kerana logo UMNO itu bertulisan jawi, sebab itulah agaknya DAP benci benar pada UMNO. Apakah orang Melayu dalam PKR hendak bersekongkol sama dengan tindakan DAP ini? Atau ingin mengikut jejak Dr Mujahid Yusof Rawa membantah tindakan DAP ini.

Jumaat, Julai 11, 2008

Sumpah Ezam : Anwar bukan muslim yang baik

Sumpah Ezam Mohd Noor, bekas orang kuat Anwar Ibrahim. Malah Ezam juga dikatakan telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim bukan seorang Muslim yang baik dan tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apakah makna yang tersirat di sebalik sumpah Ezam ini? Apakah yang Ezam sembunyikan selama ini tentang Anwar? Apakah selama ini Ezam turut bersubahat menyembunyikan sesuatu yang kotor serta jijik tentang Anwar daripada pengetahuan seluruh rakyat?

“SAYA bersumpah dengan nama Allah dan Rasulullah S.A.W dan dengan berpegang teguh kepada prinsip sebagai seorang Muslimin, saya tidak akan sama sekali membenarkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri…” Deklarasi Ezam Mohd Nor.

Benar Ezam lebih mengerti serta memahami siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Ezam lebih dekat dengan kehidupan politik dan peribadi Anwar Ibrahim. Ezam lebih mengetahui bunga pencak silat politik Anwar malah wajah Anwar Ibrahim yang sedang di jaja merata-rata tempat hari ini akan ada wajah lain di sebaliknya pada kaca mata Ezam seandainya terdedah.

Ezam yang sekian lama menjadi alas kaki Anwar dan akhirnya bangun bertaubat untuk membuktikan kepada khalayak betapa jijiknya Anwar sehingga beliau begitu berani melontarkan pandangan bahawa Anwar bukan seorang muslim yang baik.

Adakah kenyataan Ezam ini ada rasionalnya kerana Anwar dengan imej serta perwatakan Islamnya sedang diterima hebat sebagi penyokong gerakan Islam sejati malah aura keperibadian Islamnya begitu sekali diagungkan oleh PAS sehingga mereka sanggup tunduk dan menjadi pencacai dalam gerakan Pakatan Palsu Rakyat.

Namun sumpah Ezam ini membuktikan ada sesuatu yang Ezam dan Anwar sembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Kejujuran Ezam untuk mendedahkan siapa Anwar sebenarnya adalah dituntut sebelum Anwar melakukan sesuatu yang bakal merosakkan agama, bangsa dan Negara.

Anwar yang sedang menggilai kerusi Perdana Menteri selepas Pak Lah perlu dihalang dengan apa cara sekalipun dan keberanian Ezam untuk mendedahkan `musang berbulu ayam’ ataupun ‘ musang berjanggut’ ini amat sekali dialu-alukan dan Ezam harus menunaikan sumpah itu dari sekarang kerana kelibat Anwar yang sedang menjajakan ranjang kotor landskap politik Negara makin menular.

Kebencian rakyat terhadap Pak Lah tidak seharusnya dijadikan hamparan untuk menukar beliau dengan Pak Lah dan Anwar bukanlah satu-satunya pemimpin `Melayu’ yang diharapkan untuk menjamin kestabilan politik negara ini. Anwar ada sejarahnya tersendiri, Anwar ada keperibadian yang hanya beliau seorang sahaja yang tahu.

Kita melihat Anwar seakan memimpin satu gerakan kepimpinan yang boleh menghancurkan Negara. Setiap bait-bait perkataan yang keluar dari mulutnya hanyalah sekadar umpan mahu memancing sokongan untuk beliau berkuasa. Bahasa badan mampu meruntuhkan keyakinan khalayak kepada kerajaan dan rakyat terpesona dengan hujah pidatonya yang mungkin telah dihafal berlama-lama.

Ezam sudah tidak mempunyai banyak masa untuk menunaikan sumpah tersebut. Ezam ada kemampuan untuk meyakinkan rakyat. Ezam ada kelebihan untuk memberitahu rakyat yang telah sekian lama terpesong ideologi kerana dirasuk oleh Anwar.

Dosa Ezam terhadap UMNO dan rakyat akan terampun seandainya Ezam mula sedar betapa bahayanya Anwar kalau tidak dihalang dari sekarang dan Ezam harus dengan gagah mendedahkan segala-galanya tentang Anwar.

Mendedahkan maksud Anwar bukan Muslim yang baik harus diperjelaskan oleh Ezam agar tidak ada rakyat terus terpesong dengan imej Islam yang sedang mewarnai Anwar hari ini. Kalau Ezam hanya sekadar melontarkan kenyataan semata-mata tanpa apa-apa yang membenarkan segala sumpah beliau tersebut, Ezam juga akan turut ditempelak sebagai seorang pemimpin retorik, sama seperti Anwar Ibarhim.

Ezam di tuntut hari ini untuk menebus apa yang dilakukan sebelum ini agar orang seperti Anwar dapat dilihat oleh masyarakat dari sudut sebenarnya. Arca Islamik yang dipotretnya mampu memesongkan rakyat. Anwar juga hari ini kelihatan membelakangi orang Melayu hanya untuk mencapai cita-cita yang terbit dari dendam peribadi. Langkah Anwar mampu dipatahkan oleh seorang yang tahu, pernah berkorban untuk Anwar dan faham selok-belok mainan politik Anwar. Ini perlu dilaksanakan dengan segera agar Malaysia terselamat dari Anwar Ibrahim.

Khamis, Julai 10, 2008

Anwar Penghapus Ketuanan Bangsa Melayu & Raja-Raja

Ancaman Anwar Ibrahim usah pandang mudah. Anwar Ibrahim hari ini seakan mendabik dada mengatakan bahawa beliau hampir pasti akan menjadi Perdana Menteri dengan Pakatan Rakyat. Adakah ini perang saraf atau benar-benar akan menjadi satu realiti. Adakah kehadiran Anwar sebagai Perdana Menteri akan memacu Malaysia tanpa batasan bangsa dan kaum lantas Melayu akan hanya tinggal sisa-sisa nama dengan rujukan utama rakyat Malaysia adalah Bangsa Malaysia.

Apa perlunya terma Bangsa Malaysia kalau Malaysia sudah tidak ada perbezaan kaum – semuanya rakyat Malaysia. Istilah Bangsa Malaysia pasti menghilangkan hak-hak keistimewaan Bangsa Melayu, Bangsa Malaysia yang di laung oleh Anwar Ibrahim adalah satu rujukan palsu untuk semua kaum-kaum di Malaysia kerana Bangsa Malaysia sebenarnya adalah sebutan bagi menggadai hak keistimewaan Bangsa Melayu dan memadamkan kedaulatan raja-raja Melayu. Inilah satu reality???.

Laungan mengenai hak keistimewaan Melayu yang mahu di pertahankan oleh Anwar Ibrahim adalah satu penipuan semata-mata, sedangkan dalam hakikatnya beliau mahu mencairkan pegangan Melayu secara terbuka untuk menakluki undi kaum lain.

Apa yang sebenarnya yang mahu diperkatakan, rasis atau realiti. Bangsa Malaysia tidak pasti wujud dalam keadaan masyarakat kita berbilang bangsa. Ia akan menjadi satu retorik palsu yang kononnya kita menolak kehadiran kaum lain dengan menggantikannya sebagai satu asimilasi kaum dan budaya. Adakah mampu itu berlaku – tidak mungkin dalam 100 tahun lagi. dalam keadaan bangsa cina menuntut lebih sekolah Cina dan mahu lebih banyak bandar komuniti Cina dan perjuangan Hindraf yang menuntut hak-hak keserataan kaum India serta lain-lain perjuangan kaum yang ada, apakah kita mahu sebut Bangsa Malaysia???

Hakikatnya kita akan tetap berlainan kaum – pokoknya hidup dalam keadaan harmoni yang akan memberi keamanan Negara. Namun dalam keadaan kita membayangkan ancaman Anwar Ibrahim yang mungkin membahayakan bangsa Melayu maka satu penelitian khusus perlu dilaksanakan untuk menyedarkan kita khususnya orang Melayu – bila ketuanan Melayu mahu diganti dengan keserataan semua Bangsa, Pastinya yang hilang adalah ketuanan kita Orang-orang Melayu.

Hakikatnya Anwar Ibrahim telah merancang untuk meragut undi popular bangsa melayu dan kaum lain. Melayu baginya biar berpecah dan dengan perpecahan ini akan menguntungkan beliau. Itu hakikat dan itu sebenarnya. PKR bukan satu parti tetapi adalah satu dominan karakter “Anwar Ibrahim”.

Justeru itu – apakah dia Bangsa Malaysia, yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim adalah satu Bangsa yang mempunyi budaya yang sama, hak-hak kepada pegangan harta yang sama, dan mungkin kebebesan beragama akan sama, tiada lagi Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia – ini amat jelas idologi Anwar Ibrahim telah membelakangkan kepentingan Bangsa Melayu, beliau hanya berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri sahaja dan mengaut kekayaan sehingga ke 100 keturunan….

Kenapa Anwar takut untuk ber'mubahalah' ?

Anwar Ibrahim ternyata seorang yang pengecut dan suka berdolak-dalik ibarat keling mabuk todi dalam hal 'mubahalah' (bersumpah) yang digesakan oleh Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.

Tua bangka pun masih lagi mengulangi kesalahan yang sama dan apabila mangsanya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar Ibrahim membuat laporan polis tentang pengliwatan Anwar Ibrahim terhadap dirinya, Anwar Ibrahim pula yang teruja untuk membuat aduan 'qazaf' di Jawi.

Malah di dalam artikel bertajuk "Ikut nasihat ulama, Anwar buat aduan 'qazaf' di Jawi" yang disiarkan di dalam HarakahDaily bertarikh 9 Julai 2008, antara lain memaparkan berita Anwar Ibrahim yang ditemani isterinya telah membuat aduan di Jawi berhubung isu fitnah.

Malahan, salah seorang dari dua peguam Anwar Ibrahim iaitu Kamar Ainiah Kamaruzaman menjelaskan menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan".

'Qazaf' pula ialah tuduhan palsu terhadap zina dan jika sabit boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5,000 dan ianya merupakan kesalahan dalam hukum hudud di mana seorang penuduh yang terbukti bersalah boleh dikenakan 80 kali sebatan.

Bila sudah jadi begini barulah mula ingat agama, masa buat pekerjaan terkutuk tu langsung tak ingat dosa pahala.

"Saya tidak boleh ikut cabaran. Kalau mahu guna al-Quran, guna Islam ianya mesti ikut syarak... bukan isu politik atau isu peribadi. Ini nasihat yang diberi oleh ulama dan saya tunduk dengan nasihat itu.

"Kalau mereka kata perlu jawab sumpah, kita jawab. Tapi setakat ini ianya isu jenayah kalau 'you' buat tuduhan, 'you' kena jawab," kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Alasan remeh yang diberikan oleh Anwar Ibrahim seperti dialog di atas tu cuma alasan remeh yang tidak berkredibiliti dan membuktikan dia bersalah kerana dia tidak berani ber'mubahalah' (bersumpah).

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Bila Mana Empat Orang Boleh Saksikan Perbuatan Rogol, Liwat

Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menyarankan agar empat saksi dikemukakan dalam kes pertuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak lebih sekadar cakap politik yang tidak berpijak di bumi nyata.Alasan pemimpin kanan Pas itu bahawa dengan kaedah tersebut mampu mengendalikan kes tersebut dengan adil dan telus sebenarnya mengundang pelbagai persoalan.

Kenapa Husam menuntut empat orang saksi dalam kes ini tetapi tidak menuntut syarat yang serupa kepada banyak lagi kes rogol dan liwat yang berlaku sebelum ini.

Apakah perbicaraan serta hukuman yang telah dijatuhkan oleh pihak perundangan sebelum ini tidak adil dan tidak telus?

Menyebut soal empat saksi seperti yang diperkatakan oleh Husam, perkara itu bukanlah satu perkara yang amat mudah kerana ianya perlu mempunyai syarat-syarat tertentu seperti tidak munafik dan sebagainya. Adakah hari ini kita mampu mencari saksi-saksi berkenaan dengan mudah.

Seperkara lagi, perbuatan maksiat seperti liwat dan rogol bukanlah dilakukan ditempat terbuka dan ini sudah pasti menyukarkan pihak perundangan untuk mencari saksi untuk tampil ke depan.

Kalau ada pun saksi pada ketika itu apakah saksi-saksi tersebut berperanan sebagai pengintip sahaja tanpa sebarang tindakan.

Dalam Islam, prinsip yang diutamakan adalah keadilan. Jika empat saksi berpakat untuk mengenakan seseorang, adakah ianya dianggap adil dan telus sepertimana ungkapan Naib Presiden Pas tersebut. Bukankah ini satu penganiayaan kepada mangsa?

Dan seandainya Husam berpendapat hanya melalui pendekatan Islam, kes seumpama mampu dikendali dengan telus dan melihat sejauh mana kredibiliti saksi, kenapakah Pas sehingga hari ini tidak melaksanakannya.

Kesimpulannya, kaedah yang digunapakai oleh perundangan negara hari ini sebenarnya bertepatan dengan prinsip keadilan yang ditekankan di dalam Islam.

Pendakwaan yang lengkap dan disusuli dengan bukti yang mencukupi serta ruang untuk membela diri yang diberikan oleh mahkamah merupakan satu elemen yang amat munasabah untuk pihak perundangan menjatuhkan hukuman.

Rabu, Julai 09, 2008

Anwar Memang Cukup Hebat

Siapakah Anwar Ibrahim? Bagi sesetengah pandangan khususnya penyokong tegarnya, Anwar bukan sahaja pemimpin hebat tetapi cukup alim dan setanding dengan mufti-mufti yang ada di Negara ini malah lebih kurang sedikit dari Nik Aziz.

Hakikatnya Anwar Ibrahim ialah pelakon filem yang mengesahkan perjuangan politik di Malaysia selepas disingkirkan dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri 1998.

Anwar memang cukup hebat orangnya, mengambarkan kepada rakyat negara ini bahawa dialah orang yang paling hebat dalam politik, paling hebat dalam pentadbiran, paling hebat dari segi kepimpinan sehingga kepada perkara yang dikutuk oleh Allah SWT pun beliau sanggup melakukannya berulang kali dalam tahun 1998 dan melakukannya sekali lagi perkara yang sama dalam tahun 2008. Itu yang kita tahu.

Dalam tahun 1998, beliau melakukan perkara yang terkutuk itu ke atas Sukma Dermawan, Dr Anis Munawar dan lain-lain. Sepatutnya beliau dah insaf, bertaubat nasuha bagi membersihkan dirinya dengan tuhan, keluarga dan rakyat negara ini.

Siapakah mangsa beliau kali ini? Jika dulu adik angkatnya Sukma, kini pembantu khas beliau Saiful Bukhari Azlan yang baru tiga bulan sahaja menabur khidmat kepadanya.

Jika dibandingkan dengan Sukma, Saiful tidak kurang kacaknya malah jika gambar kedua-dua mereka digandingkan tidak mustahil ramai akan percaya kalau dikatakan mereka adalah adik beradik.

Hakikatnya setelah Anwar mendapat tahu Saiful membuat laporan polis, Anwar terus ke kedutaan Turki dan di sana beliau menyatakan telah menerima ugutan bunuh ke atas diri dan keluarga.

Jika benar beliau menerima ugutan itu mengapa dia seorang ke kedutaan Turki itu? Kenapa Anwar tidak membawa anak isteri?

Anwar memang hebat. Kehebatannya boleh dilihat menerusi lakonan khususnya ketika membuat kenyataan untuk menangkis apa yang berlaku ke atas dirinya dan seterusnya melencong isu kepada orang lain.

Selepas keluar daripada persembunyian di kedutaan Turki, Anwar buat kenyataan minta kawalan keselamatan ke atas diri dan keluarga pula. Tetapi beliau berani berada di Stadium Melawati di tengah ribuan manusia untuk berceramah. Tidakkah ini bukti Anwar hebat. Memang Anwar hebat…hebat dalam lakonannya.

Anwar juga hebat di mata Amerika Syarikat (AS) dan sebab kehebatannya itulah AS akan bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar dalam apa jua keadaan.

Anwar boleh diibarat anak emas AS kerana segala apa yang berlaku padanya akan beliau adukan kepada AS. Kalau beginilah gayanya, apabila menjadi Perdana Menteri nanti, sudah tentu negara ini dijual atau digadai kepada kuasa besar Amerika Syarikat. Kita berdoa agar Allah SWT melindungi kita bersama tidak kira agama dan bangsa.

Lihatlah apa yang berlaku ke atas Afghanistan, Iraq dan banyak lagi Negara Islam lain bagaimana AS meratah satu persatu. Anwar memang hebat. Malangnya kehebatannya hanya dari sudut lakonan, retorik dan muslihat.

Rabu, Julai 02, 2008

Hak Milik Tanah : Mengapa MB Perak Tidak Mengutamakan Orang Melayu?

Macam ada sesuatu yang tak kena apabila Ir. Datuk Seri Mohd.Nizar ditabalkan sebagai Menteri Besar Perak selepas kemenangan Pakatan Rakyat di negeri Perak. Langkah pertama beliau setelah dilantik sebagai MB Perak adalah samada dipaksa ataupun tidak untuk menerima perlantikan kebanyakkan ahli-ahli Exconya yang terdiri daripada wakil DAP ( 6 orang ), PKR ( 3 orang ) dan Pas ( 1 orang ). Manakala kerusi Speaker DUN negeri Perak pula hendaklah diwakili oleh DAP. Kalau dilihat kepada keputusan pru ke-12 yang lalu, kemenangan Pakatan Rakyat di Perak sebenarnya di dominasi oleh DAP.

Mengikut adat istiadat negeri Perak, Menteri Besar hendaklah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan perlantikannya hendaklah mendapat perkenan baginda Sultan Perak. DAP walaupun kecewa dan tiada pilihan pada awalnya, tetapi setelah satu “ Perjanjian Kinta “ diadakan telah bersetuju untuk menamakan Mohd.Nizar ( Pas ) untuk menjawat jawatan Menteri Besar Perak. Walaupun PKR juga sebenarnya berkelayakan, mengapa mereka diketepikan? Hanya Pakatan Rakyat sahaja yang dapat menjawapnya. Adakah DAP melihat Mohd.Nizar sebagai seorang yang senang di cucuk hidungnya untuk ditarik kemana-mana dalam menjalankan segala agenda-agenda tersembunyi mereka setelah mendapat kuasa. Mungkin sebahagian daripada “ perjanjian “ yang telah dipersetujui membuatkan Mohd.Nizar sebagai MB Perak tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB, sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu. Lihatlah betapa cantiknya barisan ahli-ahli Exco yang disusun oleh DAP.

Jika melihat kepada perkembangan politik di Perak sekarang siapakah yang sebenarnya berkuasa. Menteri Besar atau DAP? Sebagai seorang yang professional, adakah Mohd.Nizar tidak melihat dirinya dan Pas dipergunakan oleh DAP. Adakah disebabkan hendak berkuasa sehingga sanggup mengenepikan perjuangan Islam yang diwar-warkan.

Ini dapat dilihat seawal pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak, pemberian geran kepada beberapa kampung baru ( walaupun dah lama ) dilihat satu tindakan proaktif oleh sebuah kerajaan yang baru dibentuk. Tetapi hakikatnya, siapa yang memperolehi untung yang lebih. Peratusan penduduk kampung baru di Perak mengikut pecahan kaum adalah Cina ( 80% ), Melayu dan India sama-sama berkongsi ( 20% ). Terdapat seramai 60,000 penduduk kampung baru di seluruh negeri Perak. Jika dilihat kepada peratusannya, hanya berapa kerat sahaja orang Melayu yang dapat? Dimanakah rasionalnya memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada lot-lot tanah di “ kampung baru “ berbanding dengan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun ( RKT ) yang mana mengikut peratusan pecahan kaum Melayu adalah ( 44% ), Cina ( 38% ) dan India ( 18% ). Dijangkakan seramai 77,700 penduduk negeri Perak yang menyertai ( RKT ). Adakah cara pemberian status hak milik tanah ini bermotifkan politik?

Walaupun ianya masih lagi diperingkat cadangan dan sedang diperbahaskan di Dewan Undangan Negeri tetapi kelulusannya sudah hampir pasti apabila melihat kepada peratusan wakil Pakatan Rakyat di DUN dan ahli-ahli Exconya. Ini membuktikan ketidaktelusan kerajaan negeri Perak untuk bersikap adil dalam pengagihan status hak milik tanah kepada semua penduduk tanpa mengira kaum dan kawasan tertentu sahaja. Mengapa ( RKT ) tidak diberi status hak milik kekal 999 tahun. Adakah oleh kerana peratusan penduduk di ( RKT ) adalah orang Melayu, maka tidak layak untuk diberikan status hak milik yang sama dengan “ kampung baru “. Sikap pengagihan hak milik tanah secara terpilih hanya memperlihatkan kerajaan negeri mempunyai agenda politik yang tersirat.

Tindakan yang dibuat oleh Mohammad Nizar Jamaludin itu bukan sahaja bercanggah dengan semangat orang Melayu, malah mengenepikan mereka yang sepatutnya turut layak mendapat hak yang sepatutnya. Kenapa hanya “ kampung baru “ sahaja yang layak dan tidak kepada semua penempatan lain termasuk Rancangan Kampung Tersusun (RKT), kampung-kampung Melayu tradisional di pinggir bandar dan kawasan-kawasan lain di negeri Perak. Saya cabar Mohd. Nizar untuk memberikan status hak milik yang sama dengan Kampung Baru iaitu 999 tahun kepada ( RKT ) di kawasan DUN Pasir Panjang yang dimenanginya. Jangan lupa ( RKT ) Kampung Datuk Seri Kamaruddin, ( RKT ) Kampung Pundut, ( RKT ) Lekir, ( RKT ) Kayan, ( RKT ) Teluk Muruh dan lain-lain lagi dikawasan yang berhormat.

Jangan ingat orang Melayu akan duduk diam dan tidak membantah jika kepala mereka dipijak dan hak mereka dinafikan serta diabaikan oleh pemerintah. Sebagai seorang Melayu yang memegang tampuk pemerintahan negeri Perak, sepatutnya Mohd Nizar memberi keutamaan kepada orang Melayu dahulu. Kalau ada penyokong Pakatan Rakyat mengatakan kuasa penentu adalah ditangan Menteri Besar, mengapa Mohd Nizar mengikut telunjuk DAP. Adakah untuk menjaga hati DAP sehingga sanggup menjadi pengkhianat kepada orang Melayu di Perak. Mengapa baru tak sampai empat bulan memerintah, agenda “ hak milik tanah “ menjadi keutamaan DAP dan Pakatan Rakyat kalau tidak ada udang disebalik batu. Jangan kata rasional memberi hak milik kekal itu dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut peruntukan yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara, tetapi ingat yang anda sedang menghiris perasaan orang Melayu di negeri Perak.