Selasa, Ogos 12, 2008

Apa lagi yang nak dikorbankan selepas ini?

Kenapa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim begitu teruja untuk memberikan 10% jumlah kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada kaum bukan Bumiputera?

Janganlah sampai begitu sekali ingin mengambil hati kaum lain sampai mengetepikan dan menganak-tirikan bangsa sendiri.

Janganlah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Lebih mementingkan kepentingan kaum lain dari kaum sendiri sedangkan di dalam Forbes 10 orang terkaya di Malaysia pun 8 orang dari kaum Cina, satu dari Melayu dan satu dari India.

Kenapa nak lebihkan kaum lain terutamanya kaum yang dari senarai tersebut mempunyai 8 orang terkaya di Malaysia?

Satu lagi, kaum Cina terutamanya begitu bekerjasama walaupun dari parti berlainan, nadanya kelihatan sama saja.

Kenapa pula Melayu tak boleh begitu? Ubahlah perangai, jangan suka mengAli-Babakan, jangan mudah lupa, jangan suka 'cah keting', jangan iri hati, dan pelbagai jenis jangan lagi.

Pantang kutu dicukur, pantang manusia dihinakan.

Tiada ulasan: