Isnin, April 06, 2009

PM Buktikan Berubah Sebelum Diubah

Kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak membuat perubahan drastik membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang yang hanya pandai berkata-kata sebaliknya melaksanakan dengan tindakan segera untuk kepentingan bersama.

Langkah yang dibuat iaitu membebaskan 13 tahanan ISA, termasuk dua pemimpin Hindraf dan lapan anggota Darul Islamiyah di samping menarik semula larangan penerbitan sementara dua akhbar rasmi pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan di samping mengkaji semula ISA secara seriuas dan segera.

Dengan ini jelas bahawa Datuk Sri Najib membuktikan bahawa perubahan yang diucapkan sebelum ini bukanlah sekadar janji kosong semata-mata malahan ia dibuat dengan langkah segera kerana ia memberi kesan kepada masyarakat khususnya.

Langkah ini juga dilihat tepat pada masanya sebagai langkah mengukuhkan keyakinan rakyat berkaitan soal keselamatan dan mengembalikan keutamaan untuk menangani ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah.

Dalam aspek yang lain pula, langkah tersebut juga akan menjadi panduan dan tauladan kepada rakyat khususnya tahanan ISA yang dibebaskan agar perkara sama tidak berulang.

Secara tidak langsung, Perdana Menteri turut mengajak seluruh warga untuk bersama-sama melaksanakan satu trasformasi besar untuk Negara atas semangat ‘satu Malaysia’ iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Satu Impian, Satu Malaysia, Pilihlah BN!!!

Tiada ulasan: