Jumaat, Mei 22, 2009

Zambry MB sah Perak

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

TAHNIAH kepada ZAMBRY jalankan tugas dengan amanah

Jumaat, Mei 15, 2009

RINGKASAN TEMUBUAL EKSKLUSIF MAJALAH MILENIA MUSLIM MEI INI.

Mereka tidak merampas kuasa, cuma mereka (UMNO) bagi tahu kepada Tuanku Sultan sekarang BN telah mendapat majoriti ahli dewan kerana 3 adun dari PKR dan DAP telah keluar parti dan menjadi adun bebas dan seorang adun kembali keapda UMNO!

Terimalah hakikat itu, tetapi PAS dan DAP tidak boleh terima hakikat, sekarang BN ada 31 ahli dewan. Kalau kita mengasihi orang kafir itu adalah itu haram, kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir!


Kenapa PAS lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang islam sendiri? Orang islam PAS sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk-peluk pula, macam kes Elizabeth Wong memang jelas dia buat maksiat, kenapa ada muslimat PAS dan PKR peluk sampai menangis dan macamana NIk Aziz boleh sokong Elizabeth dalam isu ini sedangkan kita dan Nik Aziz tahu yang DAP tidak akan sokong ISLAM! Tengok Karpal Singh kata apa, langkah mayat saya dulu kalau PAS nak tubuh negara ISLAM!

Petikan dari salah satu wawancara Dato Seri Harussani Zakaria, Mufti Besar negeri Perak dalam majalah Milenia Muslim keluaran bulan Mei!

Khamis, Mei 14, 2009

'TANGAN GHAIB' AnWAR

Sudah terang lagi bersuluh! Benar seperti yang telah diulas sebelum ini.

1.Pembangkang mengumumkan akan bertemu bagi membincangkan kemelut politik Perak hari ini. Mereka merancang mengeluarkan kenyataan bersama agar nampak mereka bersepakat dalam hal ini.

2. Muka hadapan HARAKAH hari ini terpampang kenyataan YB Mahfuz Omar menyifatkan ada ‘tangan ghaib’ di sebalik keputusan Mahkamah Rayuan menangguhkan pengesahan DS Nizar sebagai MB Perak.

3. 2 manusia erdogan Selangor yang telah disebutkan memang ‘panjang akal’. Seorang professional, seorang lagi punya kelulusan tinggi. Maka mereka gunakan rakan ‘pak turut’ yang gila glamour nak jadi ‘hero’ tanpa fikirkan implikasi undang-undang untuk keluarkan kenyataan.

4. tangan ghaib’ yang cuba mencampuri urusan mahkamah sebenarnya ialah AnWAR! Ramai yang tidak menyedari hal ini. Bagi pembangkang, majoriti hanya ghairah mengikut AnWAR tanpa mencari fakta yang sebenar! Sokong boleh, tapi harus terbuka minda mencari kebenaran hakiki! Jangan ikut membuta tuli sahaja.

5. Hakim Mahkamah Rayuan yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi dua hari lepas adalah kenalan rapat AnWAR. Datuk Ramly Ali pernah menjadi Pendaftar Syarikat di Pejabat Pendaftar Syarikat. Datuk Ramly dan seorang lagi bekas hakim, Datuk Zainon Ali cukup rapat dengan AnWAR.

6. Hubungan akrab mereka seperti keluarga. Selepas AnWAR ditangkap 1998, nama mereka berdua pernah dikait kerana punya hubungan akrab dengan AnWAR. Berlatar belakangkan pendidikan perundangan, mereka faham tugas pihak berkuasa dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Datuk Ramly dan Datuk Zainon amat professional sekali.

7. AnWAR menjangka Datuk Ramly akan menyebelahi beliau dalam penghakiman Mahkamah Rayuan tapi jangkaannya meleset. Bertindak atas prinsip keadilan yang telus, Datuk Ramly Ali membuat keputusan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Keputusan yang beliau buat berpandukan prinsip ketelusan keadilan yang beliau praktikkan selama ini.

8. Seperti biasa, bila sesuatu tidak berpihak kepadanya, AnWAR mula menyerang. Kini dengan menggunakan pecacai pembangkang, AnWAR cuba ‘membunuh’ karektor Datuk Ramly dengan menyatakan itu dan ini tentang Datuk Ramly.

9. Pihak kerajaan harus membela Datuk Ramly. Bela lah beliau bukan kerana keputusannya berpihak kepada kerajaan, tetapi kerana beliau seorang yang berprinsip dan sentiasa menjunjung tinggi ketelusan keadilan di Malaysia. Jangan biar AnWAR membunuh jiwa rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dengan tipu muslihatnya!

10. Tahun 1997, AnWAR pernah mengutus pegawainya menemui Hakim Mahkamah Tinggi di Wisma Denmark KL ketika itu, Datuk Mohd. Nor Ahmad bagi membantu kes beliau berkaitan buku 50 dalil. Bila hakim tersebut enggan berkompromi, beliau sempat ‘ditendang’ keluar oleh AnWAR ke Shah Alam.

11. AnwaR juga pernah memanggil bekas Ketua Hakim Negara, Tun Yusof Chin ke rumahnya beberap kali ketika kes buku 50 dalil masih belum selesai. Tiba-tiba hakim perbicaraan pula ditukarkan serta-merta. Prinsipnya, pada bila-bila masa atau apa keadaan sekalipun, cabang eksekutif tidak boleh memanggil cabang kehakiman di mana jua sekalipun!

12. Apakah ini bukan campurtangan namanya? Apakah bila AnWAR yang buat, maka ianya tidak, bila orang lain, ianya benar? AnWAR boleh saja terus berpura-pura menutup kejahatannya, namun penyokong harus berusaha mencari kebenaran! Bukan untuk mengaibkan tapi harus punya fakta tentang siapa yang kita sokong, kerana kita akan disoal kemudian hari nanti…….

Rabu, Mei 13, 2009

AnWAR TELAN LUDAH SENDIRI

“Keputusan hari ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Makanya adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam perlembagaan. Ini termasuklah sistem pengasingan kuasa yang secara jelas menggariskan pengasingan di antara kuasa eksekutif, kehakiman dan juga perundangan.”

Petikan di atas adalah kenyataan AnWAR berkaitan keputusan mahkamah Tinggi 11 Mei 2009 tentang pengesahan DS Nizar masih MB Perak. Bunyinya amat cantik sekali seolah-olah AnWAR adalah warganegara Malaysia yang paling menjunjung tinggi perlembagaan negara serta prinsip demokrasi berparlimen.

Namun pada hari ini Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan yang telah dibuat Mahkamah Tinggi semalam, sekaligus mengekalkan DS Dr. Zambry sebagai MB sekurang-kurangnya hingga proses rayuan selesai.

Semuanya dibuat mengikut perlembagaan dan proses undang-undang yang sah. Saluran mahkamah telah diguna secara telus dan adil! Sebelum ini AnWAR banyak menangguhkan kes beliau di mahkamah dengan mengemukakan rayuan, kini dengan proses rayuan juga AnWAR terkena!

Jangan hairan jika selepas ini AnWAR akan menghentam mahkamah tidak adil, ada campurtangan politik dalam membuat keputusan dan macam-macam lagi. Semuanya bakal dikarang bagi menghalalkan tindakannya.

Jika mengambil langkah berhati-hati, AnWAR tidak akan mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan mahkamah Rayuan hari ini. Sebaliknya beliau akan memilih pentas ceramah dan persidangan di luar negara untuk mempertikai dan menghentam keputusan mahkamah rayuan.

AnWAR kini semakin tersepit! Jika semalam beliau meludah ke langit, hari ini ludahnya jatuh tertepek di mukanya sendiri. Bagi menutup segala kelemahannya yang makin terserlah, dia terpaksa menjilat segala ludahnya serta menelan kembali bagi membersihkan mukanya agar sentiasa kelihatan berseri…..