1. Apa yang telah dijangka sudah pun berlaku.
2. Anwar menang.
3. Barisan Nasional kalah.
4. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serba salah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu.
5. Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya.
6. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.
7. Wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja Barisan Nasional dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga. Apakah yang tidak kena dengan Barisan Nasional sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak dari bulan Mac kepada Dato Anwar yang enggan bersumpah.
8. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.
9. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.
10. Kamu boleh terus sokong Dato Seri Abdullah sebagai Presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong UMNO kerana UMNO sudah jadi alat Dato Seri Abdullah dan keluarganya. Apabila datang pilihanraya ketiga belas rakyat akan jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah.
11. Malang bagi UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak sanggup bertindak, rakyat terpaksa bertindak.
12. Untuk pulihkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional, Dato Seri Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. Ini akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin UMNO berusaha untuk menarik balik penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Jika ditunggu hingga Jun 2010 masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah 2 tahun; terlalu pendek untuk kerja yang berat ini.
13. Pilihan bagi UMNO hanya dua. Setia kepada Dato Seri Abdullah dan kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 atau setia kepada UMNO lebih daripada setia kepada Dato Seri Abdullah dengan kemungkinan menang Pilihanraya Umum ke-13.
14. UMNO perlu ingat undi daripada ahli-ahli setianya sahaja tidak mencukupi untuk mendapat kemenangan. Untuk menang calon UMNO perlu undi orang bukan ahli parti dan orang Cina dan India. Dalam keadaan sekarang, dalam keadaan UMNO dan Kerajaan di pimpin oleh Dato Seri Abdullah tidak mungkin orang bukan daripada parti UMNO dan orang Cina dan India akan beri kemenangan kepada calon UMNO atau Barisan Nasional. Bahkan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan pimpinan Dato Seri Abdullah pun tidak akan undi UMNO dan Barisan Nasional.
15. Saya percaya akhbar dan TV arus perdana akan putar cerita pilihanraya kecil Permatang Pauh untuk menyedapkan hati pemimpin UMNO dan Dato Seri Abdullah. Justeru itu pemimpin, terutama Dato Seri Abdullah akan yakin yang dianya dikehendaki untuk pulih semula parti. Dan UMNO pun akan terus pilihnya dengan sebulat suara pada bulan Disember. Dan akan merosot lagilah UMNO dan Barisan Nasional.
16. Dengarlah, lihatlah apa yang dipertunjukkan oleh pengundi Permatang Pauh. Mereka tidak undi untuk Dato Seri Anwar dan PKR. Mereka undi untuk mengalahkankan Barisan Nasional dan UMNO.
17. Kelebihan undi bagi Dato Seri Anwar berbanding Mac 2008 tentulah kerana dalam jangka hanya lima bulan sokongan kepada BN dan UMNO merosot lagi.
18. Nak tunggu sampai bila wahai ahli UMNO, sebelum kamu sedar akan perlunya kepimpinan Dato Seri Abdullah ditamatkan?
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Jumaat, Ogos 29, 2008
Rabu, Ogos 27, 2008
Isu Tidak Melunturkan Ketaksuban Terhadap Seseorang
Pelbagai cara barisan nasional membuka minda rakyat permatang pauh. Tapi malangnya rakyat permatang pauh tetap dengan ketaksuban kepada DATO SERI ANWAR IBRAHIM. Walau bagai manapun kita kena terima atas kemenangan PKR di permatang pauh. Terima kasih juga kepada pengundi dan jentera BARISAN NASIONAL yang telah berusaha ingin menawan permatang pauh.
PKR SUDAH MENANG. SIAP SEDIALAH TERIMA TPM CINA DAN INDIA
Siap sedialah menerima Timbalan Perdana Menteri 1 dan Timbalan Perdana Menteri 2. Silap silap Karpal Singh dan Kit Siang akan jadi TPM nanti. Inilah habuan untuk orang Melayu yang undi PKR. Terimalah hakikat bahawa suatu hari nanti orang Cina akan berkuasa di Malaysia ini.
Ahad, Ogos 24, 2008
8 DALIL MENGAPA ANWAR IBRAHIM TIDAK BOLEH DIPILIH
1. Beliau baik dengan ORG YAHUDI, AMERIKA & HINDRAF.
2. Beliau mengamalkan ISLAM LIBERAL dan mahu MAHKAMAH SYARIAH dihapuskan.
3. Beliau menghapuskan HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU yang sudah termaktub dalam perlembagaan. DEB & UiTM menjadi mangsa.
4. Beliau ingin menghapuskan SISTEM BERAJA dan akan mempraktikkan SISTEM REPUBLIK
5. Beliau orang pertama mengamalkan RASUAH POLITIK sewaktu berada dalam BN. Malah dipenjarakan juga kerana RASUAH.
6. Beliau telah MEMPORAK-PERANDAKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA sewaktu jadi Menteri Pendidikan.
7. Beliau mahu beri jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Cina dan India.
8. Beliau masih belum mahu BERSUMPAH atas perbuatannya

Selasa, Ogos 19, 2008
Berani kerana benar!
Penyapu buruk!
Itulah ibaratnya tingkah laku Anwar Ibrahim di dalam Pakatan Pembangkang yang telah diikuti oleh penyokong Pakatan Rakyat yang telah membelasah jurugambar akhbar NST dan juga jurugambar asing beberapa hari lepas.
Kalau pemimpin berperangai teruk macam samseng jalanan, penyokongnya apatah lagi 100 kali lebih teruk dari perangai pemimpin yang diikuti dan disanjungi.
Dalam pada itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan telahpun melakukan sumpah, jadi terpulanglah kepada individu masing-masing untuk mempercayai atau mempertikaikannya kerana apa yang berlaku hanya Saiful, Anwar dan Allah saja yang tahu.
Tapi bagi penulis, sumpah Saiful itu bukti keikhlasannya untuk membuktikan dia tidak bersalah dan menjadi mangsa nafsu buas seks songsang bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu.
Malahan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri berkata sumpah oleh Saiful itu bagi membuktikan dirinya diliwat oleh Anwar Ibrahim dan beliau percaya Saiful sedar balasan Tuhan terhadap sumpah yang dilafazkan jika dia berbohong.
Berani kerana benar, takut kerana salah.
Tindakan Saiful melakukan sumpah itu tidak patut dipertikaikan oleh orang yang berkepentingan politik seperti pemimpin Pas yang sememangnya tahu kegiatan Anwar Ibrahim yang suka meliwat itu ibarat gelaran nama yang diberikan oleh Mat Sabu "Al juburi", nama yang kekal sehingga sekarang.
Adakah pihak Pas meminta Mat Sabu menyediakan 4 saksi pada ketika itu?
Adakah Mat Sabu mempunyai saksi atau dia sendiri yang menyaksikan kejadian liwat oleh Anwar Ibrahim sewaktu dia begitu teruja memberikan nama gelaran tersebut?

Jumaat, Ogos 15, 2008
Anwar Ibrahim : Pembohong, Pengecut dan Pengkhianat
Pada tahun 1998 selepas Anwar dipecat dari jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO, Anwar seperti hilang akal dan bertutur semacam orang gila talak. Lebih banyak Anwar berucap, lebih banyak pula terkeluar penipuan dan manipulasi beliau. Untuk kes liwat 2 ini pun sama juga. Macam-macam putar belit yang dilakukan untuk melepaskan diri?
Penulis kasihan kepada bekas Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Datuk Zahid Hamidi. Semasa perhimpunan agung UMNO diadakan pada tahun itu, beliau telah menimbulkan soal kronisme dan nepotisme dan telah dikritik secukup-cukupnya oleh Perdana Menteri dan pemimpin UMNO. Lepas itu, kembiri-kembiri politik Anwar yang datang berpusu-pusu ke merata cerok PWTC dan berkata bahawa Anwar tiada kaitan dengan apa yang diluahkan Zahid.
Tetapi apabila Anwar dipecat, Anwar berkata bahawa beliaulah yang menyuruh Zahid bercakap mengenai kronisme dan nepotisme. Ini menunjukkan betapa hipokrit dan pengecutnya Anwar. Anwar berlindung di sebalik Zahid ketika itu. Kemudian Anwar tidak pedulikan Zahid yang terkontang konteng selepas cerita sebenar diketahui umum.
Anwar sanggup mengatakan demikian walaupun beliau tahu bahawa Zahid akan terima bahana. Entah berapa orang lagi yang Anwar sisihkan demi menjaga hati Nalla dan Azmin. Orang ABIM nak buat appointment dengan Anwar pun kena melalui Azmin, bapa mertua Anwar pun kena dapat keizinan Azmin sebelum dapat bercakap melalui telefon dengan beliau. Apa istimewanya Nalla dan Azmin?
Semasa dalam parti, Anwar kata bahawa beliau tidak akan menentang Tun Dr. Mahathir. Selepas keluar, Anwar kata bahawa Dr. Mahathir memecatkan beliau kerana Anwar akan menentangnya pada pemilihan parti akan datang. Bukankah ini mendusta namanya.
Anwar mengaku bahawa beliau telah memberikan sample darah beliau untuk ujian DNA tetapi bila Rahim Noor menafikannya, Anwar gelabah dan tak mahu lagi bercakap tentang perkara itu lagi. Bukankah ini dusta juga?
Lagi banyak cakap, lagi banyak Anwar berbohong dan menipu. Orang ramai tahu bahawa Anwar cakap tak serupa bikin. Dulu cakap lain, sekarang lain, macam orang tak siuman. Habis, macamana orang nak percaya cakap Anwar? Untuk kes liwat terbaru inipun beliau banyak berdolak dalih. Macam-macam alasan yang diberikannya hinggakan polis terpaksa mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapatkan sample DNA beliau.
Anwar mengkritik media, mengatakan bahawa mereka berat sebelah di dalam laporan mereka. Tetapi semasa beliau menentang Allahyarham Tun Ghafar dulu, Anwar gunakan orang kuat-kuat beliau dalam media ( yang sekarang ini telah dibuang ) untuk menjatuhkan hamba Allah itu. Itu tak mengapa sebab orang lain yang terkena. Kalau kena batang hidung sendiri, semua orang di salahkannya. Semua orang dari hakim, mahkamah, polis, Dr. Mahathir, rakan Kabinet beliau dan rakyat salah belaka. Anwar (yang tak angkat sumpah junjung Quran untuk membersihkan diri beliau dari tuduhan homoseks dan seks) sahajalah yang betul.
Hidup Anwar sekarang ini bukan bersandarkan Islam lagi, semuanya berteraskan penipuan dan pembohongan. Bila beliau gelabah, hilanglah pedoman dan pegangannya. Yang beliau tahu ialah untuk memuaskan dendam dan amarah beliau.
Sebaik sahaja Anwar dipecat, beliau berucap dengan panjang lebar tentang kononnya beliau akan ditangkap polis di bawah ISA. Apabila polis tidak menangkapnya dan kerana termalu dengan hal ini, beliau pun memimpin para demonstrasi ke Pusat Dagangan Dunia Putra untuk memecahkan barangan di sana. Ini adalah untuk memaksa polis supaya menangkapnya. Anwar juga merasuk para demonstrasi supaya berjalan ke kediaman PM untuk membakarnya. Dan apabila beliau ditangkap polis kerana tindakan tersebut, beliau dengan lantang berkata kepada penyokongnya, “ bukan aku dah kata ” untuk menunjukkan bahawa betul ramalan beliau akan ditangkap polis.
Anwar tahu bahawa beliau berkemungkinan ada virus HIV kerana pergaulan homoseks. Sebagai mengelak dari apa-apa tanggapan, beliau berkata bahawa polis akan menyuntiknya dengan kuman HIV semasa dalam tangkapan. Taktik ini Anwar gunakan supaya sekiranya darah beliau benar-benar mempunyai kuman HIV, beliau bolehlah berkata bahawa ianya adalah sebab beliau disuntik.
Anwar mahukan demonstrasi agar beliau tidak dibawa ke mahkamah kerana takutkan rahsia terperinci skandal seksnya akan diketahui umum. Beliau gagal dan terpaksa menghadapi perbicaraan. Namun, Anwar sudah ada rancangan lain. Beliau mengheboh-hebohkan kepada masyarakat asing yang sistem perundangan di Malaysia ini berat sebelah. Tujuannya adalah apabila beliau didapati bersalah di mahkamah , beliau akan berkata kepada para penyokong : “ bukan aku dah kata “.
Kalau nak jadi pemimpin jadilah pemimpin yang sebenar dan harungilah cabaran bersama. Tetapi Anwar lain pula halnya. Semasa beliau mengetuai para penyokongnya melalui Jalan Tunku Abdul Rahman, Anwar sanggup tinggalkan penyokong, isteri dan anak-anaknya sementara beliau menaiki motosikal ke rumah untuk menyelamatkan diri. Apakah tidak dayus pemimpin macam Anwar ini?
Begitu juga semasa Anwar ingin menentang Allahyarham Tun Ghafar, beliau telah memanggil ke semua anggota kabinet untuk berdiri bersama beliau semasa mengumumkan keputusannya untuk menentang Tun Ghafar. Sebelum itu, mati-mati beliau menafikan yang beliau akan menentang Tun Ghafar. Sampai sekarang pun Anwar perlukan ramai orang di sekeliling kerana beliau pengecut dan juga pembohong.Tak cukup berselindung di kedutaan Turki, panggil lagi 38 kedutaan asing lain mengadapnya. Tak cukup nak buat PROTES dijalanan, dimintanya satu stadium dengan harapan sejuta orang akan datang. Malangnya bukan ramai yang datang malah di hiburkan pula “ tayangan bontot “ oleh penyokongnya.
Apabila melihat sandiwaranya kurang mendapat sambutan akhir-akhir ini, bolehlah Anwar Ibrahim memikirkan pula skrip baru yang perlu di lakonkan selepas ini. Kami sebagai penonton akan menanti dengan penuh minat dan kesabaran. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Selasa, Ogos 12, 2008
PKR Gadai Keistimewaan Melayu
Cadangan agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka pengambilan pelajarnya di kalangan bukan bumiputera dan pelajar asing disifatkan sebagai satu lagi cubaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggadaikan keistimewaan yang telah diberikan kepada kaum Melayu dan bumiputera.
Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, cadangan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu juga menunjukkan pemimpin parti pembangkang tidak sensitif dan tidak menghormati apa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan.
Menurutnya, tindakan itu membuktikan pemimpin terlibat telah memungkiri janji yang dibuat sebelum ini iaitu untuk memperjuangkan nasib dan membantu orang Melayu.
“Inilah (orang) yang dikatakan mahu membantu orang Melayu, mahu memperjuangkan orang Melayu... kalau boleh mahu bahagi-bahagikan semua yang ada.
“PKR sebenarnya bukan parti Melayu tetapi parti berbilang kaum. Pemimpinnya tidak ada hak memperjuangkan orang Melayu.
“Sebab itulah dia membuat cadangan ini dan berita ini pasti akan menggembirakan orang Melayu yang telah mengundi mereka... terimalah hadiah ini,” kata beliau secara sinis kepada pemberita sebelum menutup Fiesta Insan Istimewa 2008 di sini petang ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Khalid yang mencadangkan sepuluh peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada pelajar bukan bumiputera dan penuntut asing.
Apa lagi yang nak dikorbankan selepas ini?
Kenapa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim begitu teruja untuk memberikan 10% jumlah kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada kaum bukan Bumiputera?
Janganlah sampai begitu sekali ingin mengambil hati kaum lain sampai mengetepikan dan menganak-tirikan bangsa sendiri.
Janganlah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Lebih mementingkan kepentingan kaum lain dari kaum sendiri sedangkan di dalam Forbes 10 orang terkaya di Malaysia pun 8 orang dari kaum Cina, satu dari Melayu dan satu dari India.
Kenapa nak lebihkan kaum lain terutamanya kaum yang dari senarai tersebut mempunyai 8 orang terkaya di Malaysia?
Satu lagi, kaum Cina terutamanya begitu bekerjasama walaupun dari parti berlainan, nadanya kelihatan sama saja.
Kenapa pula Melayu tak boleh begitu? Ubahlah perangai, jangan suka mengAli-Babakan, jangan mudah lupa, jangan suka 'cah keting', jangan iri hati, dan pelbagai jenis jangan lagi.
Pantang kutu dicukur, pantang manusia dihinakan.

Selasa, Ogos 05, 2008
KEBINET BAYANGAN PR, PAS TERPINGGIR!!
Kita cuma mampu tersenyum bila pemimpin-pemimpin kanan PR mula bercerita tentang 'kebinet bayangan' untuk persediaan mengambilalih pemerintahan negara pada 16 September nanti!!
Di Shah Alam jumaat lepas MB Selangor telah menyenaraikan Anwar Ibrahim sebagai PM dan LKS sebagai TPM.
Selain jawatan tersebut Anwar juga akan memegang potfolio Menteri Kewangan sementara LKS pula mengambilalih Menteri Pertahanan.
Untuk Menteri di JPM pula akan diketuai oleh Tian Chua, dan barisan jemaah lain adalah Ghobalakrisnan, Irene Fanandez, Yong Teck Lee dan William Leong!!
Sementara Tony Phua akan menjadi Menteri Kewangan II dan Karpal Singh akan dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.
Stuktur kebinet bayangan ini juga terdapat dalam blog MP Ipoh Barat, M Kulasegaran!!
Jika dilhat kepada stuktur 'Kabinet Bayangan' itu jelas lah bahawa PR telah menolak pas !! Semua jawatan2 penting cuma dibahagi kan sama rata antara DAP dan PKR sementara PAS mungkin akan mendapat portfolio yang tidak sebegitu penting!!!
Dan yang pasti dua cabang keselamatan negara diserah kan kepada pemimpin dari DAP. Apakah muslihat PR berbuat begitu??
Apakah mereka cuba mengubah persepsi rakyat dengan meletak kan pemimpin bukan melayu untuk memegang hal ehwal keselamatan negara???
Boleh kah kita bayang kan apa akan jadi kepada Askar Melayu jika LKS yg memang diketahui tidak senang dengan pasukan elit itu menjadi Menteri Pertahanan?? Apakah askar melayu akan dirombak sehingga akan hilang ciri2 pasukan itu yang sebenar nya???
Melihat kepada barisan 'bayangan' itu amat jelas kuasa politik melayu semakin terpinggir jika Anwar menajdi PM kelak!!!
Sebagai bangsa melayu..apakah kita akan membiar kan keadaan ini berlaku???
Tepuk dada tanya lah diri wahai saudara-saudara ku!!!!

Jumaat, Ogos 01, 2008
Anwar Penakut Bertanding di Tempat Isteri
Penakut, penakut dan terus penakut. Ini ayat yang sesuai untuk Anwar setelah umum bertanding di Permatang Pauh. Berlindung di tempat selamat. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR dan pengerusi Yayasan Aman Malaysia. Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.
Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus. Sebelum ini, disebut beberapa kerusi yang mungkin ditandingi oleh Anwar, termasuk Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.
Kerusi Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Lembah Pantai (Nurul Izzah) dan Gombak pula diwakili oleh naib presiden PKR, Azmin Ali.Ditanya mengapa beliau yang mengosong kerusinya untuk Anwar, Azizah berkata sejak dahulu lalu beliau bersedia berbuat demikian.Katanya, sejak dari mula-mula bertanding dahulu lagi, beliau sedia mengosong kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.Beliau juga berkata, keputusannya diambil setelah berbincang dengan keluarganya, dengan pemimpin PKR serta DAP dan PAS. Katanya, beliau merasakan "inilah yang terbaik bagi Anwar sebab kawasan tersebut (mempunyai) majoriti yang selesa".
Sementara itu, Anwar pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada Wan Azizah."Selama ini Azizah telah memainkan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan ketua pembangkang yang cemerlang dan efektif," katanya sambil menambah keputusan tersebut bukan mudah untuk diambil.Anwar kata, keputusan itu juga diambil dengan melihat juga kerusi Bandar Tun Razak dan Gombak.Katanya, pemimpin PAS dan DAP telah menghubunginya dan menyokong penuh beliau bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh. Anwar bukan anak jantan bila bertanding di tempat isterinya. Anwar akan berdepan dengan jentera BN yang kuat kali ini. Tunggulah di Permatang Pauh. Ezam bakal cabar Anwar di sana nanti.

Adakah PAS bermaruah bila menipu dan bekerjasama dengan DAP?
Lawak benar dengan tuduhan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom Ireland (GEMARAK) yang menuduh Dato' Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali sebagai tidak bermaruah.
Ini gara-gara kenyataan Bekas Menteri Besar Perak itu yang menawarkan agar PAS bekerjasama dengan UMNO dalam membentuk kerajaan.
Artikel yang bertajuk "Tawaran Tajol Rosli tidak bermaruah" disiarkan di dalam Harakahdaily bertarikh 30 Julai 2008 itu sama sekali menuding jari kepada orang lain sedangkan diri sendiri pun sama jugak tidak bermaruah.
Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
Dulu sebelum PRU ke 12, Datuk Seri Haji Hadi Awang telah membuat sidang akhbar yang mengatakan tidak ada kerjasama dengan DAP.
Tetapi, lain pula jadinya selepas PRU ke 12 bila ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR memenangi agak banyak kerusi berbanding PRU ke 11 dulu tetapi masing-masing tidak akan dapat mampu membentuk kerajaan negeri jika tidak bergabung.
Maka terbentuklah gabungan PAKATAN RAKYAT yang jelas gilakan kuasa walaupun ketiga-tiga parti tidak ada kesamaan langsung dari segi manifesto atau matlamat penubuhan parti.
Anwar Ibrahim pula asyik bercakap tentang 'Government-In-Waiting', malahan sanggup menawarkan wang kepada pemimpin di Sabah agar melompat parti ke PKR.
Adakah itu bermaruah sehingga sanggup menawarkan duit yang akan memewahkan sampai tiga generasi jika pemimpin yang ditawarkan wang untuk melompat parti itu menerima tawaran itu?
Itu adalah politik wang tetapi jari asyik dituding kepada BN. Anwar Ibrahim sebenarnya yang telah memulakan politik wang di dalam UMNO dulu sewaktu dia menjadi pemimpin di dalam UMNO.
Malahan PAS suatu ketika dulu begitu anti dengan Anwar Ibrahim sampai sanggup menuduhnya sebagai 'al juburi'. Jadi di mana pendirian PAS kini?
Sanggup menjilat balik ludah mereka?
Beginilah orang yang mempergunakan agama untuk kepentingan diri, sanggup menjual maruah diri hanya untuk sedikit wang.
Kerjasama PAS dan UMNO adalah untuk kepentingan orang Melayu dan agama Islam yang semakin dipersoal dan diperkotak-katikkan oleh DAP.
Jadi adakah itu tidak bermaruah bila muzakarah itu adalah untuk membela orang Melayu dan agama Islam?

Langgan:
Catatan (Atom)