Selasa, Ogos 12, 2008

PKR Gadai Keistimewaan Melayu


Cadangan agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka pengambilan pelajarnya di kalangan bukan bumiputera dan pelajar asing disifatkan sebagai satu lagi cubaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggadaikan keistimewaan yang telah diberikan kepada kaum Melayu dan bumiputera.


Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, cadangan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu juga menunjukkan pemimpin parti pembangkang tidak sensitif dan tidak menghormati apa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan.


Menurutnya, tindakan itu membuktikan pemimpin terlibat telah memungkiri janji yang dibuat sebelum ini iaitu untuk memperjuangkan nasib dan membantu orang Melayu.


“Inilah (orang) yang dikatakan mahu membantu orang Melayu, mahu memperjuangkan orang Melayu... kalau boleh mahu bahagi-bahagikan semua yang ada.


“PKR sebenarnya bukan parti Melayu tetapi parti berbilang kaum. Pemimpinnya tidak ada hak memperjuangkan orang Melayu.


“Sebab itulah dia membuat cadangan ini dan berita ini pasti akan menggembirakan orang Melayu yang telah mengundi mereka... terimalah hadiah ini,” kata beliau secara sinis kepada pemberita sebelum menutup Fiesta Insan Istimewa 2008 di sini petang ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Khalid yang mencadangkan sepuluh peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada pelajar bukan bumiputera dan penuntut asing.


Apa lagi yang nak dikorbankan selepas ini?

Kenapa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim begitu teruja untuk memberikan 10% jumlah kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada kaum bukan Bumiputera?

Janganlah sampai begitu sekali ingin mengambil hati kaum lain sampai mengetepikan dan menganak-tirikan bangsa sendiri.

Janganlah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Lebih mementingkan kepentingan kaum lain dari kaum sendiri sedangkan di dalam Forbes 10 orang terkaya di Malaysia pun 8 orang dari kaum Cina, satu dari Melayu dan satu dari India.

Kenapa nak lebihkan kaum lain terutamanya kaum yang dari senarai tersebut mempunyai 8 orang terkaya di Malaysia?

Satu lagi, kaum Cina terutamanya begitu bekerjasama walaupun dari parti berlainan, nadanya kelihatan sama saja.

Kenapa pula Melayu tak boleh begitu? Ubahlah perangai, jangan suka mengAli-Babakan, jangan mudah lupa, jangan suka 'cah keting', jangan iri hati, dan pelbagai jenis jangan lagi.

Pantang kutu dicukur, pantang manusia dihinakan.