Selasa, Jun 17, 2008

Agenda Yahudi & Nasrani Melalui IFC

Orang-orang Yang Menhancurkan Islam




Akhirnya gerakan anti Islam telah berjaya menyusup masuk merosakkan parti PAS dan PKR. Perhimpunan 10 November jelas didalangi oleh INTERFAITH COMMISSION (IFC) sebuah gerakan anti Islam di negara ini.
1. IFC Dulu dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC). Mereka menuntut supaya ia dijadikan sebuah badan berkanun yang ada KUASA mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) jika didesak oleh agama lain.
2. Ia mirip sebuah mahkamah dan SUHAKAM yang melayan segala aduan dan keputusannya adalah muktamad
3. Penganjur penubuhannya ialah Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism melalui memorandum kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001 di bawah pimpinan V Harcharan Singh.
4. Pada 8 Disember telah diadakan satu “Festival of Rights” dengan tema “Kebebasan Beragama”. Pada 10 Disember 2001 Majlis Peguam menganjurkan forum “Kebebsan Beragama” dan menerbitkan artikel dalam jurnal Insaf.
5. 17 Mac 2003 bengkel mengenai keperluan kewujudannya telah diadakan. Kewujudannya gagal apabila persatuan dan NGO Islam serta beberapa pemimpin Islam menarik diri.
6. Januari 2005 deraf undang penubuhan dikemukakan dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh yayasan Kristian iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).
MATLAMAT
7. Meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam.
TUNTUTAN IFC
i. Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam;
ii. Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang;
iii. kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil;
iv. Perkataan ”Islam” tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang Muslim;
v. Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil tindakan undang-undang;
vi. Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak Penjagaan Anak;
vii. Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarganya yang telah mati dalam Islam;
viii. Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa untuk orang Islam;
ix. Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkaaan-perkataan suciIslam;
x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan pengedarannya kepada umum secara terbuka;
Ini adalah beberapa tuntutan yang dibuat oleh IFC.
IMPLIKASINYA
1. Ia akan membuka ruang Menjadikan undang-undang Allah tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia;
2. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja seperti murtad;
3. IFC bebas dan berhak menentukan status agama orang Islam;
NGO-NGO YANG TERLIBAT ( MAJORITI NGO ADALAH AHLI DAN PENYOKONG KUAT IFC )
Aliran Kesedaran Rakyat (ALIRAN)
All-Women’s Action Society (AWAM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Centre for Independent Journalism (CIJ)
Citizens’ Health Initiative
Civil Rights Committee, KLSCAH
Community Action Network
ERA Consumer Malaysia (ERACON)
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
Group of Concerned Citizens (GCC)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Labour Resource Centre (LRC)
Malaysia Trade Unions Congress (MTUC)
Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA)
Malaysian Voters Union (MALVU)
National Human Rights Society (HAKAM)
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Pusat Janadaya (EMPOWER)
Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
Research for Social Advancement (REFSA)
Sarawak National Party (SNAP)
Save Ourselves (SOS Penang)
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Tamil Foundation
Unit Pemikiran Politik, IKD
Women’s Development Collective (WDC)
Writers Alliance for Media Independence (WAMI)

Tuntutan Pertama IFC Berjaya Di Selangor

Sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini diantara tuntutan-tuntutan Interfaith Commission ( IFC ) ada menyatakan bahawa “ Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid-masjid .“ Dan pada 9 Jun 2008 yang lepas, tuntutan IFC ini telah berjaya dan akan dilaksanakan di Negeri Selangor.

IFC ( Interfaith Commission ) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain.

Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Pakatan Rakyat ( PR ) negeri Selangor yang terdiri daripada PKR,DAP dan Pas telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan menghadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu (Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat)

Xavier ketika mula mula angkat sumpah jadi YB di Selangor menjanjikan tapak yang lebih luas berbanding sekarang ini iaitu 0.4 hektar sahaja. Xavier turut berjanji menambah peruntukan tahunan sejumlah RM3 juta kepada rumah ibadat bukan Islam. Bukankah perkara ini ada didalam salah satu daripada tuntutan IFC ? Di Selangor jumlah penduduk Islam adalah lebih kurang 4 juta orang dengan jumlah masjidnya adalah sebanyak 380 buah. Manakala penduduk yang beragama Hindu ialah berjumlah 700,000 orang dengan jumlah kuilnya sebanyak 1,000 buah. Apakah pula pendirian orang orang Melayu dalam PAS dan PKR tentang perkara ini ?

Biarpun Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim seorang yang beragama Islam tetapi dia tidak mempunyai kuasa apa-apa untuk menegur atau menghalang tindakan Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu. Sebaliknya keputusan yang diambil ditentukan oleh barisan Exco negeri itu sendiri. Siapakah MB sebenarnya ? Sama juga dengan kes beliau meluluskan ladang mega ternakan babi di Sepang, Selangor. Adakah jawatan Menteri Besar semata-mata sebagai “ Pak Turut “ dengan mengikuti segala kehendak DAP tanpa ada hak untuk mempertikaikannya?.

Mereka juga menuntut supaya keluasan sesuatu rumah ibadat bukan Islam hanya ditentukan oleh kerajaan negeri dengan melalui pihak berkuasa tempatan. Sebab itulah Ronnie Liu juga mencadangkan agar diadakan pilihanraya di peringkat PBT.

Apakah Anwar Ibrahim yang menjadi Penasihat kepada pakatan Pakatan Rakyat tidak dirujuk tentang cadangan Xavier ini ? Kalau Anwar Ibrahim tahu sekalipun apakah Anwar akan menegur Xavier dan Ronnie Liu agar jangan berbuat sedemikian. Atau Anwar lebih percaya kepada Guan Eng berbanding Khalid Ibrahim ? Sama juga dengan sikap tidak ambil peduli Anwar Ibrahim ketika menghadiri satu jamuan makan malam sempena menyambut hari Krismas di sebuah restoran di Bandar Di Raja Kelang hujung tahun lalu. Ketika Irene Fernandes mempertikaikan kenapa pihak Gereja Katolik tidak boleh menggunakan perkataan “ Allah “ dan bahasa Malaysia didalam buletin dan bible mereka, Anwar Ibrahim cuma buat-buat tak tahu sahaja seolah-olah tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Irene Fernandes. Sebagai seorang Islam, penulis tak tahu mana nak letak muka jika Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin melayu Islam boleh bersikap sedemikian.

Baru-baru ini dikhabarkan, Dr Dzulkefly ( Ahli Parlimen Kuala Selangor ) juga telah membaca ayat Al Quran di sebuah gereja di Selangor. Dr Dzulkefly menyatakan bahawa Islam memelihara hak semua orang tanpa mengira kaum. Hassan Ali nyatakan Islam Hadhari diharamkan di Selangor. Manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap di sebuah gereja di Shah Alam menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut untuk menggunakan terjemahan “ Allah “ untuk merujuk kepada kalimah “ God “ dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan “ Allah “ hanya terjemahan kepada perkataan “ God “. Beliau juga mendakwa pihak gereja di Negara Arab juga menggunakan perkataan “ Allah “.

Apakah pula pendirian Hassan Ali, Dr Dzulkefly dan Khalid Samad sebagai mewakili Pas dengan keputusan Xavier ini ? Kelu tak berkata-kata. Inilah padahnya membiarkan Pakatan Rakyat memerintah Selangor, selepas membuat kandang babi di Sepang, mereka membenarkan pula agenda IFC dilaksanakan di Selangor. Mana yang lebih utama, antara haramkan Islam Hadhari dan membiarkan rumah ibadat orang bukan Islam tersergam indah dan besar ketinggiannya di negeri Selangor ? Belum sampai 100 hari perintah Selangor sudah berbagai-bagai perkara dibuatnya. Esok lusa entah apa lagi yang akan diminta. Jangan terkejut selepas sebuah gereja yang besar akan dibangunkan di Putrajaya . Sama-samalah kita tunggu dan lihat? Menang sorak, kampung tergadai. Siapa pengkhianat bangsa dan ugama.