dibawah ini adala peta negeri selangor. kawasan yang ditandakan pula mewakili gambaran tanah-tanah selangor yang dicuri pasirnya.
satu kawasan curian, nilaian sehari kerugian adalah RM500K.
kerja mengorek ini dilakukan siang hari. adun pakatan buta dan menafikan dakwaan. wang rakyat selangor dikebas oleh penyangak pasir, yang senang lenang mencuri tanpa pengawasan kerajaan pakatan selangor. SENGAJA ? bila adun BN nak lanyak pakatan dalam sidang dun semalam, speaker dun telah menggantung beliau.
inilah namanya transperensi dan demokrasi ala pakatan. lebih berpihak kepada pencuri pasir daripada berpihak kepada kehendak rakyat !
Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.
Kemenangan di hulu selangor adalah bukti rakyat menolak pakatan rakyat... Tapi pemimpin BN jangan tidur. banyak kelemahan perlu di perbaiki
Terima kasih rakyat hulu selangor dan jentera2 BARISAN NASIONAL
Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin dan rakan sejawatnya dari Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sudah bongkar segala rahsia PKR termasuk cara bagaimana fitnah dan character assassination dirancang.
Mereka menceritakan semua ini kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyertai lawatan ke Washington.
Perdana Menteri yang kembali ke tanahair dari lawatan ke Amerika dan Jepun awal pagi Rabu memberitahu demikian dalam ucapannya kepada jentera pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor BN di Command Centre BN di Bukit Sentosa pada sebelah malamnya.
Katanya PKR kini dalam keadaan kelam kabut.
“Sebabnya kita dah tahu semua rahsia PKR…dalam lawatan ke Washington dia wakil Bebas ikut sama…YB Zulkifli Nordin dan YB Zahrain…malam lepas acara rasmi mereka naik ke bilik saya…dia buka segala cerita…sekarang saya dah tahu segala ceritanya …sampai ke seluar dalam pun saya dah tahu.
“Jadi janganlah tipu…janganlah temberang… I know everything …saya tahu bagaimana fitnah dirancangkan…macam mana character assassination …semua saya dah tahu…sebab apa mereka adalah panglimanya.
Namun Najib berkata beliau tidak mahu huraikan apa yang dibongkar oleh Zulkifli dan Zahrain kepada umum.
“Biarlah saya tahu..mereka tahu..dan Allah s.a.w.…itu saja saya nak sebut,”katanya.
Zulkifli yang dipecat dari PKR baru-baru ini mendedahkan di Dewan Rakyat apa yang didakwanya cubaan untuk memfitnahNajib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya.
Semalam didalam Malaysiakini, bekas pengarah jentera pilihanraya pusat iaitu Mustafa Ali telah mengesahkan bahawa jentera Pas di P94 adalah didalam keadaan lemah dan lesu.
Yang tidak dinyatakan oleh Mustafa Ali ialah apa faktor yang melemahkan jentera Pas disitu.
Sebenarnya, sejak dari hari awal pengumuman nama calon bagi Pakatan Rakyat di Hulu Selangor lagi, sudah kedengaran rasa tidak puas hati dikalangan ahli-ahli Pas.
Mereka juga tahu tentang salahlaku moral Zaid Ibrahim dan ahli-ahli Pas ini langsung tak mahu pemimpin-pemimpin Pas berkempen untuk calon PKR yang disifatkan "kotor' itu.
Hari ini, dilaporkan ada jentera Pas yang berpaling tadah menyebarkan risalah bagi menjatuhkan Zaid Ibrahim.
Risalah oleh golongan Pas Reform ini telah diedarkan ke seluruh Felda-felda dan juga kampung-kampung pendalaman.
Nampaknya, Anwar dan PKR kini bukan sahaja berhadapan dengan jentera Umno/BN sahaja, mereka kini juga terpaksa berhadapan dengan jentera Pas yang telah berpaling tadah membuat pusingan U di pertengahan waktu kempen.
Kehancuran Pakatan sudah hampir tiba. Lubang sudah digali, cuma tinggal hanya menunggu masa untuk dikafankan sahaja.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR hari ini.
Beliau sebelum ini merupakan exco kerajaan Kedah sebelum digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu.
Tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.
Pada sidang medianya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang ini, Wei Shu mendakwa tindakannya itu kerana dipermain-mainkan oleh pemimpin partinya.
Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan apa yang terbuku di hati.
Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).
"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.
"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini yang dipengerusikan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Idris Zakaria.
Panelis lain yang turut menyertai program itu ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof. Madya Datuk Abdul Halim Sidek
Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud Pas akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.
Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.
"Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.
"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.
Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.
Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.
"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat,"
Sepertimana lazimnya Ezam yang memiliki aura sebagai seorang pemidato yang hebat telah membuatkan kesemua hadirin tidak berganjak untuk mendengar segala kupasan isu politik semasa termasuklah beberapa pendedahan kepincangan dalam Pakatan Pembangkang.
“ PAS jangan bodoh mahu terus menyokong Anwar…” begitulah kata Ezam penuh kekesalan.
Ezam kesal dengan tindak tanduk Nik Aziz yang terlalu menyokong Anwar sedangkan terbukti bahawa Anwar pernah menzalimi rakyat Kelantan hanya disebabkan Nik Aziz berbeza fahaman politik dengan Anwar suatu ketika dahulu….
Perkara ini berlaku sewaktu Anwar sedang menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.
“ waktu itu Nik Aziz sebagai Ketua Kerajaan negeri Kelantan telah memohon bantuan kerajaan pusat untuk meluluskan peruntukan rawatan air di Kelantan…” jelas Ezam
Tambah Ezam lagi, “…kedudukan kewangan Kelantan ketika itu tidak membolehkan mereka untuk mampu melakukan proses rawatan air dinegeri itu, dan ianya amatlah penting untuk menyediakan air yang bersih setelah dirawat untuk diminum dan digunakan...”
“pada waktu itu negeri Kelantan merupakan satu satunya negeri dalam Malaysia yang masih belum membuat rawatan air kerana tidak mampu...” tegas Ezam.
Malang sekali nasib rakyat Kelantan apabila perkara ini dibawa kepada Anwar Ibrahim ianya telah ditolak mentah mentah. Malah kata Ezam beliau simpati dengan nasib rakyat Kelantan kerana sikap Anwar dengan bongkak bukan sahaja tidak meluluskan tetapi menyebut perkataan “ No Way..!”
“ Menteri Kerja Raya ketika itu, Datuk Amar Leo Moggie walaupun bukan islam namun beliau juga memiliki hati perut yang bersih mahu melihat rakyat islam di Kelantan turut sama mendapat kemudahan ini. Leo Moggie telah secara peribadi merayu kepada Anwar tetapi mantan TPM itu tetap dengan keputusannya malah menyebut ‘No Way!’…” Ezam meneruskan ceritanya.
Menurut Ezam lagi, perkara ini telah diselesaikan oleh Tun Daim apabila beliau menjadi Menteri Kewangan setelah Anwar dipecat. Akhirnya peruntukan untuk Kelantan merawat air telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan kerajaan pusat yang tidak pernah mahu manzalimi rakyat walaupun kerajaan negeri itu milik pembangkang.
Begitulah hipokritnya makhluk bernama Anwar Ibrahim yang kini dijilat jilat oleh pemimpin dan ahli ahli PAS….
Ezam akan terus menggegarkan Pentas Pidato dan Ceramah Umum di Selangor dan destinasi seterusnya adalah di Parlimen Kota Raja…!
Belum sejuk kisah Ahli Parlimen PKR Nibong Tebal, Tan Tee Beng kelmarin keluar dari parti menyertai rakan sejawatnya dari Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim....hari ini Ahli Parlimen Bagan Serai, Perak,Mohsin Fadzli Samsuri ikut jejak mereka.
Beliau juga umum serta merta jadi Ahli Parlimen Bebas.Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.
beliau kecewa pakatan pembangkang mengkritik institusi raja dan kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Katanya beliau tidak boleh berkompromi lagi dengan tindak tanduk ini.
Hadir sama di sidang akhbar itu ialah bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.
Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin Isnin malam memecahkan tembelang DAP apabila menyatakan perlbagai masalah yang timbul di negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang adalah berpunca daripada parti berkenaan.
Paling menarik apabila beliau memberitahu kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak berpunca daripada sikap DAP yang merugikan orang Melayu dan Islam.
Menurutnya, dua ADUN PKR iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (DUN Behrang) dan Osman Jailu (DUN Changkat Jering) membuat keputusan meninggalkan PKR kerana sudah tidak boleh berkompromi lagi dengan DAP yang banyak membuat keputusan dan tindakan yang merugikan Melayu/Islam.
“Jika hendak dikatakan mereka tidak membangkitkan perkara ini dalam pertemuan tertutup, mereka telah berbuat demikian. Malah saya sendiri pernah hadir dalam pertemuan di mana mereka telah melahirkan rasa tidak puashati terhadap cara DAP di Perak. Namun tiada tindakan. Akhirnya mereka buat keputusan sendiri
Beliau mendedahkan perkara berkenaan pada temubual bersama Datuk Ahmad Talib dalam rancangan Soal Jawab yang disiarkan secara langsung oleh TV3.
Pendedahan beliau itu sudah tentu menggemparkan kerana selama ini pihak pembangkang seolah-olah senada menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai dalang yang menyebabkan tumbangnya kerajaan pakatan pembangkang di Perak.
Tidak cukup dengan itu, UMNO/BN turut dilabelkan sebagai perampas kuasa.
Namun berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Zulkifli Nordin, baik Jamaluddin, Osman mahupun ADUN DAP kawasan Jelapang, Hee Yit Foong meninggalkan pakatan pembangkang kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan DAP sendiri.
Pendedahan terbaru Zulkifli itu sudah tentu akan mengundang reaksi dariapda pimpinan pakatan pembangkang khususnya DAP dan PKR apatah lagi Zulkifli sebelum ini diarahkan oleh partinya untuk menutup mulut ekoran kontroversi isu kalimah Allah.
Malah beliau kini sedang dalam proses siasatan parti untuk dirujuk kepada Lembaga Disiplin PKR kerana dikatakan mengambil pendirian yang bercanggah dengan pendirian parti itu dalam isu kalimah Allah.
Menariknya, dalam temubula tersebut, Zulkifli yang ditanya mengenai perkembangan di Pulau Pinang secara tegas menyatakan, pergolakan dalam pakatan pembangkang di negeri itu berpunca apabila DAP mula menunjukkan ‘belang’ mereka yang sebenarnya.
Ketua Lim Guan Eng disifatkan oleh beliau hanya tahu mengkritik dan meletakkan kesalahan kepada kerajaan negeri yang lalu tetapi pada masa yang sama tidak berbuat apa-apa.
Beliau turut mendedahkan, ‘penyingkiran’ bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang lalu, Fairus Khairuddin dariapda kerusi berkenaan adalah berpunca daripada Guan Eng melihat Fairus sebagai halangan kepada usahanya untuk menterjemahkan agenda DAP di negeri berkenaan.
Memperkukuhkan lagi hujahnya, Zulkifli turut memberikan contoh bagaimana DAP menjadi punca kepada permasalahan yang melanda negeri-negeri pakatan pembangkang.
Di Selangor katanya, seorang Exco dari DAP jelas mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan dengan merujuk isu rampasan minuman keras oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Contoh yang diberikannya itu jelas merujuk kepada Ronnie Liu.
Sehubungan itu dalam berhadapan dengan karenah DAP itu, beliau yang turut diajukan persoalan mengenai kerjasama politik parti-parti Melayu/Islam berkata, berdasarkan perubahan sikap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, UMNO perlu bersangka baik untuk mula duduk semeja dengan parti itu.
Malah beliau berkata, perubahan sikap Nik Aziz yang selama ini amat keras terhadap UMNO amat ketara apatah lagi setelah proses perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bermula dan UMNO perlu menyambut harat untuk berunding tersebut.
Alasan beliau, hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak ialah kestabilan politik dalam negara ini hanya boleh dicapai jika asas politik yang majoritinya dikuasai Islam berbangsa Melayu tidak tergugat.
Masalahnya sekarang menurut beliau, walaupun komposisi Ahli Parlimen Islam/Melayu adalah majoriti di Dewan Rakyat tetapi mereka tidak bersatu dan semua memberikan persepsi yang salah bahawa tanpa undi bukan Melayu, masing-masing tidak boleh menang.
Hinggakan dalam pakatan pembangkang ujar beliau, semua seolah-olah percaya bahawa undi bukan Melayu hanya boleh diperolehi melalui DAP dan ini menjadikan mereka merasa lebih besar