ISA adalah satu undang-undang pencegahan agar negara tidak diancam bahaya dan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan selamat.
Malaysia adalah satu negara berbilang kaum dan berbilang agama, jadi kita tidak mahu sebarang isu perkauman dan agama ditimbulkan untuk mengelakkan kejadian seumpama 13 Mei 1969 berulang kembali.
ISA bukan kejam malah pembebasan Teresa Kok oleh pihak polis pada hari ini telah membuktikan lagi kebenaran hakikat itu.
Teresa telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam perkara-perkara yang memudaratkan keselamatan negara pada 12 September dan ditahan mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960.
Dalam pada itu pula, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar Ibrahim mengancam keselamatan negara dan kestabilan ekonomi negara.
Oleh itu, diharapkan agar Anwar Ibrahim ditahan dibawah ISA secepat mungkin bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kerana orang yang sedang gila hendak jadi Perdana Menteri boneka negara asing sudah tentu akan melakukan apa sahaja untuk merealisasikan impian Mat Jeninnya itu.
Anwar Ibrahim adalah seperti pucuk eru, ke mana angin yang keras ke sana condongnya.
Sementara itu, di masa kini pun ada pihak-pihak tertentu yang bermesyuarat untuk menghapus ISA tetapi diharapkan agar kerajaan tidak tunduk malah menangkap mereka di bawah Akta Hasutan jika mereka bertindak ganas di luar batasan undang-undang kerana ISA diwujudkan untuk memastikan anasir-anasir yang mengancam keselamatan negara dibanteras sebelum memusnahkan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan