Jumaat, Ogos 01, 2008

Adakah PAS bermaruah bila menipu dan bekerjasama dengan DAP?

Lawak benar dengan tuduhan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom Ireland (GEMARAK) yang menuduh Dato' Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali sebagai tidak bermaruah.

Ini gara-gara kenyataan Bekas Menteri Besar Perak itu yang menawarkan agar PAS bekerjasama dengan UMNO dalam membentuk kerajaan.

Artikel yang bertajuk "Tawaran Tajol Rosli tidak bermaruah" disiarkan di dalam Harakahdaily bertarikh 30 Julai 2008 itu sama sekali menuding jari kepada orang lain sedangkan diri sendiri pun sama jugak tidak bermaruah.

Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.

Dulu sebelum PRU ke 12, Datuk Seri Haji Hadi Awang telah membuat sidang akhbar yang mengatakan tidak ada kerjasama dengan DAP.

Tetapi, lain pula jadinya selepas PRU ke 12 bila ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR memenangi agak banyak kerusi berbanding PRU ke 11 dulu tetapi masing-masing tidak akan dapat mampu membentuk kerajaan negeri jika tidak bergabung.

Maka terbentuklah gabungan PAKATAN RAKYAT yang jelas gilakan kuasa walaupun ketiga-tiga parti tidak ada kesamaan langsung dari segi manifesto atau matlamat penubuhan parti.

Anwar Ibrahim pula asyik bercakap tentang 'Government-In-Waiting', malahan sanggup menawarkan wang kepada pemimpin di Sabah agar melompat parti ke PKR.

Adakah itu bermaruah sehingga sanggup menawarkan duit yang akan memewahkan sampai tiga generasi jika pemimpin yang ditawarkan wang untuk melompat parti itu menerima tawaran itu?

Itu adalah politik wang tetapi jari asyik dituding kepada BN. Anwar Ibrahim sebenarnya yang telah memulakan politik wang di dalam UMNO dulu sewaktu dia menjadi pemimpin di dalam UMNO.

Malahan PAS suatu ketika dulu begitu anti dengan Anwar Ibrahim sampai sanggup menuduhnya sebagai 'al juburi'. Jadi di mana pendirian PAS kini?

Sanggup menjilat balik ludah mereka?

Beginilah orang yang mempergunakan agama untuk kepentingan diri, sanggup menjual maruah diri hanya untuk sedikit wang.

Kerjasama PAS dan UMNO adalah untuk kepentingan orang Melayu dan agama Islam yang semakin dipersoal dan diperkotak-katikkan oleh DAP.

Jadi adakah itu tidak bermaruah bila muzakarah itu adalah untuk membela orang Melayu dan agama Islam?

Tiada ulasan: