Jumaat, April 22, 2011

DAP parti perkauman

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mempertahankan bidasannya bahawa DAP adalah 'parti politik perkauman'.

Sambil memperakui bahawa BN adalah penyelesaian masalah pelbagai kaum di negara ini, hujahnya meskipun Umno, MCA dan MIC adalah parti-parti berasaskan kaum, namun mereka bertanding bukan atas nama masing-masing tetapi atas tiket Perikatan ataupun BN.

“Sebagai anggota gabungan pelbagai bangsa mereka tidak boleh memperjuangkan hanya kepentingan Melayu, Cina dan India sahaja. Mereka telah bergabung menjadi satu entiti politik dan perjuangan mereka adalah bagi semua kaum entiti itu.

“Parti-parti berasaskan kaum itu bekerjasama demi kepentingan ahli-ahli semua bangsa dan hilang ciri-ciri perkauman mereka,”

Mahathir bertegas meskipun DAP mendakwa mereka adalah parti pelbagai etnik, tetapi “semua orang tahu siapa mereka sebenarnya”.

“Setiap kali saya sebut DAP adalah parti perkauman, hujah basi mereka Umno juga parti perkauman, malah lebih teruk dari DAP...

“DAP, seperti (parti pemerintah Singapura) Parti Tindakan Rakyat mendakwa sebagai mewakili pelbagai bangsa tetapi semua orang tahu sebahagian besar ahli, penyokong dan pemimpin mereka adalah orang Cina.

“Dan perjuangan mereka secara prinsipnya menentang Melayu dan apa yang mereka dakwa sebagai hak Cina,”

-Tun Dr Mahathir Mohamad-

Selasa, April 19, 2011

Politik rasis DAP kini menular di Sarawak

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak membuktikan bahawa DAP berjaya membawa 'jenama politik perkauman' ke negeri terbesar di Malaysia itu.

Dr Mahathir mendakwa sebelum ini, semua kaum berkerjasama dengan satu sama lain demi pembangunan Sarawak. Saya ucapkan tahniah kepada DAP kerana membawapolitik perkauman ke Sarawak. Sekarang kita dengan jelas melihat masyarakat Cina menolak hubungan pelbagai kaum. Mereka kini dijangkiti virus perkauman yang menjadi asas perjuangan DAP.

“Malaysia menghadapi bahaya terbahagi kepada dua parti - satuMelayu yan didominasi daripada 'default' dan satu lagi Cina melalui pilihan.Sistem dua parti yang berasaskan perkauman tidak akan menyumbang kepada kestabilan, apa lagi perpaduan negara.”

“Biar kita berfikir secara berhati-hati sama ada kita mahu memecahkan negara ini atau bersedia berkorban sesuatu bagi mengekalkan kestabilan dan pembangunan menerusi gabungan BN,”