
Selasa, Ogos 17, 2010
MCA Masih Tidak Memahami Aspirasi Rakyat- Dr Khir Toyo

8. Selain itu, sungguhpun kebanyakan kontraktor yang mendapat kontrak
Isnin, Ogos 16, 2010
Tapak Baru Kilang Arak : Satu Penghinaan Kepada Umat Islam!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kesal tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (pas) yang menawarkan kawasan baru di Pelabuhan Klang, Selangor kepada sebuah syarikat pengeluar minuman keras untuk memperbesarkan perusahaan mereka.Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Ma’amor Othman berkata, apa yang dilakukan Yang Dipertua Pas Shah Alam itu merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan orang Melayu di negara ini.
Menurut beliau, ia jelas memperlihatkan Pas sanggup mempertaruhkan kesucian agama untuk mendapatkan sokongan terutama di kalangan orang bukan Islam.
Secara sinis beliau mengucapkan tahniah kepada Khalid kerana sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, beliau mempelawa kilang pengeluar minuman keras itu untuk memperbesarkan perniagaan dengan menawarkan kawasan baru yang lebih luas.
“Jarang anak Melayu menawarkan tanah kepada syarikat minuman keras. Ini suatu pembaharuan yang dibuat oleh Pas untuk mendapatkan sokongan bukan Islam,”
Khalid di dalam blognya berkata: “Saya bertanya sama ada pihak kilang mempunyai apa-apa rancangan extension atau pembesaran dan sama ada rancangan itu mungkin terlaksana di tapak itu atau memerlukan tapak yang lebih luas.
“Saya menyebut bahawa sekiranya tapak yang lebih luas diperlukan, maka kemungkinan satu tapak di Pelabuhan Klang, memandangkan 100 peratus bahan keperluan malt diimport dan 50 peratus bahan keluaran dieksport, boleh diusahakan.”
Mengulas lanjut Ma’amor berkata, kenyataan Khalid berhubung tawaran itu menimbulkan kesangsian dan mengetepikan perjuangan Pas yang mengatakan ia memperjuangkan Islam di negara ini.
Malah, menurutnya, tindak-tanduk yang dilakukan oleh pemimpin Pas sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa mereka cuba menarik sokongan di kalangan pengundi bukan Melayu.
Katanya, Khalid sepatutnya mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah pekerja Islam yang bekerja di kilang berkenaan dan bukannya menawarkan kawasan untuk syarikat itu meluaskan perniagaan.
“Apa yang patut dilakukan oleh Khalid adalah mencari jalan membantu nasib pekerja Islam, cari jalan bagaimana hendak bantu mereka dan kalau boleh carikan kerja baru.
“Ini lain pula yang berlaku. Kenyataan Khalid lebih untuk mendapatkan publisiti, cuba mendapatkan sokongan orang bukan Islam untuk buktikan Pas bukanlah parti untuk sesuatu kaum tapi semua. Pas sekarang sudah berubah hanya kerana memastikan survival politiknya,” tambahnya.
Komen : Kalau nama atau khalimah Allah pun Khalid boleh jual kepada puak Kristian, inikan pula kilang arak?
Isnin, Ogos 09, 2010
PAS dicabar desak tutup pusat hiburan di S'gor
Umno mencabar PAS mendesak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menutup pusat hiburan dalam bulan Ramadan."Kalau nak tegakkan amar makruf nahi mungkar, ayuh jadilah anak jantan. Saya cabar PAS," kata timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
"Kalau tak mampu, Pemuda Umno bersama-sama dengan Umno negeri bersedia untuk mendesak kerajaan negeri menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan," katanya disambut tepukan hadiran ceramah jelajah 'Gelombang Selamatkan Selangor' malam tadi.
Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang mendakwa tindakan Pakatan Rakyat menyalahkan BN kerana tidak menutup sewaktu parti itu memerintah adalah satu tindakan melarikan diri daripada tanggungjawab.
Setelah tiga minggu berlangsungnya siri jelajah tersebut - Noh, ketua pembangkang DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan bekas ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Noor berkongsi ceramah malam tadi.
Malaysiakini difahamkan daripada 19 ceramah yang diadakan di 22 bahagian di negeri itu, ketiga-tiga pemimpin tersebut 'bersatu' di atas satu pentas dalam usaha untuk 'menyelamatkan' Selangor dan merampas semula dari tangan Pakatan Rakyat.
Ketiga-tiga tokoh tersebut adalah Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar, ketua pembangkang DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan bekas ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Noor.
Malah bagi menggambarkan kebersamaan mereka, Ezam dalam ucapannya menafikan laporan portal berita seperti Malaysiakini yang didakwa cuba melaga-lagakan beliau dengan dua pemimpin Umno itu.
"Mereka (portal berita itu) tidak kenal saya. Saya adalah kenalan rapat dengan Datuk Seri Noh dan Datuk Seri Mohd Khir.
"Mereka tidak boleh pecah-pecahkan semangat kami," katanya di hadapan lebih 300 hadirin, termasuk penyokong parti komponen BN.
Malaysiakini difahamkan daripada 19 ceramah yang diadakan di 22 bahagian di negeri itu, ketiga-tiga pemimpin tersebut 'bersatu' di atas satu pentas dalam usaha untuk 'menyelamatkan' Selangor dan merampas semula dari tangan Pakatan Rakyat.
Ketiga-tiga tokoh tersebut adalah Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar, ketua pembangkang DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan bekas ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Noor.
Malah bagi menggambarkan kebersamaan mereka, Ezam dalam ucapannya menafikan laporan portal berita seperti Malaysiakini yang didakwa cuba melaga-lagakan beliau dengan dua pemimpin Umno itu.
"Mereka (portal berita itu) tidak kenal saya. Saya adalah kenalan rapat dengan Datuk Seri Noh dan Datuk Seri Mohd Khir.
"Mereka tidak boleh pecah-pecahkan semangat kami," katanya di hadapan lebih 300 hadirin, termasuk penyokong parti komponen BN.
Selasa, Julai 27, 2010
Lagi Hak Orang Melayu cuba dikikis oleh DAP!!!

" Mansuh diskaun hartanah "...
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor. Katanya, langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.
Menurutnya, tidak ada sebab diskaun bumiputera dikekalkan melibatkan kedua-dua jenis hartanah itu kerana sudah tentu bumiputera yang terlibat dalam pemilikan tersebut adalah mereka yang berkemampuan. ''Jadi adalah wajar diskaun kepada bumiputera untuk pemilikan hartanah ini tidak dikekalkan kerana ia melibatkan nilai yang tinggi.
''Maknanya, bumiputera perlu berdikari dalam soal pemilikan hartanah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Tony, pemansuhan diskaun itu mampu memberi kesan positif kepada ekonomi Selangor kerana selain mewujudkan nilai hartanah yang stabil ia juga menjadikan pasaran lebih adil. Beliau berkata, sekiranya projek pembangunan hartanah itu melibatkan penglibatan kerajaan negeri, pemansuhan diskaun memberi keuntungan kepada kerajaan negeri berdasarkan nilai pasaran semasa dan hasilnya boleh disalurkan membantu pihak lebih memerlukan.
Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas. Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP turut mengkritik pelaksanaan diskaun itu yang disifatkannya tidak adil kerana mungkin digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. ''Diskaun sebanyak tujuh peratus itu membolehkan pihak tertentu khususnya orang tengah mendapatkan hartanah dengan harga rendah kemudian dijual pada harga lebih tinggi,''
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri mengkaji semula pemberian tanah kepada anak syarikatnya yang dilihat tidak membantu dalam pembangunan hartanah di Selangor. Menurutnya, kerajaan negeri didapati mempunyai kira-kira 50 hingga 80 anak syarikat yang kesemuanya terlibat dengan pembangunan hartanah di negeri ini. ''Keadaan ini menunjukkan kerajaan negeri memberi subsidi kepada banyak anak syarikat untuk mendapatkan tanah yang murah bagi menjalankan pembangunan berkenaan. ''Keadaan ini tidak akan menjadikan sektor hartanah di Selangor kompetitif..
Ahad, Julai 25, 2010
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tidak kisah dihina

“Saya tidak kisah walaupun ada beberapa laman blog yang menghina saya menggunakan kata-kata kesat seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’
PULAU PINANG - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tidak kisah dihina dengan pelbagai gelaran mengaibkan sperti disiarkan beberapa laman blog demi menunaikan amanahnya mengajak umat Islam bersatu.
“Saya tidak kisah walaupun ada beberapa laman blog yang menghina saya menggunakan kata-kata kesat seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’.
“Terpulang kepada mereka untuk menilai sedangkan sudah termaktub dalam al-Quran bahawa mencaci, memaki dan menghina orang lain adalah berdosa. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Sekolah Kebangsaan Pulau Betong, malam kelmarin.
Program yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Hilmi Yahaya dengan kerjasama Pusat Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Anak-anak Kariah Pulau Betong itu dihadiri kira-kira 3,000 penduduk.
Harussani berkata, tindakan yang dilakukan adalah berdasarkan tanggungjawabnya sebagai mufti yang diamanahkan untuk menjaga akhlak dan akidah umat Islam dan menyifatkan tentangan yang dihadapinya umpama letupan bom yang dahsyat.
Menurutnya, pemimpin kini lebih mementingkan keutamaan parti tanpa mengamalkan suruhan agama yang menekankan konsep bersatu-padu sesama umat.
“Saranan yang diberikan untuk mengajak kedua-dua belah pihak mengadakan pertemuan bukannya untuk menyuruh mereka bersatu dari segi politik, sebaliknya untuk menyahut tuntutan agama yang mewajibkan umatnya agar sentiasa bersatu-padu,"
Sabtu, Julai 24, 2010
'Selamatkan Selangor' hentam Anwar, Malaysiakini
Jelajah pertama 'Selamatkan Selangor' bermula dengan siri menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan portal berita Malaysiakini, terutama oleh bekas 'ayam tambatan' ketua pembangkang itu, Ezam Mohd Noor.Di pentas Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) di Shah Alam malam tadi, kira-kira 250 penyokong BN turut dihidangkan dengan tayangan video 'Tak Nak AI' (Anwar Ibrahim).
Ia antaranya cuba membandingkan sikap Anwar melalui ucapannya semasa masih menjadi timbalan perdana menteri dan selepas menjadi penasihat PKR - parti dominan dalam Pakatan Rakyat.
Menurut video itu, Anwar digambarkan sebagai pengkianat, tidak setia pada perjuangan Melayu dan 'memuja' DAP yang suatu ketika dahulu pernah dikritiknya.
Tidak terkecuali, petikan ucapan Zulkifli Noordin - bekas peguamnya dan ahli parlimen yang keluar PKR - yang lantang mengkritik kepimpinan Anwar turut disiarkan.
Ezam yang berkongsi pentas dengan pemimpin utama Umno negeri - antaranya timbalan pengerusi perhubungan Datuk Seri Noh Omar dan timbalan Ketua Pembangkang Datuk Satim Diman - mengaitkan Anwar dengan Yahudi.
Bersumpah demi Allah
Ezam antaranya mengulangi dakwaan bahawa Anwar pro-Yahudi, yang boleh dibuktikan dengan tindakan cuba memujuk kumpulan itu di Amerika Syarikat, seperti dilaporkan Washington Post.
Bagaimanapun, menurut Ezam lagi, tindakan itu tidak boleh disamakan dengan tindakan kerajaan pusat yang mendapatkan khidmat perunding antarabangsa Apco Worldwide.
"Bezanya Apco ini kerja untuk kita," katanya yang mengaku pernah mendapat layanan istimewa daripada negara kuasa besar dunia itu semasa menjadi "jeneral" Anwar.
Beberapa kali menegaskan masuk Umno tidak melibatkan wang, Ezam juga menceritakan perjuangan dan jasanya "mempertahankan prinsip" bersama PKR suatu masa dahulu, termasuk merengkok di penjara dan menjana penubuhan parti itu di peringkat Selangor.
"Saya tinggalkan PKR dan Anwar tidak melibatkan satu sen (wang) pun, demi Allah!" katanya.
Menyentuh soal Malaysiakini, beliau mendakwa portal berita bebas itu sebagai alat kepada Anwar, antaranya kerana laporannya berhubung 'persaingan' antara Noh dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Khir Toyo.
Jumaat, Julai 16, 2010
ISU AIR DI SELANGOR: APA YANG RAKYAT PERLU KETAHUI
ØProses penstrukturan semula industri air di Selangor sudah berlarutan selama setahun lebih dan sehingga sekarang rakyat Selangor belum melihat apa-apa perkembangan positif proses penstrukturan industri air Selangor.
ØKerajaan negeri Selangor menawarkan sebanyak RM 5.7 bilion untuk membeli kesemua syer-syer bukan milik kerajaan negeri dalam SYABAS, Puncak Niaga, SPLASH dan ABBAS dan berjanji untuk menurunkan tarif air sebanyak 24%. Rakyat perlu melihat isu air di Selangor dengan fikiran terbuka kerana secara logiknya bagaimana kerajaan negeri mahu menurunkan tarif sebanyak 24% sedangkan untuk membeli keseluruhan aset ini sahaja kerajaan negeri perlu membuat pinjaman sebanyak RM 5.7 bilion.
ØKerajaan negeri Selangor juga telah mengadakan perbincangan dengan sebuah syarikat dari Singapura dan Timur Tengah sebagai pilihan untuk menguruskan air Selangor sekiranya kerajaan persekutuan enggan menerima jumlah penjualan dan syarat-syarat penjualan yang mereka ditetapkan. Syarikat-syarikat tersebut bersedia menawarkan sehingga RM 20 bilion bagi mengambil alih pengurusan air di lembah Klang. Jika ini berlaku apakah tiada tarif air akan dinaikkan?
ØKerajaan Pusat menyedari bahawa urusan air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi tetap mengambil perhatian mengenainya kerana memikirkan keselamatan dan keselesaan rakyat secara keseluruhannya tanpa memikirkan ideologi politik.
ØKerajaan Persekutuan telah membayar pampasan bagi pengambilan tanah untuk menampung penyaluran air mentah dari Pahang dan semua syarat permohonan telah dipenuhi. Untuk itu, kerajaan Persekutuan memerlukan kebenaran kerajaan Selangor untuk memulakan kerja-kerja pembinaan melalui empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Ampang, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang.
ØKerajaan Pusat juga telah beberapa kali membuat rundingan dengan kerajaan Selangor mengenai isu berkenaan termasuk mengenai pelan pengambilan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor yang masih tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri Selangor. Pihak kerajaan negeri juga telah mengarahkan semua Majlis Perbandaran dan Pejabat Tanah supaya menghalang sebarang kerja-kerja pembinaan laluan paip penyaluran air dari negeri Pahang dilakukan.
ØPengurusan air sebenarnya memerlukan belanja yang tinggi dan kerajaan Selangor perlu memikirkan mekanisme yang terbaik dalam menguruskan sumber tersebut. Telah sampai masanya kerajaan Selangor melihat semula konsep pemberian air secara percuma sebanyak 20 liter padu kerana banyak pembaziran dilakukan. Pengguna akan lebih menghargai sumber alam tersebut sekiranya dikenakan bayaran yang setimpal dengan kadar penggunaan.
KESAN SEKIRANYA ISU INI TIDAK DAPAT DISELESAIKAN
ØKajian mendapati permintaan air yang telah dirawat di Lembah Klang akan meningkat dan projek pemindahan air dari Pahang ke Selangor dapat membantu memenuhi permintaan tersebut.
ØKrisis air dalam jangka masa kurang 2 tahun dari sekarang akan berlaku sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak bersetuju untuk bekerjasama berhubung projek pembinaan paip air dari negeri Pahang.
ØPenduduk di sekitar W.P Kuala Lumpur dan Selangor akan berhadapan dengan krisis air yang paling teruk sekiranya kerajaan negeri Selangor enggan memberikan kerjasama dalam projek penyaluran air dari Pahang kerana empangan yang sedia ada tidak lagi mampu untuk menampung jumlah penggunaan air yang semakin meningkat.
ØKerajaan Persekutuan tidak boleh berlengah lagi kerana bekalan air akan susut sehingga 13.4% jika projek ini tidak dimulakan mengikut jadual pada bulan depan dan disiapkan sebelum Jun 2014.
Rabu, Julai 14, 2010
SELANGOR BAKAL BERLUBANG ?

dibawah ini adala peta negeri selangor. kawasan yang ditandakan pula mewakili gambaran tanah-tanah selangor yang dicuri pasirnya.satu kawasan curian, nilaian sehari kerugian adalah RM500K.
kerja mengorek ini dilakukan siang hari. adun pakatan buta dan menafikan dakwaan. wang rakyat selangor dikebas oleh penyangak pasir, yang senang lenang mencuri tanpa pengawasan kerajaan pakatan selangor. SENGAJA ? bila adun BN nak lanyak pakatan dalam sidang dun semalam, speaker dun telah menggantung beliau.
inilah namanya transperensi dan demokrasi ala pakatan. lebih berpihak kepada pencuri pasir daripada berpihak kepada kehendak rakyat !
Khamis, April 29, 2010
Isnin, April 26, 2010
BN rampas semula kerusi Hulu S'gor
Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.Kemenangan di hulu selangor adalah bukti rakyat menolak pakatan rakyat...
Tapi pemimpin BN jangan tidur. banyak kelemahan perlu di perbaiki
Terima kasih rakyat hulu selangor dan jentera2 BARISAN NASIONAL
Khamis, April 22, 2010
Anwar kena londeh habis…Zul Nordin dan Zahrain bongkar semua rahsia pada PM

Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin dan rakan sejawatnya dari Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sudah bongkar segala rahsia PKR termasuk cara bagaimana fitnah dan character assassination dirancang.
Mereka menceritakan semua ini kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyertai lawatan ke Washington.
Perdana Menteri yang kembali ke tanahair dari lawatan ke Amerika dan Jepun awal pagi Rabu memberitahu demikian dalam ucapannya kepada jentera pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor BN di Command Centre BN di Bukit Sentosa pada sebelah malamnya.
Katanya PKR kini dalam keadaan kelam kabut.
“Sebabnya kita dah tahu semua rahsia PKR…dalam lawatan ke Washington dia wakil Bebas ikut sama…YB Zulkifli Nordin dan YB Zahrain…malam lepas acara rasmi mereka naik ke bilik saya…dia buka segala cerita…sekarang saya dah tahu segala ceritanya …sampai ke seluar dalam pun saya dah tahu.
“Jadi janganlah tipu…janganlah temberang… I know everything …saya tahu bagaimana fitnah dirancangkan…macam mana character assassination …semua saya dah tahu…sebab apa mereka adalah panglimanya.
Namun Najib berkata beliau tidak mahu huraikan apa yang dibongkar oleh Zulkifli dan Zahrain kepada umum.
“Biarlah saya tahu..mereka tahu..dan Allah s.a.w.…itu saja saya nak sebut,”katanya.
Zulkifli yang dipecat dari PKR baru-baru ini mendedahkan di Dewan Rakyat apa yang didakwanya cubaan untuk memfitnah Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya.
Rabu, April 21, 2010
Jentera Pas berpaling tadah dengan menyebarkan risalah hentam Zaid...
Semalam didalam Malaysiakini, bekas pengarah jentera pilihanraya pusat iaitu Mustafa Ali telah mengesahkan bahawa jentera Pas di P94 adalah didalam keadaan lemah dan lesu.Yang tidak dinyatakan oleh Mustafa Ali ialah apa faktor yang melemahkan jentera Pas disitu.
Sebenarnya, sejak dari hari awal pengumuman nama calon bagi Pakatan Rakyat di Hulu Selangor lagi, sudah kedengaran rasa tidak puas hati dikalangan ahli-ahli Pas.
Mereka juga tahu tentang salahlaku moral Zaid Ibrahim dan ahli-ahli Pas ini langsung tak mahu pemimpin-pemimpin Pas berkempen untuk calon PKR yang disifatkan "kotor' itu.
Hari ini, dilaporkan ada jentera Pas yang berpaling tadah menyebarkan risalah bagi menjatuhkan Zaid Ibrahim.
Risalah oleh golongan Pas Reform ini telah diedarkan ke seluruh Felda-felda dan juga kampung-kampung pendalaman.
Nampaknya, Anwar dan PKR kini bukan sahaja berhadapan dengan jentera Umno/BN sahaja, mereka kini juga terpaksa berhadapan dengan jentera Pas yang telah berpaling tadah membuat pusingan U di pertengahan waktu kempen.
Kehancuran Pakatan sudah hampir tiba. Lubang sudah digali, cuma tinggal hanya menunggu masa untuk dikafankan sahaja.
Isnin, April 19, 2010
Dr Halili keluar PKR masuk Umno
Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)
