Selasa, Julai 27, 2010

Lagi Hak Orang Melayu cuba dikikis oleh DAP!!!


" Mansuh diskaun hartanah "...

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor. Katanya, langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Menurutnya, tidak ada sebab diskaun bumiputera dikekalkan melibatkan kedua-dua jenis hartanah itu kerana sudah tentu bumiputera yang terlibat dalam pemilikan tersebut adalah mereka yang berkemampuan. ''Jadi adalah wajar diskaun kepada bumiputera untuk pemilikan hartanah ini tidak dikekalkan kerana ia melibatkan nilai yang tinggi.

''Maknanya, bumiputera perlu berdikari dalam soal pemilikan hartanah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Tony, pemansuhan diskaun itu mampu memberi kesan positif kepada ekonomi Selangor kerana selain mewujudkan nilai hartanah yang stabil ia juga menjadikan pasaran lebih adil. Beliau berkata, sekiranya projek pembangunan hartanah itu melibatkan penglibatan kerajaan negeri, pemansuhan diskaun memberi keuntungan kepada kerajaan negeri berdasarkan nilai pasaran semasa dan hasilnya boleh disalurkan membantu pihak lebih memerlukan.

Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas. Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP turut mengkritik pelaksanaan diskaun itu yang disifatkannya tidak adil kerana mungkin digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. ''Diskaun sebanyak tujuh peratus itu membolehkan pihak tertentu khususnya orang tengah mendapatkan hartanah dengan harga rendah kemudian dijual pada harga lebih tinggi,''

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri mengkaji semula pemberian tanah kepada anak syarikatnya yang dilihat tidak membantu dalam pembangunan hartanah di Selangor. Menurutnya, kerajaan negeri didapati mempunyai kira-kira 50 hingga 80 anak syarikat yang kesemuanya terlibat dengan pembangunan hartanah di negeri ini. ''Keadaan ini menunjukkan kerajaan negeri memberi subsidi kepada banyak anak syarikat untuk mendapatkan tanah yang murah bagi menjalankan pembangunan berkenaan. ''Keadaan ini tidak akan menjadikan sektor hartanah di Selangor kompetitif..

Ahad, Julai 25, 2010

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tidak kisah dihina

“Saya tidak kisah walaupun ada beberapa laman blog yang menghina saya menggunakan kata-kata kesat seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’


PULAU PINANG - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tidak kisah dihina dengan pelbagai gelaran mengaibkan sperti disiarkan beberapa laman blog demi menunaikan amanahnya mengajak umat Islam bersatu.

“Saya tidak kisah walaupun ada beberapa laman blog yang menghina saya menggunakan kata-kata kesat seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’.

“Terpulang kepada mereka untuk menilai sedangkan sudah termaktub dalam al-Quran bahawa mencaci, memaki dan menghina orang lain adalah berdosa. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Sekolah Kebangsaan Pulau Betong, malam kelmarin.

Program yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Hilmi Yahaya dengan kerjasama Pusat Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Anak-anak Kariah Pulau Betong itu dihadiri kira-kira 3,000 penduduk.

Harussani berkata, tindakan yang dilakukan adalah berdasarkan tanggungjawabnya sebagai mufti yang diamanahkan untuk menjaga akhlak dan akidah umat Islam dan menyifatkan tentangan yang dihadapinya umpama letupan bom yang dahsyat.

Menurutnya, pemimpin kini lebih mementingkan keutamaan parti tanpa mengamalkan suruhan agama yang menekankan konsep bersatu-padu sesama umat.

“Saranan yang diberikan untuk mengajak kedua-dua belah pihak mengadakan pertemuan bukannya untuk menyuruh mereka bersatu dari segi politik, sebaliknya untuk menyahut tuntutan agama yang mewajibkan umatnya agar sentiasa bersatu-padu,"

Sabtu, Julai 24, 2010

'Selamatkan Selangor' hentam Anwar, Malaysiakini

Jelajah pertama 'Selamatkan Selangor' bermula dengan siri menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan portal berita Malaysiakini, terutama oleh bekas 'ayam tambatan' ketua pembangkang itu, Ezam Mohd Noor.

Di pentas Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) di Shah Alam malam tadi, kira-kira 250 penyokong BN turut dihidangkan dengan tayangan video 'Tak Nak AI' (Anwar Ibrahim).

Ia antaranya cuba membandingkan sikap Anwar melalui ucapannya semasa masih menjadi timbalan perdana menteri dan selepas menjadi penasihat PKR - parti dominan dalam Pakatan Rakyat.

Menurut video itu, Anwar digambarkan sebagai pengkianat, tidak setia pada perjuangan Melayu dan 'memuja' DAP yang suatu ketika dahulu pernah dikritiknya.

Tidak terkecuali, petikan ucapan Zulkifli Noordin - bekas peguamnya dan ahli parlimen yang keluar PKR - yang lantang mengkritik kepimpinan Anwar turut disiarkan.

Ezam yang berkongsi pentas dengan pemimpin utama Umno negeri - antaranya timbalan pengerusi perhubungan Datuk Seri Noh Omar dan timbalan Ketua Pembangkang Datuk Satim Diman - mengaitkan Anwar dengan Yahudi.

Bersumpah demi Allah

Ezam antaranya mengulangi dakwaan bahawa Anwar pro-Yahudi, yang boleh dibuktikan dengan tindakan cuba memujuk kumpulan itu di Amerika Syarikat, seperti dilaporkan
Washington Post.

Bagaimanapun, menurut Ezam lagi, tindakan itu tidak boleh disamakan dengan tindakan kerajaan pusat yang mendapatkan khidmat perunding antarabangsa Apco Worldwide.

"Bezanya Apco ini kerja untuk kita," katanya yang mengaku pernah mendapat layanan istimewa daripada negara kuasa besar dunia itu semasa menjadi "jeneral" Anwar.

Beberapa kali menegaskan masuk Umno tidak melibatkan wang, Ezam juga menceritakan perjuangan dan jasanya "mempertahankan prinsip" bersama PKR suatu masa dahulu, termasuk merengkok di penjara dan menjana penubuhan parti itu di peringkat Selangor.

"Saya tinggalkan PKR dan Anwar tidak melibatkan satu sen (wang) pun, demi Allah!" katanya.

Menyentuh soal
Malaysiakini, beliau mendakwa portal berita bebas itu sebagai alat kepada Anwar, antaranya kerana laporannya berhubung 'persaingan' antara Noh dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Jumaat, Julai 16, 2010

ISU AIR DI SELANGOR: APA YANG RAKYAT PERLU KETAHUI

ØProses penstrukturan semula industri air di Selangor sudah berlarutan selama setahun lebih dan sehingga sekarang rakyat Selangor belum melihat apa-apa perkembangan positif proses penstrukturan industri air Selangor.

ØKerajaan negeri Selangor menawarkan sebanyak RM 5.7 bilion untuk membeli kesemua syer-syer bukan milik kerajaan negeri dalam SYABAS, Puncak Niaga, SPLASH dan ABBAS dan berjanji untuk menurunkan tarif air sebanyak 24%. Rakyat perlu melihat isu air di Selangor dengan fikiran terbuka kerana secara logiknya bagaimana kerajaan negeri mahu menurunkan tarif sebanyak 24% sedangkan untuk membeli keseluruhan aset ini sahaja kerajaan negeri perlu membuat pinjaman sebanyak RM 5.7 bilion.

ØKerajaan negeri Selangor juga telah mengadakan perbincangan dengan sebuah syarikat dari Singapura dan Timur Tengah sebagai pilihan untuk menguruskan air Selangor sekiranya kerajaan persekutuan enggan menerima jumlah penjualan dan syarat-syarat penjualan yang mereka ditetapkan. Syarikat-syarikat tersebut bersedia menawarkan sehingga RM 20 bilion bagi mengambil alih pengurusan air di lembah Klang. Jika ini berlaku apakah tiada tarif air akan dinaikkan?
ØKerajaan Pusat menyedari bahawa urusan air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi tetap mengambil perhatian mengenainya kerana memikirkan keselamatan dan keselesaan rakyat secara keseluruhannya tanpa memikirkan ideologi politik.
ØKerajaan Persekutuan telah membayar pampasan bagi pengambilan tanah untuk menampung penyaluran air mentah dari Pahang dan semua syarat permohonan telah dipenuhi. Untuk itu, kerajaan Persekutuan memerlukan kebenaran kerajaan Selangor untuk memulakan kerja-kerja pembinaan melalui empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Ampang, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang.
ØKerajaan Pusat juga telah beberapa kali membuat rundingan dengan kerajaan Selangor mengenai isu berkenaan termasuk mengenai pelan pengambilan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor yang masih tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri Selangor. Pihak kerajaan negeri juga telah mengarahkan semua Majlis Perbandaran dan Pejabat Tanah supaya menghalang sebarang kerja-kerja pembinaan laluan paip penyaluran air dari negeri Pahang dilakukan.
ØPengurusan air sebenarnya memerlukan belanja yang tinggi dan kerajaan Selangor perlu memikirkan mekanisme yang terbaik dalam menguruskan sumber tersebut. Telah sampai masanya kerajaan Selangor melihat semula konsep pemberian air secara percuma sebanyak 20 liter padu kerana banyak pembaziran dilakukan. Pengguna akan lebih menghargai sumber alam tersebut sekiranya dikenakan bayaran yang setimpal dengan kadar penggunaan.
KESAN SEKIRANYA ISU INI TIDAK DAPAT DISELESAIKAN
ØKajian mendapati permintaan air yang telah dirawat di Lembah Klang akan meningkat dan projek pemindahan air dari Pahang ke Selangor dapat membantu memenuhi permintaan tersebut.
ØKrisis air dalam jangka masa kurang 2 tahun dari sekarang akan berlaku sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak bersetuju untuk bekerjasama berhubung projek pembinaan paip air dari negeri Pahang.
ØPenduduk di sekitar W.P Kuala Lumpur dan Selangor akan berhadapan dengan krisis air yang paling teruk sekiranya kerajaan negeri Selangor enggan memberikan kerjasama dalam projek penyaluran air dari Pahang kerana empangan yang sedia ada tidak lagi mampu untuk menampung jumlah penggunaan air yang semakin meningkat.
ØKerajaan Persekutuan tidak boleh berlengah lagi kerana bekalan air akan susut sehingga 13.4% jika projek ini tidak dimulakan mengikut jadual pada bulan depan dan disiapkan sebelum Jun 2014.

Rabu, Julai 14, 2010

SELANGOR BAKAL BERLUBANG ?


dibawah ini adala peta negeri selangor. kawasan yang ditandakan pula mewakili gambaran tanah-tanah selangor yang dicuri pasirnya.

satu kawasan curian, nilaian sehari kerugian adalah RM500K.

kerja mengorek ini dilakukan siang hari. adun pakatan buta dan menafikan dakwaan. wang rakyat selangor dikebas oleh penyangak pasir, yang senang lenang mencuri tanpa pengawasan kerajaan pakatan selangor. SENGAJA ? bila adun BN nak lanyak pakatan dalam sidang dun semalam, speaker dun telah menggantung beliau.

inilah namanya transperensi dan demokrasi ala pakatan. lebih berpihak kepada pencuri pasir daripada berpihak kepada kehendak rakyat !