Khamis, Julai 31, 2008

Tawaran rasuah politik, gabungan dengan DAP apa pula?

Bangkai gajah takkan boleh ditudung dengan nyiru.

Itulah tindakan PAS apabila bergabung dengan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat selepas PRU ke 12 baru-baru ini. Pada awalnya begitu heboh diwar-warkan bahawa tidak ada kerjasama antara PAS dan DAP.

Jadi apa pula alasannya bila dua cawangan Pemuda Pas iaitu Kubang Kerian, Mohamd Nuri Mat Yaacob dan Kota Bharu, Mohd. Baharuddin Mohd. Noor membuat laporan polis agar menyiasat tawaran bekas Menteri Besar Perak dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang mengajak Pas bergabung dengan UMNO dengan alasan berunsur rasuah politik.

Kalaulah itu rasuah politik, apa pula dengan kerjasama PAS dengan DAP dan PKR? Bukankah itu juga rasuah politik kerana sebenarnya kalau PAS atau DAP atau PKR bersendirian, sudah tentu mereka tidak akan dapat membentuk kerajaan negeri?

PAS ni seperti lempar batu sembunyi tangan, dia buat tak apa, orang lain buat tak boleh, haram dan berdosa. Mempergunakan agama semata-mata untuk tujuan politik.

Sesama Islam pula liat untuk bersatu, dengan kafir harbi yang terang-terangan menentang Islam boleh berpeluk mesra pula.