Rabu, Julai 09, 2008

Anwar Memang Cukup Hebat

Siapakah Anwar Ibrahim? Bagi sesetengah pandangan khususnya penyokong tegarnya, Anwar bukan sahaja pemimpin hebat tetapi cukup alim dan setanding dengan mufti-mufti yang ada di Negara ini malah lebih kurang sedikit dari Nik Aziz.

Hakikatnya Anwar Ibrahim ialah pelakon filem yang mengesahkan perjuangan politik di Malaysia selepas disingkirkan dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri 1998.

Anwar memang cukup hebat orangnya, mengambarkan kepada rakyat negara ini bahawa dialah orang yang paling hebat dalam politik, paling hebat dalam pentadbiran, paling hebat dari segi kepimpinan sehingga kepada perkara yang dikutuk oleh Allah SWT pun beliau sanggup melakukannya berulang kali dalam tahun 1998 dan melakukannya sekali lagi perkara yang sama dalam tahun 2008. Itu yang kita tahu.

Dalam tahun 1998, beliau melakukan perkara yang terkutuk itu ke atas Sukma Dermawan, Dr Anis Munawar dan lain-lain. Sepatutnya beliau dah insaf, bertaubat nasuha bagi membersihkan dirinya dengan tuhan, keluarga dan rakyat negara ini.

Siapakah mangsa beliau kali ini? Jika dulu adik angkatnya Sukma, kini pembantu khas beliau Saiful Bukhari Azlan yang baru tiga bulan sahaja menabur khidmat kepadanya.

Jika dibandingkan dengan Sukma, Saiful tidak kurang kacaknya malah jika gambar kedua-dua mereka digandingkan tidak mustahil ramai akan percaya kalau dikatakan mereka adalah adik beradik.

Hakikatnya setelah Anwar mendapat tahu Saiful membuat laporan polis, Anwar terus ke kedutaan Turki dan di sana beliau menyatakan telah menerima ugutan bunuh ke atas diri dan keluarga.

Jika benar beliau menerima ugutan itu mengapa dia seorang ke kedutaan Turki itu? Kenapa Anwar tidak membawa anak isteri?

Anwar memang hebat. Kehebatannya boleh dilihat menerusi lakonan khususnya ketika membuat kenyataan untuk menangkis apa yang berlaku ke atas dirinya dan seterusnya melencong isu kepada orang lain.

Selepas keluar daripada persembunyian di kedutaan Turki, Anwar buat kenyataan minta kawalan keselamatan ke atas diri dan keluarga pula. Tetapi beliau berani berada di Stadium Melawati di tengah ribuan manusia untuk berceramah. Tidakkah ini bukti Anwar hebat. Memang Anwar hebat…hebat dalam lakonannya.

Anwar juga hebat di mata Amerika Syarikat (AS) dan sebab kehebatannya itulah AS akan bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar dalam apa jua keadaan.

Anwar boleh diibarat anak emas AS kerana segala apa yang berlaku padanya akan beliau adukan kepada AS. Kalau beginilah gayanya, apabila menjadi Perdana Menteri nanti, sudah tentu negara ini dijual atau digadai kepada kuasa besar Amerika Syarikat. Kita berdoa agar Allah SWT melindungi kita bersama tidak kira agama dan bangsa.

Lihatlah apa yang berlaku ke atas Afghanistan, Iraq dan banyak lagi Negara Islam lain bagaimana AS meratah satu persatu. Anwar memang hebat. Malangnya kehebatannya hanya dari sudut lakonan, retorik dan muslihat.

Rabu, Julai 02, 2008

Hak Milik Tanah : Mengapa MB Perak Tidak Mengutamakan Orang Melayu?

Macam ada sesuatu yang tak kena apabila Ir. Datuk Seri Mohd.Nizar ditabalkan sebagai Menteri Besar Perak selepas kemenangan Pakatan Rakyat di negeri Perak. Langkah pertama beliau setelah dilantik sebagai MB Perak adalah samada dipaksa ataupun tidak untuk menerima perlantikan kebanyakkan ahli-ahli Exconya yang terdiri daripada wakil DAP ( 6 orang ), PKR ( 3 orang ) dan Pas ( 1 orang ). Manakala kerusi Speaker DUN negeri Perak pula hendaklah diwakili oleh DAP. Kalau dilihat kepada keputusan pru ke-12 yang lalu, kemenangan Pakatan Rakyat di Perak sebenarnya di dominasi oleh DAP.

Mengikut adat istiadat negeri Perak, Menteri Besar hendaklah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan perlantikannya hendaklah mendapat perkenan baginda Sultan Perak. DAP walaupun kecewa dan tiada pilihan pada awalnya, tetapi setelah satu “ Perjanjian Kinta “ diadakan telah bersetuju untuk menamakan Mohd.Nizar ( Pas ) untuk menjawat jawatan Menteri Besar Perak. Walaupun PKR juga sebenarnya berkelayakan, mengapa mereka diketepikan? Hanya Pakatan Rakyat sahaja yang dapat menjawapnya. Adakah DAP melihat Mohd.Nizar sebagai seorang yang senang di cucuk hidungnya untuk ditarik kemana-mana dalam menjalankan segala agenda-agenda tersembunyi mereka setelah mendapat kuasa. Mungkin sebahagian daripada “ perjanjian “ yang telah dipersetujui membuatkan Mohd.Nizar sebagai MB Perak tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB, sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu. Lihatlah betapa cantiknya barisan ahli-ahli Exco yang disusun oleh DAP.

Jika melihat kepada perkembangan politik di Perak sekarang siapakah yang sebenarnya berkuasa. Menteri Besar atau DAP? Sebagai seorang yang professional, adakah Mohd.Nizar tidak melihat dirinya dan Pas dipergunakan oleh DAP. Adakah disebabkan hendak berkuasa sehingga sanggup mengenepikan perjuangan Islam yang diwar-warkan.

Ini dapat dilihat seawal pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak, pemberian geran kepada beberapa kampung baru ( walaupun dah lama ) dilihat satu tindakan proaktif oleh sebuah kerajaan yang baru dibentuk. Tetapi hakikatnya, siapa yang memperolehi untung yang lebih. Peratusan penduduk kampung baru di Perak mengikut pecahan kaum adalah Cina ( 80% ), Melayu dan India sama-sama berkongsi ( 20% ). Terdapat seramai 60,000 penduduk kampung baru di seluruh negeri Perak. Jika dilihat kepada peratusannya, hanya berapa kerat sahaja orang Melayu yang dapat? Dimanakah rasionalnya memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada lot-lot tanah di “ kampung baru “ berbanding dengan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun ( RKT ) yang mana mengikut peratusan pecahan kaum Melayu adalah ( 44% ), Cina ( 38% ) dan India ( 18% ). Dijangkakan seramai 77,700 penduduk negeri Perak yang menyertai ( RKT ). Adakah cara pemberian status hak milik tanah ini bermotifkan politik?

Walaupun ianya masih lagi diperingkat cadangan dan sedang diperbahaskan di Dewan Undangan Negeri tetapi kelulusannya sudah hampir pasti apabila melihat kepada peratusan wakil Pakatan Rakyat di DUN dan ahli-ahli Exconya. Ini membuktikan ketidaktelusan kerajaan negeri Perak untuk bersikap adil dalam pengagihan status hak milik tanah kepada semua penduduk tanpa mengira kaum dan kawasan tertentu sahaja. Mengapa ( RKT ) tidak diberi status hak milik kekal 999 tahun. Adakah oleh kerana peratusan penduduk di ( RKT ) adalah orang Melayu, maka tidak layak untuk diberikan status hak milik yang sama dengan “ kampung baru “. Sikap pengagihan hak milik tanah secara terpilih hanya memperlihatkan kerajaan negeri mempunyai agenda politik yang tersirat.

Tindakan yang dibuat oleh Mohammad Nizar Jamaludin itu bukan sahaja bercanggah dengan semangat orang Melayu, malah mengenepikan mereka yang sepatutnya turut layak mendapat hak yang sepatutnya. Kenapa hanya “ kampung baru “ sahaja yang layak dan tidak kepada semua penempatan lain termasuk Rancangan Kampung Tersusun (RKT), kampung-kampung Melayu tradisional di pinggir bandar dan kawasan-kawasan lain di negeri Perak. Saya cabar Mohd. Nizar untuk memberikan status hak milik yang sama dengan Kampung Baru iaitu 999 tahun kepada ( RKT ) di kawasan DUN Pasir Panjang yang dimenanginya. Jangan lupa ( RKT ) Kampung Datuk Seri Kamaruddin, ( RKT ) Kampung Pundut, ( RKT ) Lekir, ( RKT ) Kayan, ( RKT ) Teluk Muruh dan lain-lain lagi dikawasan yang berhormat.

Jangan ingat orang Melayu akan duduk diam dan tidak membantah jika kepala mereka dipijak dan hak mereka dinafikan serta diabaikan oleh pemerintah. Sebagai seorang Melayu yang memegang tampuk pemerintahan negeri Perak, sepatutnya Mohd Nizar memberi keutamaan kepada orang Melayu dahulu. Kalau ada penyokong Pakatan Rakyat mengatakan kuasa penentu adalah ditangan Menteri Besar, mengapa Mohd Nizar mengikut telunjuk DAP. Adakah untuk menjaga hati DAP sehingga sanggup menjadi pengkhianat kepada orang Melayu di Perak. Mengapa baru tak sampai empat bulan memerintah, agenda “ hak milik tanah “ menjadi keutamaan DAP dan Pakatan Rakyat kalau tidak ada udang disebalik batu. Jangan kata rasional memberi hak milik kekal itu dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut peruntukan yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara, tetapi ingat yang anda sedang menghiris perasaan orang Melayu di negeri Perak.

Khamis, Jun 26, 2008

Pakatan Rakyat Selangor Sudah Tidak Sefahaman

Tembelang Pakatan Rakyat kian terbuka. Sungguhpun ketika mengumumkan Tan Sri Khalid Ibraghim sebagai Menteri Besar kita dihidangi dengan pelbagai dakwaan tentang kejayaan dan kehebatan beliau sebagai tokoh korporat terkemuka, namun ia tidak seindah yang dijaja.

Akhirnya realiti mula muncul mengganti segala ilusi ciptaan "spin master" politik Parti Keadilan Rakyat. Daripada kegagalan untuk mengurangkan cukai pintu sebanyak 20% seperti yang dijanjikan sehinggalah kepada isu ketelusan yang menjadi modal politik mereka tidak dilaksanakan.

Selepas 100 hari yang diuar-uarkan sebagai tempoh mematangkan kerajaan baru, Tan Sri Khalid meminta tempoh lagi. Semalam beliau meminta sehingga bulan Ogos ini untuk mencari jalan mengatasi masalah curi pasir. Buat masa ini hanya pemantauan akan dibuat. Soalnya, jika sudah tahu pencuri pasir tangkap sahajalah.

Masalah dalaman Pakatan Rakyat juga kian meruncing. Janji-janji untuk melantik bukan ahli politik sebagai ahli majlis PBT tidak ditunaikan. Hampir 75% ahli majlisbaru merupakan dari kalangan pemimpin politik. Malah wakil-wakil badan bukan kerajaan juga dilantik dari kalangan mereka yang mempunyai simpati politik terhadap Pakatan Rakyat.

Semalam kira-kira 200 orang penyokong PKR yang diketuai oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Besar membuat demontrasi meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim memecat Tan Sri Khalid Ibrahim. Apakah yang berlaku sebenarnya dalam pentadbiran kerajaan negeri hari ini?

Tan Sri Khalid juga mengumumkan kejayaan beliau menarik pelaburan RM10 bilion ke Selangor. Namun kita tidak dengar atau nampak satu pun projek pelaburan baru diumumkan. Benarkah beliau berjaya menarik RM 10 bilion pelaburan asing atau sekadar "jual minyak tepi jalan" sahaja?

Sudah masanya, Tan Sri Khalid membuat lebih banyak kerja bukannya bercakap terlalu banyak.

Selasa, Jun 17, 2008

Agenda Yahudi & Nasrani Melalui IFC

Orang-orang Yang Menhancurkan Islam




Akhirnya gerakan anti Islam telah berjaya menyusup masuk merosakkan parti PAS dan PKR. Perhimpunan 10 November jelas didalangi oleh INTERFAITH COMMISSION (IFC) sebuah gerakan anti Islam di negara ini.
1. IFC Dulu dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC). Mereka menuntut supaya ia dijadikan sebuah badan berkanun yang ada KUASA mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) jika didesak oleh agama lain.
2. Ia mirip sebuah mahkamah dan SUHAKAM yang melayan segala aduan dan keputusannya adalah muktamad
3. Penganjur penubuhannya ialah Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism melalui memorandum kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001 di bawah pimpinan V Harcharan Singh.
4. Pada 8 Disember telah diadakan satu “Festival of Rights” dengan tema “Kebebasan Beragama”. Pada 10 Disember 2001 Majlis Peguam menganjurkan forum “Kebebsan Beragama” dan menerbitkan artikel dalam jurnal Insaf.
5. 17 Mac 2003 bengkel mengenai keperluan kewujudannya telah diadakan. Kewujudannya gagal apabila persatuan dan NGO Islam serta beberapa pemimpin Islam menarik diri.
6. Januari 2005 deraf undang penubuhan dikemukakan dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh yayasan Kristian iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).
MATLAMAT
7. Meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam.
TUNTUTAN IFC
i. Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam;
ii. Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang;
iii. kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil;
iv. Perkataan ”Islam” tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang Muslim;
v. Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil tindakan undang-undang;
vi. Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak Penjagaan Anak;
vii. Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarganya yang telah mati dalam Islam;
viii. Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa untuk orang Islam;
ix. Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkaaan-perkataan suciIslam;
x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan pengedarannya kepada umum secara terbuka;
Ini adalah beberapa tuntutan yang dibuat oleh IFC.
IMPLIKASINYA
1. Ia akan membuka ruang Menjadikan undang-undang Allah tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia;
2. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja seperti murtad;
3. IFC bebas dan berhak menentukan status agama orang Islam;
NGO-NGO YANG TERLIBAT ( MAJORITI NGO ADALAH AHLI DAN PENYOKONG KUAT IFC )
Aliran Kesedaran Rakyat (ALIRAN)
All-Women’s Action Society (AWAM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Centre for Independent Journalism (CIJ)
Citizens’ Health Initiative
Civil Rights Committee, KLSCAH
Community Action Network
ERA Consumer Malaysia (ERACON)
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
Group of Concerned Citizens (GCC)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Labour Resource Centre (LRC)
Malaysia Trade Unions Congress (MTUC)
Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA)
Malaysian Voters Union (MALVU)
National Human Rights Society (HAKAM)
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Pusat Janadaya (EMPOWER)
Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
Research for Social Advancement (REFSA)
Sarawak National Party (SNAP)
Save Ourselves (SOS Penang)
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Tamil Foundation
Unit Pemikiran Politik, IKD
Women’s Development Collective (WDC)
Writers Alliance for Media Independence (WAMI)

Tuntutan Pertama IFC Berjaya Di Selangor

Sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini diantara tuntutan-tuntutan Interfaith Commission ( IFC ) ada menyatakan bahawa “ Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid-masjid .“ Dan pada 9 Jun 2008 yang lepas, tuntutan IFC ini telah berjaya dan akan dilaksanakan di Negeri Selangor.

IFC ( Interfaith Commission ) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain.

Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Pakatan Rakyat ( PR ) negeri Selangor yang terdiri daripada PKR,DAP dan Pas telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan menghadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu (Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat)

Xavier ketika mula mula angkat sumpah jadi YB di Selangor menjanjikan tapak yang lebih luas berbanding sekarang ini iaitu 0.4 hektar sahaja. Xavier turut berjanji menambah peruntukan tahunan sejumlah RM3 juta kepada rumah ibadat bukan Islam. Bukankah perkara ini ada didalam salah satu daripada tuntutan IFC ? Di Selangor jumlah penduduk Islam adalah lebih kurang 4 juta orang dengan jumlah masjidnya adalah sebanyak 380 buah. Manakala penduduk yang beragama Hindu ialah berjumlah 700,000 orang dengan jumlah kuilnya sebanyak 1,000 buah. Apakah pula pendirian orang orang Melayu dalam PAS dan PKR tentang perkara ini ?

Biarpun Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim seorang yang beragama Islam tetapi dia tidak mempunyai kuasa apa-apa untuk menegur atau menghalang tindakan Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu. Sebaliknya keputusan yang diambil ditentukan oleh barisan Exco negeri itu sendiri. Siapakah MB sebenarnya ? Sama juga dengan kes beliau meluluskan ladang mega ternakan babi di Sepang, Selangor. Adakah jawatan Menteri Besar semata-mata sebagai “ Pak Turut “ dengan mengikuti segala kehendak DAP tanpa ada hak untuk mempertikaikannya?.

Mereka juga menuntut supaya keluasan sesuatu rumah ibadat bukan Islam hanya ditentukan oleh kerajaan negeri dengan melalui pihak berkuasa tempatan. Sebab itulah Ronnie Liu juga mencadangkan agar diadakan pilihanraya di peringkat PBT.

Apakah Anwar Ibrahim yang menjadi Penasihat kepada pakatan Pakatan Rakyat tidak dirujuk tentang cadangan Xavier ini ? Kalau Anwar Ibrahim tahu sekalipun apakah Anwar akan menegur Xavier dan Ronnie Liu agar jangan berbuat sedemikian. Atau Anwar lebih percaya kepada Guan Eng berbanding Khalid Ibrahim ? Sama juga dengan sikap tidak ambil peduli Anwar Ibrahim ketika menghadiri satu jamuan makan malam sempena menyambut hari Krismas di sebuah restoran di Bandar Di Raja Kelang hujung tahun lalu. Ketika Irene Fernandes mempertikaikan kenapa pihak Gereja Katolik tidak boleh menggunakan perkataan “ Allah “ dan bahasa Malaysia didalam buletin dan bible mereka, Anwar Ibrahim cuma buat-buat tak tahu sahaja seolah-olah tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Irene Fernandes. Sebagai seorang Islam, penulis tak tahu mana nak letak muka jika Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin melayu Islam boleh bersikap sedemikian.

Baru-baru ini dikhabarkan, Dr Dzulkefly ( Ahli Parlimen Kuala Selangor ) juga telah membaca ayat Al Quran di sebuah gereja di Selangor. Dr Dzulkefly menyatakan bahawa Islam memelihara hak semua orang tanpa mengira kaum. Hassan Ali nyatakan Islam Hadhari diharamkan di Selangor. Manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap di sebuah gereja di Shah Alam menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut untuk menggunakan terjemahan “ Allah “ untuk merujuk kepada kalimah “ God “ dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan “ Allah “ hanya terjemahan kepada perkataan “ God “. Beliau juga mendakwa pihak gereja di Negara Arab juga menggunakan perkataan “ Allah “.

Apakah pula pendirian Hassan Ali, Dr Dzulkefly dan Khalid Samad sebagai mewakili Pas dengan keputusan Xavier ini ? Kelu tak berkata-kata. Inilah padahnya membiarkan Pakatan Rakyat memerintah Selangor, selepas membuat kandang babi di Sepang, mereka membenarkan pula agenda IFC dilaksanakan di Selangor. Mana yang lebih utama, antara haramkan Islam Hadhari dan membiarkan rumah ibadat orang bukan Islam tersergam indah dan besar ketinggiannya di negeri Selangor ? Belum sampai 100 hari perintah Selangor sudah berbagai-bagai perkara dibuatnya. Esok lusa entah apa lagi yang akan diminta. Jangan terkejut selepas sebuah gereja yang besar akan dibangunkan di Putrajaya . Sama-samalah kita tunggu dan lihat? Menang sorak, kampung tergadai. Siapa pengkhianat bangsa dan ugama.

Jumaat, Jun 13, 2008

Siapa Sebenarnya Karpal Singh Dan Mengapa Anwar Ibrahim Menpertahankannya.

DAP apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, Perak dan Selangor dengan pertolongan Pas dan PKR dalam PRU ke-12 yang lalu, mereka telah mula menunjukkan belang mereka bilamana pengerusinya Karpal Singh telah berani dengan angkuhnya mencabar titah Sultan Perak dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sultan tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk di Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Sehingga kini masih lagi dengan keputusannya tidak mahu memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Perak dan juga Agong walaupun didesak oleh ramai pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk membuat lapuran polis, Karpal Singh masih tetap dengan pendiriannya mengatakan dia tidak bersalah.

Tun Dr. Mahathir pernah menggambarkan Karpal Singh sebagai ahli politik yang licik dan merbahaya dan saya fikir amat wajar memandang serius kenyataan yang keras tersebut kerana ianya datang daripada seorang pemimpin yang terkenal dengan daya pemikiran yang hebat dan sentiasa berfikiran jauh ke hadapan. Sebab itu sampai sekarang Karpal Singh masih berdendam dengan Tun Dr. Mahathir dan terbaru Karpal Singh telah membuat lapuran polis terhadap Tun Dr. Mahathir berikutan kes perlantikan hakim. Karpal Singh memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana. Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.

Isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu sengaja yang dimainkan oleh DAP dan Karpal Singh khususnya demi kepentingan politik mereka. Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas. Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya,ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.

Apa yang tersirat sebenarnya adalah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikkan semula nilai penghakiman tersebut. Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya.

PAS yang terperangkap dengan isu dan fakta ini terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui. Sebab itu manifesto Pas 2008 tiada menyebut langsung dengan penubuhan Negara Islam. Mereka takut dengan DAP dari Allah Taala. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh ( dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang ) adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur. Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk. Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.

Pelik tapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar tetapi hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk dipercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut. Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada udang di sebalik batu “? Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks. Atau adakah disebabkan dendam Karpal Singh terhadap Tun Dr. Mahathir pada masa itu?

Saya berpendapat Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana beliau tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini. Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti. Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.

Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya. Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya. Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, saya yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS.

Karpal bijak mengatur strategi politiknya dengan baik dan hebat sehingga sampai ke hari ini dia tidak begitu menonjolkan sikapnya yang sebenar sebagai seorang anti Melayu dan anti Islam. Sememangnya percaturan politiknya sukar dibaca dan hebat kerana berjaya memperbodohkan ramai pemimpin Melayu Islam dari PAS dan PKR!! Karpal Singh sedar bahawa dia tidak boleh memecahbelahkan orang Melayu tanpa menggunakan orang Melayu sendiri. Jadi, dia berjaya menggunakan isu Anwar dengan baik untuk memecahkan perpaduan orang Melayu seterusnya melemahkan Islam di Malaysia. Karpal sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang berwibawa dan berpandangan jauh seperti Tun Dr Mahathir. Pada masa itu, dia juga tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri kerana dia adalah seorang Melayu Islam. Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat. Terbaru DAP menggunakan Hindraf untuk menekan kerajaan BN. Ramai pemimpin Hindraf adalah ahli DAP dan Anwar sendiri menyokong Hindraf.

Alasannya cukup mudah dan hebat!! Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks. Saya yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.

Tetapi Karpal ini sebenarnya bukan seorang yang amanah dan jujur, dia lebih mementing kepentingan politik dan tidak kisah sekiranya hilang kelayakan professional sebagai seorang peguam. Lebih besar faedahnya, jika dia berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuknya dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal. Anwar yang sememangnya gilakan populariti pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia. Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada Karpal Singh dan DAP. Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan. Tidak hairanlah kenapa Anwar Ibrahim begitu mempertahankan Karpal Singh dalam kes biadapnya di negeri Perak.

Masih Sayangkah Pas Pada Pakatan Rakyat

Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan penubuhan negara Islam Pas. Pas sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan PKR dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar. Merasa tidak bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC, tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR semuanya menjadi “ halal “. Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka haramkan sebelum ini. Bagi Pas, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR adalah terlalu baik bagi mereka.

Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata perumpamaan yang tepat digunakan untuk Pas ketika ini. Adakah Pas sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian dikalangan ahli penyokong Pas itu sendiri. Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan Pas kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam Pas. Adakah arahan dari Presiden Pas, Ustaz Abdul Hadi ataupun Tuan Guru Nik Aziz? Bukankah ketaatan kepada pemimpin khususnya kepada Sultan merupakan salah satu ajaran Islam?

Adakah Pas sedar yang Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan Pas kepada ajaran Islam. Adakah Pas sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan orang melayu kepada Sulatan dan Raja-raja mereka. Pada pemikiran Karpal Singh, Pas hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan Pas boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP. Apabila ditegur, Pas akan cepat melenting sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa akhbar atau media massa yang lain cuba memperbesarkan isu Karpal Singh ini. Pas akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala dakwaan dan kenyataan dari pihak media seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah. Contoh yang mudah kita boleh lihat dengan apa yang sudah terjadi di negeri Perak sekarang.

Walau apapun berlaku, Pas akan tetap mempertahankan Karpal Singh dan DAP kerana bagi mereka DAP adalah “ abang besar “. Kalau hitam kata DAP, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah. Memanglah benar PAS hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di tiga negeri lain Pas hanya diibaratkan sebagai “ Pak Turut “, menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP. PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS.

Takutkah PAS kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah Pas pada DAP. Adakah Pas lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T. Dimanakah sinar penubuhan negara Islam Pas yang dilaung-laungkan selama ini. Adakah ulama-ulama Pas lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang. Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut pemimpin-pemimpin Pas daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah beragama Islam. Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Betapa ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada PAS. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi. Kalau dah gila kuasa beginilah jadinya.

Dan menjadi bertambah parah apabila Penasihat PKR, Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau menolak penubuhan negara Islam. Beliau mengumumkan bahawa beliau memilih jalan moderate dimana Pas sebelum ini mengatakan moderate itu adalah sekular iaitu tolak Islam dan tolak ketuanan Melayu ke ketuanan Rakyat. Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia. Sanggupkah Pas bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR. Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita Pas untuk menubuhkan negara Islam Pas. Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR. Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana ketua anda sendiri yang tolak Islam.

Dalam apa jua hal pun, UMNO konsisten dalam memperjuangkan syiar Islam dibumi Malaysia. Cuma Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu menilai dan menghargainya. DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh sejak penubuhannya telah lama menolak Negara Islam. Manakala Anwar selepas bebas untuk membolehkan beliau berpolitik, menukar haluan PKR untuk menolak penubuhan Negara Islam. Jadi dimanakah hala tuju Pas yang sebenarnya? Adakah Pas mahu atau masih setia dengan Pakatan Rakyat? Masih adakah “ esok masih ada “ buat Pas dengan negara Islamnya. Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Dimana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas. Nasihat buat Pas, kembalilah kepangkal jalan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.

Rabu, Jun 11, 2008

SUMPAH MELAYU


KERANA ANWAR IBRAHIM,PAS GADAI PERJUANGAN

KERANA ANWAR IBRAHIM – PAS GADAI PERJUANGAN NEGARA ISLAM MENGALAH PADA DAP –NASIB!!!!!!!!!!!

Kita semua mengakui perjuangan PAS dan ISLAM tidak dapat dipisahkan .... sebab itu namanya PAS. Segala perbuatan, tingkahlaku berkonsepkan ISLAM. Lantaran itulah terbitnya “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM” dan lain-lain kata-kata yang menjurus kepada ISLAM.

Tapi.. itu dulu.... Demi perjuangan politik dan mengikut telunjuk ANWAR IBRAHIM, semuanya tiada lagi kedengaran. Yang ada hanyalah “NEGARA KEBAJIKAN”. Jika PAS sanggup menukarkan launganya dari “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM” kepada “NEGARA KEBAJIKAN”, kemungkinan PAS akan terus melaungkan pelbagai slogan bagi perjuangan politiknya.

Demi mngikut telunjuk ANWAR IBRAHIM, PAS sanggup mengenepikan akidah ISLAM dan bersekongkol dengan DAP yang telah terang dan nyata menolak konsep Negara ISLAM di MALAYSIA.

Kita semua tahu bahawa PAS dan DAP mempunyai pandangan dan pendirian yang amat jelas berbeza. Ianya wujud semenjak penubuhan awal kedau-kedua parti tersebut. Hanya kerana telunjuk ANWAR IBRAHIM, kedua-duanya bagaikan dipukau, bersetuju berada di dalam pakatan itu. Betapa berkuasanya ANWAR IBRAHIM.... kedua-kedua parti sanggup meninggalkan ideology masing-masing kerana menjadi pak turut ANWAR IBRAHIM.

Tetapi... kalau dah perjuangan dan ideology ternyata berbeza, masakan boleh bertahan lama.... Hanya sebulan lebih PAKATAN RAKYAT menubuhkan kerajaan negeri masing-masing, kini segala perbezaan ideology mula menular duri dalam daging dalam Pakatan Rakyat. Ianya bermula dengan suara-suara dari PAS Kelantan yang merasakan PAS sepatutnya menerajui Pakatan Rakyat. Terkejut dengan suara-suara itu, lalu KARPAL SINGH bingkas bangun sambil meminta supaya PAS mengugurkan konsep Negara ISLAMnya. Akibatnya, PAS Kelantan dan Kedah telah bersatu hati menyuruh KARPAL SINGH yang tidak mempunyai pengetahuan tentang ISLAM dari terus bercakap mengenainya.

Di manakah saudara ANWAR IBRAHIM ketika PAS dan DAP berada dikemelut ini. PAS tak pernah serik dengan sikap DAP yang menentang konsep Negara ISLAMnya. DAP bukan calang-calang parti parti yang mampu ditundukkan oleh PAS. Apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Demi perjuangan politik, PAS sanggup mengambil risiko menggurkan agenda “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM” kepada “NEGARA KEBAJIKAN”. Entah lepas ini apa pula yang akan berlaku....

Yang saya pasti.... Negeri Perak hanya ditadbir oleh 6 EXCO DAP yang telah mencalonkan MB dari Parti PAS sebagai BONEKA. Saya masih ingat bagaimana DAP mahukan seramai mungkin wakil rakyat DAP menjadi EXCO. Apa yang boleh dilakukan oleh MB bila berhadapan dengan 6 EXCO DAP....Turut sajalah keputusan mereka...

Bagi PAS.... Lupakan lah konsep Negara Islam mu itu. Jika kau masih mengikut telunjuk ANWAR IBRAHIM, tunggulah saat kemusnahan PAS. Apabila ANWAR IBRAHIM memerintah MALAYSIA kelak...masa itu barulah PAS tahu tinggi rendahnya langit. Masa itu, barulah PAS akan dapat melihat wajah sebenar ANWAR IBRAHIM disebalik topengnya itu. Selamat jalan “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”. ANWAR IBRAHIM telah Berjaya mempermainkan PAS di siang hari tanpa disedari oleh PAS... Kesian PAS.....Tersenyum lebar ANWAR IBRAHIM DAN DAP.... Harap semua ahli /penyokong PAS sedarlah sokongan kamu hanya untuk ANWAR IBRAHIM agen Yahudi yang licik.

AKU BAKAL PM...Peduli apa aku dengan Negara ISLAM

Insan Terluka

Sabtu, Jun 07, 2008

PERKAUMAN SEBAGAI MODAL

Adalah agak menghairankan apabila orang seperti Param Cumaraswamy menuduh orang lain bersifat perkauman kata-kata mereka mendedahkan sifat perkauman mereka sendiri. Bagi mereka, seseorang itu “racist” (bersifat perkauman) cuma apabila bercakap mengenai bangsa Melayu dan keperluan mereka untuk berusaha mengejar pencapaian bangsa lain.

Tetapi, jika mereka bercakap mengenai masalah kaum lain yang tidak berasas dan tidak benar seperti membuat kenyataan karut bahawa kaum India Tamil di Malaysia menghadapi “penghapusan etnik” yang masyarakat tahu ianya tidak terjadi, ini tidak dianggap bersifat perkauman.Cuma di Malaysia sahaja orang daripada kaum pendatang, atas kehendak mereka sendiri dikenali dan dikaitkan dengan negara asal mereka, telah diterima sebagai warga negara.Di negara-negara lain, termasuklah di negara Barat yang demokrasi mereka begitu dikagumi, warga negaranya tidak dikaitkan mahupun diklasifikasikan mengikut negara asal mereka.

Mereka juga selalu menggunakan bahasa kebangsaan, negara berkenaan, bersekolah dimana bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar dan menerima adat resam bangsa pribumi ataupun bangsa yang mula-mula menubuhkan negara itu (apabila bangsa pribumi telah dihapuskan secara terancang).Tetapi di Malaysia walaupun bahasa kebangsaan adalah bahasa pribumi, ramai rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur bahasa tersebut, malahan secara lazimnya tidak menggunakan bahasa itu di rumah mahupun dengan rakyat Malaysia yang lain. Apabila orang asing bercakap dalam Bahasa Malaysia mereka akan menjawab dalam Bahasa Inggeris. Orang asing tidak mengerti mengapa mereka kelihatan merendah-rendahkan bahasa kebangsaan mereka sendiri. Di dalam masa yang sama mereka ini menyoal mengapa tiada Bangsa Malaysia.Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa negara asal mereka bukan sahaja dibenarkan malahan dibiayai oleh Kerajaan. Cuba cari sekolah sebegini di Asia Tenggara ataupun di negara-negara maju yang dianggap liberal dan didakwa tidak berlaku diskriminasi kaum.

Sebenarnya terdapat lebih ramai orang keturunan India di United Kingdom daripada di Malaysia. Tetapi tidak ada sebuah sekolah pun yang mengguna bahasa-bahasa India sebagai bahasa pengantar di United Kingdom.Orang seperti Param tidak akan nampak semua ini. Sebaliknya dia melihat sebarang usaha untuk meningkatkan keupayaan rakyat pribumi supaya setanding dengan rakyat bukan pribumi sebagai bersifat perkauman. Dengan bongkak dia seolah-olah mahu melihat rakyat pribumi semuanya mengemis didalam negara mereka sendiri.Saya mengaku saya bercakap mengenai Ketuanan Melayu semasa di Johor. Sebelum itu, cendekiawan-cendekiawan Melayu telah begitu lama bercakap mengenainya. Tidak pernah ada pandangan bahawa mereka itu bersifat perkauman ataupun ada cadangan supaya mereka ditahan dibawah Akta Dalam Negeri (ISA – Internal Security Act).

Saya bercakap mengenai isu itu secara kritis kerana saya menganggap mendakwa diri kita sebagai tuan bila kita bukan tuan adalah aneh. Bagaimanakah boleh seorang pemandu Melayu yang memandu kereta kepunyaan orang lain menganggap dirinya “Tuan” dan pemilik kereta itu berkedudukan lebih rendah daripada dirinya? “Tuan” yang sebenarnya adalah pemilik kereta dan orang yang membayar gajinya.Di dalam ucapan saya, saya menasihatkan orang Melayu supaya menimba ilmu dan kemahiran supaya boleh digunakan untuk mencari kekayaan bagi diri mereka kerana cuma dengan cara demikian sahaja mereka akan dianggap “Tuan” oleh orang suruhan dan pekerja mereka.Adakah ini hasutan ataupun menghasut? Adakah membicarakan mengenai bangsa Melayu dan kepentingan mereka menjadi satu hasutan?Sebaliknya, cuba kita teliti memorandum Hindraf kepada pihak British. Ramai termasuk kaum India tidak membacanya. Untuk mendapatkan sokongan kaum India Tamil, Hindraf mendesak pihak British supaya membayar gantirugi 1 juta pound sterling (lebih kurang RM 7 juta) kepada setiap orang kaum India Tamil yang terdapat di Malaysia. Ini sudah pasti berupaya mempengaruhi bukan sahaja mereka yang berpendapatan rendah tetapi juga golongan pertengahan dari keturunan Tamil India.

Sudah pasti golongan pekerja kaum India terpengaruh.Terdapat juga didalam memorandum Hindraf sedutan-sedutan seperti berikut yang jelas bersifat perkauman:
1) “Kaum India Komanwel yang merupakan rakyat yang mencintai keamanan di Malaysia ditindas oleh Kerajaan yang didokong oleh pengganas bersenjata kelompok ekstremis Islam telah dengan ganasnya melancarkan satu serangan bersenjata sebelum subuh dan memusnahkan Tokong Hindu Mariamman di Kampung Jawa pada pukul 4 pagi ini (15.11.07)”.
2) “Memohon kepada United Kingdom untuk membentangkan satu resolusi tergempar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk “Penghapusan Etnik” di Malaysia”.Saya tidak mahu menambah lagi lain-lain kenyataan yang begitu mengapi-ngapikan perasaan perkauman yang terdapat didalam memorandum Hindraf tersebut. Walau bagaimanapun, saya ingin menyebut mengenai ugutan yang dibuat oleh Hindraf didalam kesimpulannya;“Kami risau kaum India berketurunan Tamil yang cintakan keamanan setelah dipinggirkan dan ditindas, semakin hari semakin teruk, akan pada satu ketika, secara terpaksa mengambil langkah keganasan sebagaimana yang terjadi kepada kaum Tamil di Sri Lanka.”Adakah Hindraf bercadang menjadikan Malaysia sebagai Sri Lanka di Asia Tenggara?Saya tidak percaya majoriti orang Tamil di Malaysia bersetuju dengan gambaran yang dibuat oleh Hindraf. Malangnya, seperti orang Melayu, cuma beberapa orang sahaja yang membaca memorandum yang sebenarnya. Jadi mereka menyokong Hindraf secara membuta-tuli.Tetapi jika anda membaca apa yang telah saya nyatakan tidakkah anda akan membuat satu kesimpulan bahawa Hindraf dan Param Cumaraswamy, yang membantah penahanan mereka dibawah ISA bersifat perkauman, terutama di atas kehendaknya supaya saya ditahan dibawah Akta itu kerana menyatakan kepada orang Melayu supaya menyedari yang mereka bukan “Tuan” apabila mereka terpaksa mencuci kasut orang lain. Jika mereka ingin menjadi “Tuan”, mereka mesti menimba ilmu dan kecekapan untuk berjaya didalam kehidupan. Dan apabila mereka berjaya martabat mereka akan meningkat samada mereka dipanggil “Tuan” ataupun tidak.Nampak jelas menurut Param Cumaswamy , bercakap mengenai orang Melayu adalah satu hasutan yang berbau perkauman.Jadi siapa yang bersifat perkauman; Param Cumaraswamy atau Dr Mahathir?Saya tidak akan meminta supaya dia ditahan.Sebagai seorang peguam yang memahami undang-undang, dia perlu menilai dirinya samada dia seorang yang bersifat perkauman dan perlu ditahan atau tidak.

Khamis, Jun 05, 2008

KETUANAN MELAYU DAN KETUANAN RAKYAT

Apakah salah dan hina Ketuanan Melayu sehingga sudah ada suara-suara yang mempertikaikannya? Malah terdapat pemimpin UMNO sendiri sudah berpendapat bahawa UMNO perlu dijenamakan kembali dan ditukar asas perjuangan ini. Hanya kerana kali ini sebahagian besar kaum Cina dan India tidak mengundi Barisan Nasional, maka kita seolah-olah hilang tujuan dan arah.Jika isu ketuanan Melayu yang menjadi masalah kepada orang muda dari kaum Cina dan India, maka kita perlu menerangkan asas mengapa ketuanan Melayu itu menjadi salah satu perjuangan UMNO.

Malahan sebahagian orang muda Melayu sendiri hari ini sudah tidak faham makna ketuanan Melayu.Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini Tuan dan bukan Melayu sebagai Hamba. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu.Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu ia merupakan perjuangan mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu.Hanya kerana generasi hari ini tidak memahami makna dan maksud ketuanan Melayu bukan bermakna ia tidak lagi relevan.

Apakah hanya kerana ia dijadikan isu bagi menunjukkan UMNO ini sebuah parti perkauman, maka kita mahu lari dari tuduhan dengan menukar arah perjuangan kita.Tidak ada salah dengan kenyataan atau laungan mempertahankan Ketuanan Melayu sekiranya kita memberi kefahaman yang tepat kepada orang ramai. Mempertahankan ketuanan Melayu merupakan mempertahankan asas-asas Perlembagaan Negara. Apakah perlembagaan negara merupakan sebuah perlembagaan yang berunsur perkauman?Ketuanan Melayu tidak pernah menindas bangsa lain atau menjadikan bangsa lain sebagai hamba. Selama berpuluh tahun UMNO membawa perjuangan Ketuanan Melayu tidak ada satu bangsa pun yang ditindas atau menjadi hamba.

Saya melihat begitu ramai orang bukan Melayu yang menikmati kemajuan pesat negara, malah dalam banyak keadaan kaum bukan Melayu meraih kek ekonomi yang lebih besar berbanding orang Melayu. Orang Melayu sendiri tidak pernah menganggap dirinya tuan atau mahu dipanggil tuan. Malah orang Melayu juga berusaha keras untuk berjaya di negara iniMasalah kita hari ini, terdapat pemimpin UMNO sendiri tidak memahami erti Ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan. Ada yang merasakan mereka menjadi tuan sehingga lupa maksud asal ketuanan Melayu.

Ketuanan Rakyat Idea Kerajaan Republik?

Bagi memberi tekanan kepada UMNO, ada kumpulan tertentu yang memperkenalkan pula slogan Ketuanan Rakyat. Apakah makna Ketuanan Rakyat ini tiada siapa yang tahu. Jika kita katakan Ketuanan Rakyat ini sebagai menjadikan rakyat sebagai tuan, apakah kita nampak ia dilakukan di negeri-negeri yang diperintah oleh kumpulan ini? Sehingga hari ini kita belum nampak rakyat menjadi tuan di negeri-negeri ini.

Saya melihat Ketuanan Rakyat ini merupakan satu usaha meruntuhkan asas-asas Perlembagaan Malaysia yang kita pertahankan dalam perjuangan Ketuanan Melayu.

Apakah yang ingin diruntuhkan melalui slogan ketuanan rakyat? Pada hemat saya ketuanan rakyat ini akan cuba menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik. Perkara ini boleh berlaku bila mana institusi beraja akan dinafikan atau dicabar haknya dalam isu-isu agama Islam.

Sekarang ini sudah nampak usaha-usaha meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Kuasa sultan-sultan juga sedang dicabar oleh mereka yang tidak pun terbabit dalam pentadbiran negeri dan negara. Mereka juga mendesak kerajaan agar merombak kuasa perlantikan hakim-hakim oleh Majlis Raja-raja Melayu.

Apakah erti segala usaha mencabar segala struktur Perlembagaan ini? Apakah sudah wujud agenda untuk menjadikan negara ini sebagai republik melalui slogan Ketuanan Rakyat? Bukankah idea-idea ini merupakan usaha mencabar kedudukan Raja-raja sebagai custodian agama Islam dan orang Melayu?

Dengan runtuhnya sistem beraja ini, maka kedudukan agama Islam akan hanya setaraf dengan agama lain, hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan juga akan turut terkubur. bersama matinya sistem beraja di negara kita. Begitu juga nasib yang akan menimpa kepada bahasa Melayu. Ini semua akan berlaku dan jadilah negara kita sebagai sebuah negara republik yang tidak mempunyai agama rasmi, tidak mempunyai hak istimewa orang Melayu dan tidak mendaulatkan bangsa Melayu.

Saya tidak tahu sama ada rakyat Malaysia terutamanya orang melayu akan membiarkan perkara ini terjadi. Sebenarnya perkara yang sama telah pun berlaku di negara jiran kita Singapura.

Orang Melayu mesti sedar apakah di sebalik gagasan idea ketuanan rakyat ini.

Tercabarkah Perpaduan Kaum Akibat Ketuanan Rakyat

Saya bimbang jika ini berlaku akan terjadi kejadian yang akan merosakkan hubungan harmoni di antara kaum yang telah terjalin hasil dari rundingan yang dilakukan di antara tiga kaum ketika merdeka.

Jangan sudah terantuk baru tergadah. Bangsa Melayu yang tergadai akan hilang pertimbangan dan pada ketika itu emosi akan mendepani perjuangan. Tindakan yang akan diambil merupakan tindakan di luar jangkaan. Orang Melayu bila terus diasak sehingga tiada ruang untuk bergerak, mereka akan mengambil tindakan walaupun mungkin tidak akan menguntungkan negara.

Rakyat Malaysia perlu belajar dengan apa yang berlaku di negara Balkan seperti Bosnia, Serbia dan Croatia bila mana masalah kaum dan agama menjadi pemisah dan pencetus kepada perperangan.

Janganlah kerana kita memikirkan untung yang sedikit tetapi akhirnya rugi seumur hidup. Biarlah kita dilihat rugi sedikit hari ini tapi hidup aman hingga akhir hayat.

Ideologi Ketuanan Rakyat akan membawa satu fenomena yang amat berbahaya kepada negara kita. Saya masih berpandangan orang Melayu tidak akan merelakan raja mereka dinafikan haknya, ketuanan Melayu tidak diberi tempat, agama Islam tidak menjadi agama rasmi negara lagi. Bagi orang Melayu Islam itu agama mereka dan mesti menjadi agama rasmi negara. Raja dijunjung demi mempertahankan agama Islam.

Perjuangan Agama, Bangsa dan Negara tetap diteruskan

Akhirnya saya mengharapkan kepada seluruh rakyat Malaysia berfikir untuk maju ke hadapan tanpa mengorbankan sejarah dan pusaka kita bangsa kita. Perjuangan UMNO adalah untuk mempertahankan sejarah dan pusaka kita.

Kedudukan Raja-raja Melayu, hak orang Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu akan terus menjadi tunjang perjuangan ini. Walau apa pun yang diperkatakan, UMNO perlu menegakkan perjuangan ini. "Patah sayap bertongkatkan paruh, namun gunung tetap didaki"