Jumaat, Februari 06, 2009

Nizar 'ceroboh' pejabat



Tepat jam 9.50, Datuk Seri Nizar Jamaluddin memasuki perkarangan bangunan Darul Ridzuan yang menempatkan pejabat Menteri Besar Perak. Beliau yang diiringi oleh semua 'barisan exconya' mendapati pejabatnya telah pun dikosongkan.
Nizar kemudian mengadakan sidang media dengan menegaskan "saya masih Menteri Besar". Beliau juga menjelaskan, tindakannya enggan meletakkan jawatan bukanlah perbuatan derhaka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang menitahkan beliau dan barisan exconya meletakkan jawatan.
Sebaliknya sembah derhaka yang beliau ungkapkan hanyalah ungkapan sesuai dengan 'bahasa Istana'. Sedang sidang media berlangsung, Setiausaha Kerajaan Negeri memasuki ruangan pejabat Menteri Besar meminta semua wartawan beredar dan sidang media dihentikan.
Setelah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, kira-kira jam 10.40, Nizar kelihatan keluar meninggalkan bangunan Darul Ridzuan menaiki kenderaan rasmi Menteri Besar.

Tiada ulasan: