Jumaat, Jun 12, 2009

PBT Selangor Belanja RM 8 Juta Untuk PKR, DAP dan Pas

Majlis Bandaraya Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Ampang Jaya dan Selayang terpaksa menampung kos hampir RM 1juta ringgit setahun sejak tahun lalu berikutan keputusan Kerajaan Negeri memberi elaun pejabat, gaji kakitangan dan kos utiliti untuk setiap Ahli majlis MBSA selain elaun bulanan sedia ada.

Menurut kiraan kasar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sahaja terpaksa memperuntukan sebanyak RM 82, 884.50 sebulan untuk menampung kos overhead dan Elaun untuk 25 ahli Majlisnya.

Sebelum ini PBT hanya membayar elaun bulanan sebanyak RM 500 sebulan kepada ahli majlisnya.

MBSA memperuntukkan 2, 415.38 untuk pejabat setiap ahli majlis dan RM 500 elaun mereka serta minimum RM 150 sebulan (elaun setiap kali mesyuarat). Manakala MBPJ, MP Klang, MPAJ dan MP Selayang memperuntukkan RM 2, 500.00 untuk pejabat setiap ahli majlisnya sebulan.

Hampir 95% ahli Majlis merupakan orang kuat DAP, PKR dan Pas di kawasan tersebut. Lebih mengejutkan sebahagian besar turut menjadikan pejabat Ahli Majlis sebagai pejabat politik mereka.

Ini bermakna Majlis-Majlis Perbandaran ini membayar kos sewa pejabat untuk kegiatan politik mereka.

Kos pengurusan ahli Majlis meningkat namun pengurusan masalah rakyat tidak banyak berubah.

Orang ramai tertanya-tanya apa perlunya ahli Majlis mempunyai pejabat sendiri sedangkan mereka ini bukanlah pekerja sepenuh masa Majlis. Ahli Majlis sepatutnya dilantik di kalangan mereka yang telah memberi sumbangan besar kepada komuniti dan yang mempunyai pencapaian tertentu dalam kerjaya.

Tujuan ahli Majlis ialah untuk membantu Majlis Perbandaran bukannya bekerja untuk majlis perbandaran.

Ditambah lagi sekarang ini, banyak aduan dan pandangan dikemukakan terus secara dalam talian (online), kita tertanya-tanya apa relevannya pemberian peruntukan sewa pejabat ini?

Ini tidak lain bertujuan untuk menampung kos-kos pejabat urusan kerja parti PKR, Pas dan DAP di Selangor.

Dianggarkan PBT di seluruh Selangor membelanjakan hampir RM 8 juta setahun untuk pengurusan Ahli Majlis. Semua ini digunakan untuk melancarakan jentera parti mereka.

Ahli majlis sepatutnya menyumbang kepada kemajuan PBT, malangnya mereka hari ini menyedut lagi kewangan PBT.

Rabu, Jun 10, 2009

AnWAR BELUM PUTUS ASA DENGAN PAS

1. Husam masih tak puashati dengan kekalahan beliau tempohari. Kata-kata bahawa beliau menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka hanya manis mulut sahaja. W/pun kalah dengan majoriti yang besar, payah untuk Husam menerima kekalahan, tambahan pula dinyanyikan oleh AnWAR bahawa Husam memang boleh menang!

2. 7hb malam, di salah sebuah hotel 'berbintang banyak', Husam mengadakan pertemuan dengan penyokongnya dari lewat malam hingga awal pagi. Perbincangan berkisar cadangan Presiden PAS tentang "kerajaan perpaduan". Husam secara terbuka dan terang mengatakan bahawa cadangan itu mesti dihalang!

3. Dengan bangga Husam menyatakan bahawa YB Ustaz Nasharudin tidak menang kerana mereka masih ada Datuk Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS serta AnWAR yang akan menggerakkan pakatan pembangkang ke arah kemenangan. Husam juga menzahirkan perasaan amarahnya kepada Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din yang disifatkannya sebagai 'lupa diri' setelah diberi tempat dalam PAS.

4. Husam juga melepaskan kemarahannya terhadap Datuk Mustapa Ali, yang disifatkan beliau sebagai 'dalang' di sebalik kemenangan Ustaz Nasha dan golongan ulama'. yang menarik dalam perbincangan tersebut, Husam membawa salam AnWAR dan mengatakan AnWAR tidak merestui kemenangan Ustaz Nasha serta memaklumkan AnWAR berjanji membantu kelompok mereka (Husam) bangkit semula dalam kepimpinan PAS nanti.

5. Entah apa yang di'nyanyi'kan AnWAR kepada Husam sehingga Husam tidak menghormati pimpinan atasan PAS. Jika dahulu, PAS mengatakan UMNO tidak menghormati, malahan mencaci ulama', kini keadaan sebaliknya! Pemimpin PAS sendiri yang menghasut ahlinya agar membenci dan melawan ulama' dalam parti mereka, tentunya dengan hasutan dan percaturan AnWAR yang sentiasa mahu PAS menuruti arahannya.

6. Setelah PAS enggan patuh kepada arahan AnWAR, maka AnWAR tidak punya jalan lain selain menghuru-hara dan melemahkan PAS. Panglimanya dalam PAS, w/pun tumbang, misainya belum mencecah tanah! Kuasa sebagai Exco Kelantan masih berbisa menarik sokongan. Anwar juga akan memainkan isu 'tiada orang Kelantan' dalam AJK PAS Pusat sedangkan PAS telah memerintah Kelantan hampir 20 tahun......

Ini strategi AnWAR. Beliau pasti akan 'all out' di Manek Urai nanti bagi mengambil hati orang PAS di Kelantan. Apabila AnWAR kembali diterima oleh penyokong PAS, maka beliau akan berusaha kembali 'menguasai' PAS biarpun terpaksa berhadapan dengan golongan ulama' yang lebih mantap di masa hadapan.......

Jumaat, Jun 05, 2009

PAS Akui UMNO Banyak Kelebihan


Terbukti bahawa apa yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai tunjang kerajaan diakui sendiri oleh PAS yang selama ini banyak menimbulkan fitnah, provokasi dan manipulasi terhadap UMNO/BN.
Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa semalam dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50 melihat bahawa ada kebaikan dalam kerajaan sekarang ini sesungguhnya mengakui realiti sebenar apa yang berlaku dalam negara.
Lantaran itu, tidak hairanlah sekiranya para pemimpin tertinggi dalam parti pembangkang tersebut meminta pemimpin dan ahli PAS melihat kekuatan serta kejayaan UMNO/BN.
Difahamkan Nasharudin menyatakan bahawa PAS perlu meminggirkan kekurangan dan kelemahan pimpinan UMNO dan BN yang baru sebaliknya perlu melihat kekuatan kerajaan sekarang menguruskan ekonomi dan polisi
Malah dilaporkan juga dalam sidang media selepas perasmian itu, Nasharudin sekali lagi menjelaskan bahawa UMNO memang lemah tetapi ada kekuatan lain yang perlu ditandingi oleh PAS.
Apa yang pasti, PAS dikatakan melihat perkara itu dari dua aspek yang berbeza iaitu UMNO lemah tetapi ada kelebihan.
Justeru, mengambil daripada apa yang telah diucapkan jelas membuktikan bahawa PAS sendiri sebenarnya mengakui apa yang dilakaukan oleh UMNO/BN dan Kerajaan khususnya dalam menangani isu-isu global termasuklah ekonomi dan polisi antarabangsa adalah sesuatu yang betul.
Namun demikian, lantaran kedudukan mereka sebagai pembangkang, PAS enggan mengakuinya secara terbuka sebaliknya hanya berani menyuaran di dalam persidangan mereka sendiri dengan khalayak yang juga hanya di kalangan mereka.
Mungkin juga PAS malu untuk menerima hakikat atas apa yang berlaku dalam negara apatah lagi mereka adalah antara parti pembangkang utama yang banyak menyelar langkah kerajaan selain memanipulasikan setiap apa yang diwujudkan oleh UMNO/BN sendiri.
Apa yang pasti, pengakuan Nasharudin itu sendiri telah menggambarkan bahawa PAS sendiri sebenarnya tahu dan pasti bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan adalah perkara yang benar dan bukanlah untuk kepentingan mana-mana pihak.
Apatah lagi apabila Nasharudin dan para pemimpin PAS bersama ahli-ahlinya juga turut menerima limpahan nikmat dan kesejahteraan dengan keselesaan sama rata tanpa melihat kepada warna kulit atau perbezaan etnik.
Dengan pengakuan ini juga, terbukti bahawa PAS juga sebenarnya gagal untuk menyangi UMNO/BN biarpun bersekongkol dengan parti-parti lain yang berlainan idealogi dan matlamat perjuangan.
Malahan, dengan kata-kata ini juga menjadi satu bukti bahawa UMNO tetap kukuh dan teguh, tidak lemah bersandarkan kepada pelbagai perubahan yang dapat memberi suntikan kepada ahli-ahli dan rakyat keseluruhan.