Jumaat, Jun 05, 2009

PAS Akui UMNO Banyak Kelebihan


Terbukti bahawa apa yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai tunjang kerajaan diakui sendiri oleh PAS yang selama ini banyak menimbulkan fitnah, provokasi dan manipulasi terhadap UMNO/BN.
Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa semalam dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50 melihat bahawa ada kebaikan dalam kerajaan sekarang ini sesungguhnya mengakui realiti sebenar apa yang berlaku dalam negara.
Lantaran itu, tidak hairanlah sekiranya para pemimpin tertinggi dalam parti pembangkang tersebut meminta pemimpin dan ahli PAS melihat kekuatan serta kejayaan UMNO/BN.
Difahamkan Nasharudin menyatakan bahawa PAS perlu meminggirkan kekurangan dan kelemahan pimpinan UMNO dan BN yang baru sebaliknya perlu melihat kekuatan kerajaan sekarang menguruskan ekonomi dan polisi
Malah dilaporkan juga dalam sidang media selepas perasmian itu, Nasharudin sekali lagi menjelaskan bahawa UMNO memang lemah tetapi ada kekuatan lain yang perlu ditandingi oleh PAS.
Apa yang pasti, PAS dikatakan melihat perkara itu dari dua aspek yang berbeza iaitu UMNO lemah tetapi ada kelebihan.
Justeru, mengambil daripada apa yang telah diucapkan jelas membuktikan bahawa PAS sendiri sebenarnya mengakui apa yang dilakaukan oleh UMNO/BN dan Kerajaan khususnya dalam menangani isu-isu global termasuklah ekonomi dan polisi antarabangsa adalah sesuatu yang betul.
Namun demikian, lantaran kedudukan mereka sebagai pembangkang, PAS enggan mengakuinya secara terbuka sebaliknya hanya berani menyuaran di dalam persidangan mereka sendiri dengan khalayak yang juga hanya di kalangan mereka.
Mungkin juga PAS malu untuk menerima hakikat atas apa yang berlaku dalam negara apatah lagi mereka adalah antara parti pembangkang utama yang banyak menyelar langkah kerajaan selain memanipulasikan setiap apa yang diwujudkan oleh UMNO/BN sendiri.
Apa yang pasti, pengakuan Nasharudin itu sendiri telah menggambarkan bahawa PAS sendiri sebenarnya tahu dan pasti bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan adalah perkara yang benar dan bukanlah untuk kepentingan mana-mana pihak.
Apatah lagi apabila Nasharudin dan para pemimpin PAS bersama ahli-ahlinya juga turut menerima limpahan nikmat dan kesejahteraan dengan keselesaan sama rata tanpa melihat kepada warna kulit atau perbezaan etnik.
Dengan pengakuan ini juga, terbukti bahawa PAS juga sebenarnya gagal untuk menyangi UMNO/BN biarpun bersekongkol dengan parti-parti lain yang berlainan idealogi dan matlamat perjuangan.
Malahan, dengan kata-kata ini juga menjadi satu bukti bahawa UMNO tetap kukuh dan teguh, tidak lemah bersandarkan kepada pelbagai perubahan yang dapat memberi suntikan kepada ahli-ahli dan rakyat keseluruhan.

Tiada ulasan: