24 Sept -- Cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO ke tahun hadapan telah mendapat bangkangan dan tentangan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut sumber Seri Perdana, Pak Lah telah memanggil Najib pagi tadi untuk membincangkan isu-isu parti. Dalam pertemuan tersebut, Pak Lah telah mengutarakan cadangan agar Mesyuarat Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan ke bulan April dan Jun 2009. Namun cadangan tersebut telah ditolak oleh Najib.
Bagaimanapun Pak Lah berkeras mahukan Majlis Tertinggi meluluskan usul ini esok.
Datuk Seri Najib antara lain menyatakan adalah tidak wajar menangguhkan lagi mesyuarat kali ini kerana semua persediaan telah dibuat. Penangguhan ini hanya akan menyusahkan ahli dan para pemimpin di peringkat bahagian.
Selain soal persediaan, Pak Lah juga diingatkan bahawa banyak isu-isu teknikal dan hati serta perasaan ahli UMNO perlu diambil kira.
Antara lain ialah soal umur mereka yang layak bertanding untuk jawatan dalam Pemuda dan Puteri. Sebahagian calon tidak akan dapat bertanding kerana mereka lebih had umur pada tahun hadapan. Ini akan menimbulkan pelbagai isu teknikal termasuk sama ada sah atau tidak mesyuarat cawangan yang baru lalu.
Najib juga membangkitkan isu kempen pemilihan yang sedeang berlangsung di bahagian-bahagian ketika ini. jika ditangguhkan calon-calon yang bertanding akan menghadapi masalah untuk mengekalkan momentum.
Tempoh kempen yang terlalu panjang akibat penangguhan ini juga akan menyebabkan suasana politik dalaman UMNO akan terus bergolak untuk masa yang lebih panjang berbanding jika persidangan agung berlangsung dihabiskan tahun ini. Ini akan menambahkan politiking dalaman parti dan menyebabkan kepimpinan dan parti hilang fokus untuk menghadapi cabaran ekonomi negara pada tahun hadapan.
Malangnya, Pak Lah seperti biasa lebih mementingkan nasihat anak menantu dan para pegawainya tetap dengan pendirian tersebut.
Untuk mesyuarat esok beberapa ahli Majlis Tertinggi telah diberi tanggungjawab oleh Pak Lah dan Setiausaha Politiknya, Datuk Alwi, untuk berkeras menyokong cadangan Pak Lah ini.
Jika Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin tidak bersetuju, kumpulan ini akan meninggikan suara dan memainkan isu seperti Najib tidak tahu berterima kasih dan tidak sabar-sabar hendak menjadi Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan