Sumpah Ezam Mohd Noor, bekas orang kuat Anwar Ibrahim. Malah Ezam juga dikatakan telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim bukan seorang Muslim yang baik dan tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apakah makna yang tersirat di sebalik sumpah Ezam ini? Apakah yang Ezam sembunyikan selama ini tentang Anwar? Apakah selama ini Ezam turut bersubahat menyembunyikan sesuatu yang kotor serta jijik tentang Anwar daripada pengetahuan seluruh rakyat?
“SAYA bersumpah dengan nama Allah dan Rasulullah S.A.W dan dengan berpegang teguh kepada prinsip sebagai seorang Muslimin, saya tidak akan sama sekali membenarkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri…” Deklarasi Ezam Mohd Nor.
Benar Ezam lebih mengerti serta memahami siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Ezam lebih dekat dengan kehidupan politik dan peribadi Anwar Ibrahim. Ezam lebih mengetahui bunga pencak silat politik Anwar malah wajah Anwar Ibrahim yang sedang di jaja merata-rata tempat hari ini akan ada wajah lain di sebaliknya pada kaca mata Ezam seandainya terdedah.
Ezam yang sekian lama menjadi alas kaki Anwar dan akhirnya bangun bertaubat untuk membuktikan kepada khalayak betapa jijiknya Anwar sehingga beliau begitu berani melontarkan pandangan bahawa Anwar bukan seorang muslim yang baik.
Adakah kenyataan Ezam ini ada rasionalnya kerana Anwar dengan imej serta perwatakan Islamnya sedang diterima hebat sebagi penyokong gerakan Islam sejati malah aura keperibadian Islamnya begitu sekali diagungkan oleh PAS sehingga mereka sanggup tunduk dan menjadi pencacai dalam gerakan Pakatan Palsu Rakyat.
Namun sumpah Ezam ini membuktikan ada sesuatu yang Ezam dan Anwar sembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Kejujuran Ezam untuk mendedahkan siapa Anwar sebenarnya adalah dituntut sebelum Anwar melakukan sesuatu yang bakal merosakkan agama, bangsa dan Negara.
Anwar yang sedang menggilai kerusi Perdana Menteri selepas Pak Lah perlu dihalang dengan apa cara sekalipun dan keberanian Ezam untuk mendedahkan `musang berbulu ayam’ ataupun ‘ musang berjanggut’ ini amat sekali dialu-alukan dan Ezam harus menunaikan sumpah itu dari sekarang kerana kelibat Anwar yang sedang menjajakan ranjang kotor landskap politik Negara makin menular.
Kebencian rakyat terhadap Pak Lah tidak seharusnya dijadikan hamparan untuk menukar beliau dengan Pak Lah dan Anwar bukanlah satu-satunya pemimpin `Melayu’ yang diharapkan untuk menjamin kestabilan politik negara ini. Anwar ada sejarahnya tersendiri, Anwar ada keperibadian yang hanya beliau seorang sahaja yang tahu.
Kita melihat Anwar seakan memimpin satu gerakan kepimpinan yang boleh menghancurkan Negara. Setiap bait-bait perkataan yang keluar dari mulutnya hanyalah sekadar umpan mahu memancing sokongan untuk beliau berkuasa. Bahasa badan mampu meruntuhkan keyakinan khalayak kepada kerajaan dan rakyat terpesona dengan hujah pidatonya yang mungkin telah dihafal berlama-lama.
Ezam sudah tidak mempunyai banyak masa untuk menunaikan sumpah tersebut. Ezam ada kemampuan untuk meyakinkan rakyat. Ezam ada kelebihan untuk memberitahu rakyat yang telah sekian lama terpesong ideologi kerana dirasuk oleh Anwar.
Dosa Ezam terhadap UMNO dan rakyat akan terampun seandainya Ezam mula sedar betapa bahayanya Anwar kalau tidak dihalang dari sekarang dan Ezam harus dengan gagah mendedahkan segala-galanya tentang Anwar.
Mendedahkan maksud Anwar bukan Muslim yang baik harus diperjelaskan oleh Ezam agar tidak ada rakyat terus terpesong dengan imej Islam yang sedang mewarnai Anwar hari ini. Kalau Ezam hanya sekadar melontarkan kenyataan semata-mata tanpa apa-apa yang membenarkan segala sumpah beliau tersebut, Ezam juga akan turut ditempelak sebagai seorang pemimpin retorik, sama seperti Anwar Ibarhim.
Ezam di tuntut hari ini untuk menebus apa yang dilakukan sebelum ini agar orang seperti Anwar dapat dilihat oleh masyarakat dari sudut sebenarnya. Arca Islamik yang dipotretnya mampu memesongkan rakyat. Anwar juga hari ini kelihatan membelakangi orang Melayu hanya untuk mencapai cita-cita yang terbit dari dendam peribadi. Langkah Anwar mampu dipatahkan oleh seorang yang tahu, pernah berkorban untuk Anwar dan faham selok-belok mainan politik Anwar. Ini perlu dilaksanakan dengan segera agar Malaysia terselamat dari Anwar Ibrahim.