Jumaat, Ogos 26, 2011

Tolak ketaksuban jatuhkan bangsa

Bangsa di negara ini perlu mengutamakan perpaduan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan ketaksuban hingga menjatuhkan hak-hak bangsa sewajarnya ditolak.

:Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, masyarakat Melayu Islam yang majoriti terlebih dahulu perlu bersatu atas dasar Islam dengan berpegang teguh kepada akidah yang benar.

Menurutnya, kumpulan ulama Umno kini, sedang memberi fokus terhadap penerapan dakwah ilmu yang mana dilihat adalah sebagai tarbiah yang perlu diberi keutamaan.

Mengulas pertanyaan salah seorang peserta mengenai tempoh masa diperlukan untuk mentarbiahkan ahli Umno, katanya, bagi melaksanakan perkara itu, beberapa perkara penting perlu diperhalusi.

“Dalam dakwah ada keutamaan perlu kita berikan. Pada hari ini kita ambil remeh dan memandang enteng terhadap isu syahadah, pengesaan kepada ALLAH dan persaksian bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh ALLAH.

“Hasil remeh isu itu, beri kesan kepada praktik amalan itu sendiri. Bila mereka bercakap soal politik, mereka bercakap dengan penuh kepentingan. Bertakwalah,” katanya sambil memberitahu soal masa dan tempoh Umno berubah, semua pihak harus bersabar.

“Saya rasa kita hari ini asyik memikir kan soal sampai bila tetapi apa sumbangan kita? Kita asyik nak doakan keburukan, sepatutnya mendoakan kebaikan pemerintah untuk dirasai oleh semua rakyat,

Fathul Bari berkata, menerusi kumpulan ulama Umno kini, beberapa perancangan telah dibuat dan ada di antaranya sudah diluluskan.

Menyentuh peranan ulama dalam Umno, katanya, diketahui sekian lama Umno tidak pernah ada satu badan tertentu yang khusus untuk bawa ulama atau ketengahkan kumpulan ini dalam parti. Yang ada cuma biro agama yang bertugas untuk menggerakkan program keagamaan.

“Pada hari ini, manusia berubah gopoh untuk mencari populariti, glamor dan kerusi politik. Kita lihat satu generasi keadaan yang berbeza kini, maka untuk itu perlukan kesabaran,

Menurutnya, fenomena politik kini dilihat bergelut dengan kepentingan masing-masing sehingga ada beberapa fakta yang sepatutnya disampaikan tetapi berlaku sebaliknya.

“Oleh itu, adalah tanggungjawab penyiaran media untuk menyebarkan tanpa dipetik sebahagian dan sebahagiannya tidak,

Fathul Bari, ditemui selepas wacana, menjelaskan semula yang dimaksudkan beliau dengan dakwah ilmu tersebut meliputi program cintai ilmu, program ulama dan kelas ilmu yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

kehadiran kumpulan ulama itu adalah untuk membantu Umno.

“Kita (ulama) berada di sini untuk membantu Umno bagi selesaikan permasalahan dan hendak saya jelaskan, bahawa kita dahulukan Islam dalam apa jua perkara untuk bantu Islam. Kita kembali ke dasar ilmu dan mulakan dakwah melaluinya,” katanya sambil memberitahu orang beriman itu bersaudara.

“Pemerintah, ulama dan rakyat berperanan untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk menyatukan umat Islam atas akidah yang benar dan jangan berpecah belah,